Tengok jam sudah pukul 3 lebih. Apa buat depan laptop? Asyik semak emel.
Kisahnya, emel dari HQ hari itu minta semua permohonan HLP (itu namanya Hadiah Latihan Persekutuan macam biasiswa untuk sambung belajar dalam perkhidmatan) hendaklah di emelkan kepada Pengarah Unit Latihan dan Teknikal selewat-lewatnya pada hari ini.
Kan pagi tadi yang aku terlari sana sini nak dapatkan tandatangan Puan Pengarah dengan termengah-mengah, siap break sekejap buat kes semata-mata mengejar orang itu tengah stand down kes supaya dia boleh sain surat 'copy paste' yang aku minta pinjam dari Kak Ti sepaya aku boleh terus kurierkan ke HQ pagi ini juga.
Jadi, borang permohonan aku telah lengkap pada jam 10.45am. Orang kata kurier bergerak jam 11am. Sempat kah? Sempat kah? Kelam kabut cari sampul surat dan tulis alamat HQ (ya allah tulisan jadi macam ombak sebab nak laju dan menggeletar...trrr...trrr...) dan serah kepada PTU minta dia tolong hantarkan ke kaunter surat di bawah supaya boleh di kurierkan kepada HQ sana. Aku yakin PTU itu juga berlari2 anak sampai ke kaunter surat.
Aku kata, boleh atau tidak, sempat atau tidak, kamu mesti beritahu saya. Kalau dah terlepas, saya kena hantar sendiri borang penting ini ke HQ. ~macam yakin sangat boleh ke sana petang2 nanti. Kamu tak ada ada kerja ke?
Pukul 11.10am PTU tadi datang semula pada aku. Puan, posmen dah balik semula ke HQ.
Ala....aku terduduk sedih.
Tapi, saya tinggalkan sampul puan di bawah, mana tahu ada driver nak hantar personal documents daripada Judge atau sesiapa, boleh hantarkan sekali.
Aku -errr...erm...oklah. Better than nothing. Aku pun belum tentu mampu drive ke sana petang-petang nanti sorang diri, dalam keadaan emosi tak stabil macam ni. Heh, emosi tak stabil kah?
Selepas itu aku tidak berdiam diri. Aku buat lagi satu set borang, print out yang baru, print out proposal, siap semua, ku heret Kak Ti ke Registry untuk scan dokumen. Siap, terus buka email dan emelkan kepada Puan Pengarah di Unit itu.
Sebab? Dalam surat edaran yang pertama, semua permohonan hendaklah di EMEL kan kepada Puan Pengarah itu sebelum atau pada tarikh hari ini. Ye, tarikh hari jadiku ini :-(
Selepas 2 jam, buka email dan wah. Pengarah itu memang efisyen kerana telah reply emel aku dengan katanya ~ sila hantar borang asal untuk proses kerana perlukan gambar dan tandatangan.
Aku : ???
Sesungguhnya borang dalam emel itu telah siap ada gambar dan tandatangan. Dalam hati - tak faham sistem orang ni...
Tapi, takpelah. Kamu siapa nak pertikaikan polisi orang? Kamu kah yang mohon atau diakah yang mohon?
Aku : obliged.
Terus reply dan beritahu salinan asal telah dihantar dengan kurier pagi tadi. Yer, walaupun entah sampai hari ini entah tidak. Kalau esok pun, aku sebenarnya telah.....pasrah.
2 comments:
good for the application! it's funny how things work around here kan...
congrates.. w/pun blm sure dapat further study.. at least u work for it & u sd deserved it :)
Post a Comment