Oct 11, 2011

Anak dara seorang

Buat masa ini, anak dara saya masih seorang. Tapi...

Pensel 4 batang jenama barbie dan sharpener 2 biji dia punya seorang. Majalah pilihan mesti yang ada "princess". Memang tak tahan nie... 
 Kasut 3 pasang semua warna pink/purple. Ada sepasang lagi warna hijau dah tak mahu sentuh sebab "tak barbie"...
Kerusi ada 2 tapi yang selalu digunakan tentunya yang pink sebab pink adalah warna tema barbie...
 Koleksi dolls tak termasuk yang di store. Ironinya yang paling tersayang bukan yang pink sebab pinkie terlalu gemuk. Arissa lebih sayangkan Doraemon. Patung Barbie sebenar tak suka ke? Tak. Sebab geli tengok rambutnya. Fuhh nasib baik. Sebab patung Barbie sebenar, mahal.
Arissa minat katak. Yang masih bertahan tak hancur kena lenyek ada 3...
 Tapi yang kesayangan tentulah Froggie ini. Dari jauh Froggie nampak cute. Bila dekat, huh tak larat. Comot sebab asyik kena lanyak. Kenapa ada mangkuk kat tempat tidur Arissa? Sebab dia suka muntah malam2. Kalau sempat, tadah dengan mangkuk. Kalau tak, tukarkan saja kain batik tu...
 Koleksi jam tangan. Ada 1 lagi jam tangan barbie dah tertinggal kat Tadika pulak. Itulah kalau dah tabiat suka sangat menunjuk kat kawan. Bila nak balik, terus terlupa, langsung tertinggal.
 Mainan pelik. Gajah yang boleh berbunyi "kreeek...kreeek..." beli di Carrefour tempohari. RM12.00. Memang tak berbaloi. Yang pink itu kipas tangan. Beli sebab ada 'muka' yang comel. Merah itu wisel motor roti. Tak tahu apa motifnya dibeli. Memang membazir. Kipas tu memang dah nak rosak asyik diketukkan ke meja.
Demikian koleksi anak saya. Ada lagi yang tak terambil gambar. Bila Arissa sudah besar, boleh tengok disini.

No comments: