Oct 17, 2011

Arissa & demam rindunya

Pada suatu ahad pagi, kami sedang bersiap2 untuk ke majlis kenduri kahwin kawan ayah, tiba2 Arissa yang kecoh bersiap2 sendiri (kononnya) terus menghulurkan sesuatu kepada ayah di depan cermin.
"Ayah...nah ayah. Ayah lupa SETEKON ayah ni..." katanya sambil menghulurkan sepasang stokin warna hitam kepada ayah.
Ayah dan ibu berpandangan sebelum terhambur ketawa berdekah2. Apa pulak SETOKIN tiba2 menjadi SETEKON? kah kah kah....

Kemudian baru kami perasan Arissa memang petah bercakap dan sesekali sangat banyak mulut bertanyakan itu ini. Tapi ada masa2nya, perkataan yang dia gunakan tak betul dan kedengaran lucu lah. Cthnya :

Garfu = GAREFU
Berak = BEYGHAK
Lidah = DILAH
Nyamuk = JAMUK
Siram bunga = BASUH DAUN

Arissa : ayah! ayah basuh daun ke? daun kotor ke?
Ayah : ???

Ayah dah berlepas ke Vietnam sejak pagi Ahad. Ada training kat sana. Mujurlah 2minggu dipendekkan jadi seminggu. Ibu bukan risau apa. Arissa ni yang over. Elok je ayah pergi, dia terus taknak susu, tak nak makan, tak nak minum. Monyok je. Tahu2 badannya panas. Apa lagi, kelam kabutlah bagi dia ubat demam dan tuam badan dengan tuala basah. Bila terjaga, dia bangun tengok kiri kanan, terus cakap "nak ayah..."

Sedih kan tengok anak kita mcm tu? Tp nak buat mcm mana.... Harap Allah ringankan saja lah ujian ini.

Hari Isnin ini ibu terpaksa e.l. lagi sebab menjelang pagi badan Arissa panas tak surut. Ibu pun mengantuk sebab tak tidur lena sekejap2 nak tengok panas badannya. Bila siang, Arissa kuatkan badannya, main dengan anak patung dan tengok tv. Bila petang, barulah dia minta susu. Lepas ambil ubat lagi, ambil nebulizer, Arissa lena balik. Badannya dah kurang panas. Lega hatiku.

No comments: