Pada hari Sabtu 22/10/2011 lalu, ayah pulang dari Vietnam. Tiba di rumah jam 10 malam. Seharian ayah menempuhi perjalanan yang panjang. Naik bot, bas, kapal terbang. Turun di KLIA, naik bas ke KL Sentral, naik teksi balik rumah. Memang seharian betul! Nasiblah dapat isteri tak pandai nak drive ke KLIA. Tapi tak apa, isteri ini pandai banyak lagi perkara lain yang penting.
Arissa menunggu sejak pagi. Sesekali dia ke pintu depan dan melihat2 keluar. Kemudian berpatah balik ke atas 'day bed' dan menonton vcd kegemarannya Princess Barbie atau Boiboiboy. Vcd Smurf dah rosak asyik diulangtayang. Sesekali dia mengeluh "Mana ayah ni. Lamanya nak datang..."
Seelok saja ayah turun teksi di depan rumah, Arissa sudah menyelak langsir di pintu sliding sambil menjerit2 "Ayah!!! Ayah!!! Kenapa ayah dah lama tak datang sini?!!" (dah lama tak balik) sambil terlompat2 kegirangan. Bila ayah masuk saja, terus melompat dalam dukungan ayah sambil peluk ayah kuat2. Amboi, rindunya dia dengan ayah.
Seminggu Arissa tak mahu makan apa2 sebab demam, bila ayah nak jamah nasi saja terus dia pun terkinja2 minta disuap. Terus kata "emm, sedapnya makan nasi..." dan makan beberapa suap dengan berselera sekali.
5 hari Arissa cukup culas nak mandi petang, elok saja ayah nak ambil tuala nak masuk bilik air, dia pun menyibuk "Nak mandi! nak mandi!" mengekor ayah dari belakang.
Ajaib kan perasaan rindu ni.
Bila ibu tanya, Arissa suka ke ayah balik? Arissa happy ke jumpa ayah?
Jawabnya "Ica epi bila ayah balik..." Sambil tersengih2 kesukaan.
Ibu yang melihat ni pulak yang rasa terharu.
| Peace! |
No comments:
Post a Comment