Update dari pejabat ibu.
Pagi tadi Arissa masih dedar masa ibu angkat dia ke dalam kereta. Tapi nak dibiarkan kat rumah pun tak elok juga. Nanti dia monyok cari ayah. Menyusahkan nenek pun iya kalau terpaksa panggil nenek datang rumah jaga Arissa. Nak tinggalkan Arissa kat rumah dengan embah, lagilah tak boleh caya. Embah tidur siang, sebab malam dia menjadi 'kelawar' tak tidur2 sampai pagi. Kalau siang memang matanya asyik nak lelap. Macam mana nak jaga budak kecik yang banyak karenah sekejap nak tengok cd, sekejap nak berak, sekejap nak susu, sekejap nak air ribena, sekejap nak naik basikal. Nanti buat sepah di depan, di mejanya, dibilik tidur. Haih, jangan cari masalah lah.
Kalau ke Tadika, sekurang2nya Arissa ada kawan2, jadi dia boleh main, berpeluh2 sikit. Mulanya Arissa tak mahu pergi Tadika. Tapi bila ibu kata kat rumah pun tak ada orang jaga dia, dia pun setuju ke Tadika. Tak menangis manja macam selalu.
Ibu pun cuba tak kelam kabut. Sempat siram pokok dulu, buang sampah dulu, baru angkat Arissa masuk kereta. Lambat sikit keluar tadi. Jalan yang dah sememangnya jem tu bertambah ketat jemnya. Tapi alhamdulillah, sempat sampai sebelum pukul 8, sempat sarapan dan 'catch-up' dengan kawan2 fasal kerja.
Sekejap ni tadi ibu call ke Tadika Comelku, menanyakan Arissa. Cikgu Naseema kata badannya tak panas. Tapi dia nampak lembik. Mungkin mengantuk lepas makan ubat pagi tadi. Ubat demam & ubat selsema Arissa memang jenis yang kuat, sebab untuk kanak2 asma. Jadi lepas beberapa jam makan ubat, Arissa memang selalunya lembik & tertidur.
Tak sabar nak ambil Arissa petang ni. Harapnya demamnya kebah. Rindu pula dengan keletahnya yang suka cakap perkataan yang salah.
No comments:
Post a Comment