May 11, 2011

Jakarta 21-25/4/2011

Kisahnya, akak iparku yang kaya itu telah bermirah hati membelanja tiket dan wang saku ke Jakarta, sebab dia sendiri nak pergi tengok Indonesia Craft 2011. Tapi dia tak boleh pergi sebab last minute dokter diagnosed ada ketulan darah dalam selaput tempurung kepala dia. So, aku, husband, abg husband dan emak saja lah yang meneruskan perjalanan.

Bertolak dari KLIA jam 3 petang. Tiba di Jakarta International Airport pada jam lebih kurang 5 petang. Waktu kat sana cepat sejam. Eh, ke lambat sejam. Lupa lah....



Sebab husbandku yang baik itu telah tidak menempah hotel terlebih awal, jadi kami pun tersadai beberapa jam di airport sementara dia figure out ke mana kita nak lelap mata malam itu. Cadangnya nak drive terus ke Bandung. Tapi malangnya kami datang musim perayaan Esther, atau mereka kata Perayaan Sempena Memperingati Nabi Isa, atau Kartini (Hari Pahlawan) ~ whatever. Jadi, kalau memandu ke Bandung, asalnya cuma 3 jam perjalanan, akan menjadi 5-6 jam perjalanan dalam jem. Jadi banyak masa akan terbuang dalam jem saja. So? batal sajalah niat nak ke Bandung.

Masa itu mestilah bengang dengan husband. Tapi, bengang lebih2 pun, kita tetap tak kemana. Jadi malam itu alhamdulillah dapat penginapan di Hotel Pasar Baru.



Kononnya supaya kami boleh jalan-jalan ke Pasar Baru yang sebelah Hotel tu pada keesokan harinya. Nak dijadikan cerita, selepas berjam2 di Airport, dan selepas dah sampai ke hotel selepas melalui perjalanan 1 jam yang jem ala2, tiba2 baru tersedar, kami tersalah ambil beg Arissa.... Dalam beg itulah yang ada susu, pampers, pakaian, dan yang paling penting ubat demam, batuk dan lelah. Cemas sekejap lah. Cuba call orang itu ini di Airport tapi tak berhasil. Akhirnya husband dgn abgnya terpaksa juga ambil teksi, tempuh jem dan patah balik ke airport utk tengok beg. Alhamdulillah, beg ada dalam simpanan airport. Beg yang  tertukar tadi milik orang tempatan yang baru balik umrah. Nasib baik dia tak ambil beg Arissa sebagai ganti. heeee...

Pasar Baru, Jakarta. Itu pintu gerbang dia. Yang kat dalamnya tu kalau kat sini lebih kurang macam kat Petaling Street lah. Tak pun yang Bazaar depan Mesjid India tu.




Tapi malangnya (malang laaaagi!) esok paginya, tempat tu buka lewat sebab hari cuti umum (Esther day) jadi, kami cuma jalan-jalan dan tengok-tengok saja. Bila dah penat, kami balik hotel dan check out untuk pindah Hotel lain pula. Sebabnya hotel yang tu fully booked untuk the whole weekend sempena Kartini tu lah.




Hotel Sparks. Ini biliknya. Oklah, quite comfy for those yang tak reti nak booking hotel masa datang tempat orang, perasan macam balik kampung sendiri kan.... Kita pun sewa hotel yang ada connecting room. Breakfast disediakan.

Jadi, pagi itu kami cuma lepak di bilik dan berehat sebab Arissa pun demam. Baru tiba dari aiport terus badannya hangat. Aku pun ambil kesempatan nonton tv Indonesia. Iklan diorang best2 banget...heh.

Makanan mereka?
Owh, sama ada tekak aku yang mengada atau memang tak cocok dengan makanan mereka. Tapi ada beberapa jenis lauk yang macam biasa makan, eleh sebab kat kafe court pun kamu biasa makan masakan Minah Indon kan....? :-D

Petangnya kami ke Mangga Dua Mall. Husband nak cari International Plug untuk charger handphone sebab plug kat sana tak sama mcm kat Mesia.




Mangga Dua Mall ni sama je macam kat Mesia. Ala2 Pavilion, the Curve, Times Square Mall. Mall yang besar, banyak kedai dan banyak diskaun untuk barangan tiruan dia, dan baaaaaanyaaaaak orang datang. So, tak menarik sangat sebab kita kat Mesia pun ada banyak yang mcm ini kan?

Mangga Dua ni ada 3 bangunan. Mangga Dua Square (now dah tak glamer sangat), Mangga Dua Mall (yang sekarang sedang  glamer) dan belakang dua bangunan ni ada Mangga Dua Market. Pasar yang macam pasar lah. Tapi kami tak pergi semua. Hanya ke Mall nya saja.

Hari Sabtu kami mengukur jalan ke Tanah Abang.



Tempat ni dari jauh macam bangunan Jakim ke, JAIS ke, Mesjid pun ada kan...hehe. Rupanya pasar textile terbesar di Asia. Ada 3 blok kedai 8 tingkat. Kita taklah pergi semua block dan semua tingkat.


Ini contoh2 kedai yang ada dalam tu. Sebenarnya baaaaaaanyaaaaaaaak sangat pilihan sampai tak terpilih.... Aduyai.

Tapi wajib lah makan di food court nya.



 Ini keadaan dalam food court. Kami tak tahu nak makan apa, just duduk2 dan minum2. Cuba cendol dia dan bakso. Oklah...sedap. Takde pic.

Bila habis lelah, sambuang jalan semula. Aku dapatlah beli 2 handbeg dan beberapa helai tudung selendang dan gamis untuk buah tangan kakak2 dan emak. Eksesori sikit. Alhamdulillah.

Esoknya, Ahad, kami ke Pameran yang menjadi penyebab kami di sponsor oleh akak ipar ke sini.



Untuk peminat kraf pelik2, mungkin suka lah nak harung satu dewan punya exhibition macam ni. Kalau kat sini macam pesta buku kat PWTC la. Ataupun pameran apa2 kat Mid Valley. Ada sections dan pameran barang2 terbaik Indonesia, dan Negara2 Asean. Malaysian booth pun ada. Cuma, kita yang tak minat ni, just lalu lalang dan blah gitu saja. Mahal boleh tahan. Tak tahulah mana yang menarik. Cuma mungkin bukan 'bidang' kita kata orang kan...


Sebab bosan sangat tak tahu nak beli apa kat dalam tu, kami pun menukar haluan. Mak dan abang ipar ke Pasar Kramat cari gula 'aren' yang diorang buat cendol sedap tu.





Manakala aku dgn husband dan Arissa mengukur jalan ke Tanah Abang semula. Peghak kan... Sebab teringat belum beli baju untuk Arissa pun... Alhamdulillah dapatlah beli persalinan Arissa, siap dengan kasut. Ala, murah2 saja... The reason tak mahu join ke Pasar Kramat tu sebab tak larat tengok persekitaran pasar yang masyaallah kotor banget sih...!

Malamnya, aku dan husband (Arissa demam, jadi tinggal di bilik dengan nenek) terjah ke Pasar Senen.



Pasar ni sebesar-besar pasar kuih. Dari hujung sini sampai hujung sinun kuih semata-mata. Kami beli sikit buat rasa. Erm...biasa ja. Kuih Melayu lagi sedap kot...

Tak sempat pergi Taman Tema Ancol sebab kan Arissa demam. Dia pun monyok, bad mood, dan asyik "Nak Ibuuuu" all the time. Jadi, sebenarnya tak dapat nak "berbelanja sakan" sebab anakku jadi "kalung" di leherku....huuhuu... Well, anyway orang kata Ancol tu sama macam theme park yang ada2 kat Mesia ni juga. So, nothing to lose. :-)



Kami naik teksi Blue Cab walau ke mana pun sebab rasa selamat dan tak tertipu. Ini mengikut pengalaman kawan-kawan yang dah selalu ke sini. Pusaran yang ada air pancut di tengah2 pusat bandar tu memang cantik. Dari jauh Arissa kata "Eh, ibu sungai...sungai!" sambil mengunjukkan tangan ke arah bulatan air pancut. Kami semua tergelak dibuatnya.



Selain barang-barangnya yang murah, Jakarta yang sesak dengan pembangunan tak terancang dan trafik yang "ganas" asyik main hon (sama macam kat Pakistan) bukanlah menjadi ideal place for vacation bagi aku. Alhamdulillah dan cukuplah sekali dapat ke sana untuk lihat negara orang. Kalau percuma lagi pun, insyaallah tak mahu ke sana lagi. Sesak nafas memikirkannya.



Itu blue cab yang selalu bawa kami ke sana ke mari. Kat sana teksi semua dengan kereta mewah. Toyota Vios, Avanza, Alphard, biasa.


Tengoklah "macet" nya, kalah Jalan Genting - Klang di waktu pagi. Cumanya jalan kat sana susah nak potong Q. Tu yang adil.

Sungai dia hitam dan busuk. Seriously bau busuk boleh sampai ke bilik Hotel, kalau hotel tu dekat tepi sungai. Mana tak busuk dan tercemar, peniaga tepi jalan berderet. 24jam sehari non stop. Semua kotoran buang ke sungai. Tapi yang ajaibnya, dalam sungai yang hitam tu ada ikan. Bila hujan, air jadi coklat, ikan pun timbul ke atas. Ni menurut drebar Blue Cab lah.

Balik dari Jakarta Airport, sampai di Mesia jam 8pagi. Alhamdulillah. Syukur. Dalam flight dah siap breakfast nasi goreng lauk siakap steam. Oklah untuk alas perut.

Malam tu terus ke Dr Salmi untuk cek Arissa yang demam memanjang. Berbotol2 ubat dibekalkan. Bila Arissa sihat, ayah pula demam. Kemudian ibu pula naik gatal2 kat tangan. Demam dan lelah. Complete set. Itu mestilah travelling bug Jakarta yang di bawa pulang.

Next time around, Bandung pulak lah ya. Insyaallah.

No comments: