Aug 26, 2011

Kenangan zakat

Selepas baca pandangan tentang murtad dan zakat di sini aku terkenang memori zaman universiti di tahun akhir. Mohon zakat bukan semudah ABC. Dan jumlah yang diagihkan pun tak sebanyak yang kita sangka, walaupun kita tahu kutipan zakat bukan sedikit dan pembayaran oleh muslimin muslimat bukan sekali seumur hidup, sebaliknya dilakukan secara berkala. Tambah memudahkan ialah sistem terima pungutan bayaran yang efisyen.


Kalau orang yang duduk di KL, boleh lah datang sendiri ke pusat pungutannya...


Kalau macam susah nak ke tempatnya, dengan internet banking pun boleh...

Ada yang lebih baik lagi, sms saja (Neg. Selangor...

...menunjukkan betapa mudahnya nak keluarkan zakat, jika mahu. Melalui potongan gaji pun boleh juga. Malah websitenya pun lebih canggih daripada website mahkamah yang server selalu slow ni. Jadi, menunjukkan apa? Fikir sendiri lah.
Tapi, bagi kita yang memerlukan zakat, masing2 tentunya telah melalui pengalaman yang tak seronok untuk dikenang.

Aku memohon zakat pada tahun 2003 kerana terputus biaya JPA. Bukan sebab semester extend. Yela, walaupun aku bukan pelajar cemerlang, tapi aku grad on time juga. Cuma, perjanjian biaya JPA hanya untuk 3 tahun sedangkan untuk mendapat LL.B(Hons) UiTM, aku kena menambah lagi setahun pengajian. Jadi sementara kami memohon supaya biaya JPA dilanjutkan ke setahun lagi, dimana prosesnya sangat panjang, kami terpaksa memikirkan cara lain untuk mendapatkan sumber kewangan. 

Memanglah pengajian di UiTM tak semahal yang terpaksa ditanggung pra siswazah di Uni lain. Tapi kita perlu juga wang untuk perbelanjaan belajar dan sara hidup, selain yuran pengajian. Aku pula bukan jenis yang suka minta wang daripada ibu bapa. Sebab tahu mereka pun bukannya banyak sangat nak beri. Masa itu, adikku masih di sekolah menengah. Kakak di atas baru jadi cikgu. 2 kakak di atasnya masih bertatih di KL, dan abang sulung pun isterinya belum habis belajar dan anaknya ada 4. Gaji pensyarah politeknik kira cukup makan saja. Jadi, nak susahkan dia lagi?

Aku dan sahabat ternampak iklan zakat di depan H.E.P universiti dan tanpa berfikir panjang terus ke sana. Mula2 kami ditemuduga pendek sebelum dapat borang. Temuduga untuk tahu kelayakan. Contoh soalannya, kenapa nak ambil zakat, kenapa tak ambil PTPTN. Bila keputusan JPA mengenai pelanjutan masa boleh dibenarkan. Ayah kerja apa. Adik beradik berapa. etc. 

Dapat saja borang, dah rasa macam dapat voucer membeli belah ke apa, walaupun belum tahu untung nasib. Terus isi. Dapatkan cop dan tandatangan orang2 besar itu dan ini. Fotostat segala sijil yang diperlukan. Cop salinan diakui segala bagai. Jumpa orang itu. Jumpa orang ini untuk tandatangan. Balik kampung dapatkan salinan kad pengenalan ibu bapa. Kad pencen bapa. etc, etc. Prosidurnya sungguh tedious dan memenatkan. Tapi duit punya pasal.
Selepas 2 minggu baru berjaya melengkapkan semuanya dan hantar semula ke unit HEP. Selepas beberapa lama, kami berjaya melepasi tapisan untuk ke sesi temuduga. Kali ini penemuduganya lebih poyo. DIa bertanya soalan sambil menulis di atas borang yang kita isi. Tak tengok langsung pada aku. Cuma dengan ekor mata saja. Warak sungguh ustaz tu! 

Jadi, soalan skeptikal ditanya. Lebih kurang ulangan dari soalan dulu. Cuma ditokok tambah sikit dan di provoke2 sikit. Eceh mcm soalan temuduga kerja pula. Contohnya dia kata, walaupun bapa awak tak kerja, dan pencen hanya RM200 sebulan, tapi abang awak kerja bagus. Pensyarah ada masters ni. DIa mesti tahu tanggungjawab dia terhadap adik2nya. etc etc etc...eh ini bukan soalan kot. Lebih kepada remark je. Sepatutnya dia cakapkan ini pada abangku. Supaya abangku tahu tanggungjawab. Bukan pada aku. Aku kan yang menjadi mangsa di sini? Jadi, aku pun jawablah seperti di atas tu.

Dan banyaklah lagi remark2 yang berupa provokasi. Sampai aku rasa macam nak terbalikkan meja. Dalam hati tak habis2 menyesali keputusan  nak mohon zakat. Sebab rasa sikit2 mcm diperkecilkan. Seolah2 macam kata yang aku ni tak malu minta zakat sedangkan aku masih mampu cari biaya di tempat lain yang lebih afdal. Dan aku tak termasuk golongan yang 8 tu pun. 

Beberapa lama selepas interview itu, kami dimaklumkan berjaya. Kami tergolong dalam asnaf miskin. Dapatlah RM550.00 untuk semester pertama 2003 itu. Syukur alhamdulillah...

Cukup ke RM550 untuk 4 bulan? Heh, kenalah cukupkan. Berdikit2 lah. Tabungan JPA tahun lepas kan masih ada. Kena ikat perut sikit. Heheh. Ikat ke?

Jun 2003, semester kedua bermula dan kami masih belum dapat jawapan mengenai pelanjutan biasiswa JPA kami. Entahlah kenapa lama sangat. Kami follow up juga dengan kerani yang in charge. Tapi jawapannya tetap sama. Jangan risau adik. Mesti dapat punya. Tapi tu lah, dalam proses. Kalau ada berita, akak telefon nombor yang adik bagi hari tu ya?. Masa itu nak talifon kena guna public phone. Nombor yang dia maksudkan tu ialah nombor rumah sahabatku di Perak. Sebab kami mohon bersama2. Jadi senang nak tahu status.

Sementara itu kehidupan perlu juga diteruskan. Kami buat keputusan nak pohon lagi zakat. Biarlah diorang nak kata apa. Tapi sepatutnya kalau dah pernah dapat, takkanlah susah sangat nak dapat lagi kan? Prosesnya sama. Cuma masa ambil borang tu, kita beritahu pada kerani, yang kita adalah penerima zakat pada semester lepas. Jadi dia tak banyak soal lah. 

Semasa proses isi borang (kan tedious) ayah meninggal. Aku lama di kampung dan lama bersedih sampai terlepas tarikh akhir hantar borang ke HEP. Sahabatku dah siap hantar dulu. Katanya kalau aku hantar lewat, beri alasan dalam surat, tentu HEP pertimbangkan. Lagipun asnaf anak yatim lebih mahal nilai zakatnya. Dalam RM1000.00 macam tu lah. Tapi entah kenapa semangat nak memohon tu hilang terbang macam tu saja. Mungkin perasaan sedih tu menyebabkan sebahagian semangat menghilang? Entahlah. Aku lebih kesian dengan emak sebab dia tak layak mewarisi pencen arwah sebab arwah dah memang pencen masa kawin dengan emak. Jadi akta kata, mak tak layak lah. Begitu. Tapi mak relax saja. Kalau bukan hak kita, buat apa nak sedihkan.

Lagipun selepas 'menjadi yatim' rakan2 sekelas buat kutipan sumbangan dan apabila diserahkan padaku, jumlahnya boleh tahan banyak. Wang itulah yang aku gunakan untuk belanja sehari2. Alhamdulillah mencukupi. Tambahan pula, menjelang bulan2 terakhir pengajian, JPA telah meluluskan permohonan kami dan memasukkan jumlah RM3200 sekaligus dalam akaun kami. Jadi makcik kayo lah ya? Alhamdulillah...

Itulah dia sedikit kisah pengalaman dengan permohonan zakat. Itu aku, yang muda, masih kuat dan laju nak ke sana sini. Macam mana dengan orang2 tua, OKU, etc yang memerlukan bantuan orang lain. Tak ke menyusahkan dengan proses yang panjang dan banyak? Tadi Cik A kata, kalau nak mohon bantuan untuk keluarga lagilah teruk. Pihak zakat kena datang melawat rumah. Dahsyatnya. Dah macam minta derma kebajikan masyarakat saja bunyinya.

Sebab itu ada sesetengah orang yang mengeluarkan zajat dari hartanya terus kepada orang yang dirasakan layak menerima bantuan zakat. Sekurang2nya tahu ke mana hala tuju wang yang kita laburkan utk akhirat itu. Kalau ke pusat zakat, memanglah ia akan diselenggara dan diuruskan secara profesional. tapi kita masih melihat ada orang yang sepatutnya dapat, tapi tak dapat disebabkan prosidur yang panjang.

Aku berharap sangat pihak zakat pergi cari orang2 yang memang perlukan zakat ini, instead of orang2 itu yang datang mohon zakat. Bukan ke itu tanggungjawab kome?

No comments: