Ibuku sudah tua. Usianya sudah 70an. Mungkin 74 atau muda 2 tahun, begitulah. Dalam kad pengenalan, mengikut rekodnya mak dilahirkan tahun 1937. Tapi, masa didaftarkan, mak dibawa oleh atuk bersama2 kakaknya yang tua 2 tahun. Rumah kampung dengan pusat pendaftaran kelahiran kan jauh. Orang dulu2 kalau nak jalan jauh sangat bercinta (tak suka, bukan bercinta betul), tetapi untuk hal yang penting, tak dapat dielakkan. Jadi, alang2 keluar ke pejabat pendaftaran kelahiran, bawalah sekali kedua2nya. Senang, sekali harung. Jadi, mereka pun didaftarkan pada tahun yang sama dengan kelahiran kakak, bukan kelahiran adik. Aku pun tak pasti kenapa.
Alhamdulillah pada usianya 74, mak masih kelihatan sihat dan normal. Belum tahap menyusahkan orang lain untuk bangunkan dia, cuci kencing beraknya, suapkan makan minumnya, etc. Cuma biasalah menjadi orang tua, badannya cepat sakit sana sini. Eh aku yang masih muda pun dah terasa sakit sana sini. Anggota badan mak sangat sensitif. Terketuk sikit saja, sudah sakit sangat. Justeru, tak banyak yang mak boleh buat bila di rumah. Dia cuma duduk berehat, tidur, menonton tv atau mengaji. Mak buta huruf. Jadi mak tak pandai membaca. Mengaji pun mak main hafal saja. Macam surah Yaasin, Al-Mulk, ayat2 lazim dalam muqaddam, bacaan solat dan wirid2 harian. Kalau surah lain, mak merangkak, dan selalu salah baca kalau tak ada yang tolong betulkan bacaan.
Dulu mak boleh menjahit. Baju kurung, sarung bantal, baju melayu, etc. Mak juga suka mengait. Tapi sekarang matanya sudah rabun tak nampak benang.
Mak memang tak suka memasak. Tapi mak boleh memasak. Mak tahu bahan2 asasnya. Jadi, mak suka suruh aku yang masak sementara dia jadi 'mandur'. Kalau dulu zaman universiti, mak cukup suka bila aku cuti panjang. Dia suruh aku buat kuih. Macam2. Kuih lapis, apam, kuih talam, bingka, roti canai.
Aku tak harapkan apa2 daripada mak pada usianya yang sudah banyak ni. Masa aku berpantang pun, bukan mak yang jaga aku. Aku jaga diri sendiri. Tapi aku terharu mak nak tinggal tengokkan aku berpantang. Mak buatkan aku air halia untuk buang angin dalam badan dan panaskan dalam. Air halia mak kemas. Halianya dibuang kulit, diracik halus. Direbus empuk, airnya ditapis elok. Mak mertua cuma basuh halia yang besar tu, masukkan dalam periuk dan rebus. Bila dah mendidih, terus tuang dalam cawan, tunggulah ia suam untuk diminum. Ironinya, bahan yang sama, tapi rasanya lain. Ditambah pula pahitnya emosi. Menjadikan air halia mak lebih 'manis'.
Tapi masa suami nak ke Vietnam haritu, aku sempat memujuk mak tinggal denganku. Sengaja. Tak berniat apa pun. Kalau tak mahu, tak apalah. Bukan aku tak biasa berseorangan menguruskan anak dan rumahtangga. Tapi mak setuju. Sebelum itupun mak memang tinggal di rumahku beberapa minggu.
Aku okey dengan mak. Sepatutnya mak pun okey denganku. Sebab aku bukan jenis mulut lancang. Aku kategori pendiam. Orang pendiam ni selalunya tak susahkan orang (well it depends). Tapi pada mak, diam aku tu menyusahkan dia sebab dia sunyi tak ada orang nak diajak bersembang.
Aku tak suruh mak buat apa2 pun di rumah. Pagi, suamiku akan belikan sarapan. Tengahari suamiku pulang belikan nasi bungkus. Malam, aku masak. Takpun beli di pasar malam.
Kadang2 aku masak dulu sebelum kerja. Nasi goreng. Mihun goreng. Tapi mak komplen. Mihun goreng masin sangat. Tak sedap. Mihun goreng pedas. Takut sakit perut.
Ada satu pagi yang aku masak nasi goreng. Nasi lebihan malamnya. Tak banyak yang berbaki. Jadi cukup2 untuk dia makan seorang. Aku tak benarkan suami makan sarapan nasi goreng itu. Arissa pun boleh ambil beberapa sudu saja. Kalau tak, nanti tak cukup untuk mak. Nasi goreng ini pada kali pertama aku membuatnya, mak kata sedap. Tak cukup. Jadi kali kedua, orang lain tak boleh ambil. Sebab mak akan makan nasi goreng selepas bangun dari tidurnya tengahari nanti.
Tapi, mak tak sentuh langsung nasi goreng itu. Huh, tak enak katanya. Hanyir bau telur. Rasa nak muntah. Dia lebih rela tak makan. Pulak...aku pun terkecil hati. Langsung malas nak buat sarapan lagi dah...
Mak kata dia tak boleh tidur malam. Tidur malamnya bermula jam 5pagi. Jadi lepas solat subuh dia akan tidur sampai tengahari atau zuhur. Rutinnya sama setiap hari ketika di rumah abangku.
Aku selalu kata padanya, mak cubalah tak payah tidur siang. Mungkin malam boleh lena.
Mak marah bila aku kata begitu. "Nanti kau dah tua, ha tahulah macam mana. Sekarang muda lagi bolehlah. Aku pun dulu masa muda tak susah nak tidur malam!".
La...marah pulak.
Sebab mak selalu marah2, aku pun jadi marah2 juga sebagai 'reply' pada kemarahan makku yang berbaur komplen. Mak selalu ugut nak balik rumah abang kat kampung. Aku diamkan saja.
Siang hari mak hanya tidur, bangun untuk makan, tengok tv dan solat. Dia tak larat menyapu. Angkat kain. Kemas rumah. Kalau dipaksa2 nanti badannya sakit2. Tak apalah. Aku pun tak suruh. Benda paling mudah, buka kunci mangga pun mak tak pandai -_-
2-3 hari ini aku lihat mak lain sikit. Komplennya kurang. Cakap pun lembut sikit. Tak marah2. Aku tak sempat siapkan apa2 makanan untuk dia sebelum kerja sebab aku berkejaran dengan waktu. Nak hantar Arissa ke tadika. Nak berebut jalan jem. Nak punch sebelum jam 8. Tapi dia kata jangan risau. Dia makan je apa yg ada. Biskut pun boleh.
Sebab mak tak pandai gunakan dapurku, aku belikan mak dapur gas camping 1 tungku kalau2 dia nak goreng ikan/udang/ayam segera sambil duduk di meja makan. Tapi setakat semalam, mak belum guna lagi dapur tu. Dia kata kalau meletup terbakar, takde orang. Pulak...
Lebih mengejutkan, mak pandai gunakan microwave! Aku cuma tunjukkan sekali saja. Tak sangka dia terus lekat. Dia panaskan lauk dan kuah sup dalam microwave.
Pagi tadi mak yang tutupkan pagar sebab aku dah lewat. Pandai pun mak tutup pagar. Selalunya dia kata tak tahu. Mungkin dia lebih risau kalau tak tutup pagar nanti anjing masuk rumah. Ataupun orang jahat datang merompak? NAudzubillah...
Semalam mak kata dia tak boleh tidur siang. Matanya tak mahu lena. Aku kata padanya, sebab mak tidur malam. Itu yang siang tak mahu lena. Mak kata mana ada.
Eh, tak mengaku. Aku kata tiap malam aku bangun pukul 1 buat susu Arissa, aku jenguk bilik mak, dia berdengkur aje. Tak tidur amendanya. Mak gelak. Hah kantoi! Mungkin lebih baik mak tidur malam, bila siang mak takdelah asyik nak terlelap. Seriously buruk tengok orang tua tersengguk2 depan tv kan...
No comments:
Post a Comment