Oct 19, 2011

Arissa pasca demam

Apa yang membuatkan aku betul2 rasa mcm terlalu lama suami outstation kali ini ialah sebab ke'monyok'kan Arissa yang sangat ketara. Budak kecik macam dia yang asalnya nakal, just to show off some of her wisdom, tak tahu duduk diam, ketawa sana sini, usik itu ini, lari sana sini, mulut becok tanya macam2, tiba2 sekelip mata menjadi pendiam dan tak bermaya. Kalau aku ini bukan ibunya sekalipun aku akan merasa kasihan dan sedih.

Ini apatahlagi akulah ibunya.

Malam tadi tidurnya tak lena dek hidung yang tersumbat kerana selsema. Puas dia bergolek ke sana sini mencari posisi paling selesa. Akhirnya dia meniarap dan tatkala hidungnya tercium bau baju T ayah (yang bucuk ittew! ouch!) dia terus terlena dan berdengkur. Aku melihat dalam kesayuan. Kain pelikat ayah yang menyelimuti separuh tubuhnya dibiarkan kemas hingga pagi.

Saat aku lena dalam mimpi yang panjang dan entahapa2, tiba2 aku terkejut dengan rengekannya yang panjang. Bila kuteliti ayatnya yang tenggelam timbul antara bunyi angin pendingin hawa, jelas dia memanggil "...nak ayah... nak ayah... nak dukung ayah...."

Aku menepuknya perlahan supaya dia terjaga dari mimpi itu dan tidur dalam realiti.

Kasihan anakku. Kalau ibu ada pintu suka hati Donemon (Doraemon versi Arissa), tentulah ibu dah tarik telinga ayah suruh dia pulang sekarang juga.

Entah sama ada hanya aku yang berasa Arissa rindukan sangat ayahnya, atau memang dia rindukan ayahnya, tak pentinglah. Tapi berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Cepatlah hari Sabtu...

No comments: