Oct 28, 2011

Arissa's attitude

Semalam teacher di Tadika komplen pasal Arissa suka sangat pukul budak lain. Bila dapat komplen macam ni ibu mesti komplen balik kat ayah "Ikut siapa ni suka babab orang?" dan ayah akan jeling2 manja, ikut sapa lagi, ibu lah. Kan ibu garang!

Ibu tanya elok2 dengan Arissa, betul ke Arissa suka pukul orang?
Arissa : a'aah...
Ibu : Kenapa?
Arissa : Sebab dia nakal
Ibu : Arissa baik kan? Tak elok pukul orang, kesian dia sakit
Arissa : Biar lah. Dia yang nakal..
Ayah : nanti ayah dia datang babab Ica macam mana? Aiyok...
(Arissa berpeluk tubuh dan berpaling ke lain dengan bunyi mendengus tak hairan "huh!")
Ibu : Arissa baik kan...?
Arissa : Tak. Arissa garang.
Ibu : Arissa garang ke nakal?
Arissa : Arissa garang dengan nakal
Ibu : (pulak...)

Teacher kata, Arissa pukul budak lain bila budak lain cari pasal dengan dia. Contoh cari pasal ialah curi pensel/alatan menulisnya. Arissa sangat 'protective' pada barang2nya. Kalau nak ambil, kena cakap dulu "kita share yea..." kalau  tak, memang Arissa tak benarkan. Jika di rumah, ayah dan ibu memanglah akan cakap elok2. Tapi kalau di Tadika, ibu rasa tanggungjwab teachers untuk ajar dia mana yang elok. Kami tak nampak apa yang dia buat.

Bila teacher komplen macam tu, terasa juga seolah2 kami ni ibu bapa yang tak endahkan perkembangan anak. Di rumah, Arissa TIDAK lah dimanjakan. TAK SEMESTINYA apa yang dia minta semua kami penuhi. Ibu memang garang. Ayah garang sikit2. But she's just a 3 year old baby and she needs more than just school thoughts.

Mungkin apabila ditegur, Arissa suka 'rebel' macam kat rumah juga. Dia akan lepaskan dendam pada kanak-kanak yang sebayanya. Di rumah, Arissa akan lepaskan geram pada Teddy Bear, Pinky atau Doraemonnya. Kadang2 dia menyembang dengan Froggie, mengumpat ayah & ibu.

Kalau datang 'mood garangnya', Arissa akan bawa pembaris panjangnya dan pukul pada mainannya sambil membebel
"siapa yang nakal tadi, teacher pukul dengan ruler ni".
"Siapa tak makan sayur angkat tangan, nak pukul dengan ruler".
"Siapa tak buat kerja, nak pukul dengan ruler ni!".
Ibu pun take note lah yang teacher di Tadika akan pukul dengan pembaris dekat tangan pada budak2 yang nakal. Tapi Arissa tak mengadu. Cuma setiap kali dia pukul sesiapa, bila balik dia akan cerita. I think she does great at her 3 years, and I don't expect her to be extraordinary or supersomething. When I was 3, I barely know anything about school. I had no friends at the same age. I was still on my mom's breastfeeding and tailed her wherever she moved.

Siaran Baby TV dah tak ada secara percuma. Arissa tak kata apa pun. Cuma bila buka youtube, dia suka tengok lagu2 Baby TV yang dimainkan. Laptop ayah yang Intel ATOM tu memang slow nak download. Kena tunggu beberapa minit sebelum boleh enjoy tengok show yang tak sampai 2 minit. Setiap kali tunggu downloading, Arissa mesti bosan betul.

Ibu : sabarlah, dia tengah download tu...
(selepas seminit)
Arissa : heeee lambatnya dia DON-O-LODING
(bila ayah lalu di sebelahnya)
Arissa : ayah, tengok ni, lambat betul dia DON-LOLO-DING
ayah & ibu : (tergelak sesama sendiri)

No comments: