Sep 9, 2011

Hijab yang terbuka

Apabila diuji dengan sesuatu yang aku tak mampu mengatasinya, aku akan menangis dan melayan perasaan. Ia akan berterusan untuk beberapa ketika. Mungkin beberapa hari. Atau beberapa minggu. Kadangkala kesibukan kerja itu sendiri yang menghilangkan kedukaan. Minggu ini tak sesibuk sebelum cuti raya. Kerja tetap ada. Saban hari akan ada fail yang perlu dibuat profile. Biarlah orang tak faham. Tapi ini hakikatnya. Hakikat hidup kita, hanya kita yang mengetahui. Menjelang minggu2 terakhir aku masih ada SAR, kebanyakan fail dihantar pada dia. Menjelang Oktober nanti dia akan ditarik ke Bankrapsi sana. Aku pasti akan bersedih semula. Tapi sempatkah nak bersedih kalau sibuk dengan profile. Mungkin tidak.

Aku cuba memperbaiki hubungan dengan Allah. Mungkin hanya itu jalan terbaik. Allah tak perlukan adu domba mahupun lobi daripada aku. Hanya aku yang perlukan redhaNya. Sedikit sebanyak apabila mula 'kembali' kepadaNya, hatiku dibukakan ruang untuk bersabar dan istiqamah. Setiap yang berlaku harus ada hikmahnya. Aku yang perlu cari hikmah itu, atau Allah akan bukakan pintunya bagi mataku melihat apakah ia. Kendatipun bukan aku seorang yang dilanda malang. Mungkin ada yang lain yang lebih lagi.

Semasa mula2 mendapat tahu borang permohonan HLPku tidak diluluskan Jabatan, aku bersedih dan menangis. Beberapa hari kemudian aku diberitahu ada pemohon lain yang lebih kesian kerana borangnya dikatakan langsung tidak diterima bahagian proses. Sekurang2nya cadanganku telah dibaca Ketua Jabatan dan dia sempat menilainya walaupun hasilnya sangat mengecewakanku. Tapi untuk pemohon yang borangnya tidak sampai langsung ke meja urusetia, lagilah sia2 dia berhempas pulas mengarang cadangan dan membuat penyelidikan, sedangkan tiada siapa yang mendapat manfaatnya.

Apabila Kak Tim dan beberapa orang lagi mendapat kegembiraan berganda sempena Aidilfitri, aku bersedih lagi. Tiba2 Allah bukakan pintu hatiku untuk bertanya pada calon yang lain. Apakah nasibnya?

Mungkin aku yang selamba bertanya, atau dia yang selamba menjawab dengan cuba melindungi riak sedih, atau memang dia jenis tak kisah. Eh, you dapat tak HLP ari tu? Kataku kononnya ramah. Padahal amat jarang berkomunikasi dengan juniorku itu. Dia menjawab ringkas, Tak dapat.

Eh how do you know tak dapat? tanyaku lagi, macam si dungu menanti jawapan.
I dah cek dengan website JPA. Particulars tak ada, means tak berjayalah. Dia tersenyum simpul seolah2 tiada apa yang berlaku.

Sebentar kemudian aku berasa kagum dengannya kerana berjaya menyembunyikan kekecewaan hati. Mustahil dia tak kecewa. Semasa kami sama2 menunggu dipanggil masuk temuduga tempohari, dia kelihatan sangat gusar berbanding yang lain. Mulutnya yang kering, tak berhenti terkumat kamit seolah2 menghafal sesuatu. Usai temuduga, dia keluar dengan wajah sangat ceria. Sehingga yang lain menjadi cuak melihat tahap keyakinannya. It's okay. Nothing to be worried of. Soalannya biasa2 saja, macam kita berborak2 saja. Katanya ringkas sebelum minta diri untuk pulang terlebih dahulu. Meninggalkan aku dan yang lain terlopong ketakutan.

Aku tahu sebagaimana aku yang sangat mengharapkan tawaran ini, dia juga tentu mendambakannya. Malah mungkin dialah yang lebih memerlukannya. Masakan tidak. Dia adalah antara pegawai yang cukup berani mencalonkan diri sendiri untuk cross over. Katanya tak tahan lagi di sini. Setiap hari dia rasa dibenci dan tidak dihormati.

Aku dapat tahu, bosnya dah tak mahukan dia lagi. Setiap kali ada transfer order, bos nya akan semak mengapa dia tidak ditukar dengan pegawai lain. Sedangkan dia telah sedaya upaya menjalankan tugasnya. Sehingga sukar ditemui dalam biliknya sendiri.

Dari mulutnya pula, katanya dia tidak dihormati oleh kakitangan bawahannya. Mereka menganggapnya sama seperti staf bawahan. Tukang angkat fail. Tukang ambil buku dari rak. Tukang fotostat. Malah dialah tukang segalanya. Tetapi apabila bos gagal menepati KPI sendiri, dia yang dipersalahkan. Aku rasa itu tak adil baginya.

Sekarang dia dah kehilangan satu peluang untuk melarikan diri dari tempat ini. Mungkin menunggu peluang lagi satu. Atau peluang dari langit yang mungkin akan mengubah hidupnya. Aku rasa, nasibnya lebih kesian daripada aku. Sekurang2nya bos ku tak pernah cuba mencari pengganti lain. Malah beri duit raya lagi :-) dan tidak pernah marah2 (kerana itu memang bukan caranya) walaupun aku melakukan kesilapan bodoh2 yang berulang. Staff di mahkamahnya pula sangat menghormati aku, walaupun aku jarang2 berpeluang duduk bersembang dengan mereka.

Pendek kata, soal kerja dengan bos ini, langsung tidak ada masalah yang menyebabkan aku nak melarikan diri dari sini. Aku cuma mahukan peluang sambung belajar yang tak perlu mengganggu masa kerja dan masa privasi. Itu saja.

Bukan niatku menyebar cerita mengenai dia yang pendiam tetapi sangat komited itu. Cuma berkongsi tentang hijab yang Allah buka untuk mataku melihat dan mengambil iktibarnya. Sesungguhnya Dia tidak pernah meninggalkan kita bersendirian. Aku menjadi amat pasrah. Mungkin rezekiku masih lambat lagi...

No comments: