Pagi hari Deepavali 26/10/2011, Arissa terkinja-kinja minta air pink. Yer, air pink (merah jambu).
Hari Ahad lepas 23/10/2011 kami mengunjungi pasaraya KL Festival City yang baru dibuka. Jalan-jalan di dalamnya, singgah di Econsave yang fuhh ramai gila orang macam ada festival pemberian barang dapur percuma saja. Jadi dalam pada berebut-rebut (tak pun sebenarnya, cuma susah nak jalan, nampak macam berebut) tolak troli sambil bawa si kecik yang pegang 2 biji belon dapat dari kedai IT yang baru buka itu.
Si Arissa pun minta air yogurt dalam botol yang macam air minuman Bliss jenama Dutch Lady tu. Kebetulan ada botol yang berwarna merah jambu. Lagilah dia suka. Dia ni kan peminat 'pink' kaler. Sudahnya, di rumah pun nak air pink. Nasib baik ada sirap ros dalam stok minuman kami. Ibu bancuhkan saja dengan krimer pekat. Kena pulak campur air sejuk dalam peti ais. Sirap bandung lah kan.
Amboi, suka sangatlah dia. Minum sampai 2 botol susunya. Bila ibu fikir semula, lebih baik bancuh dalam susunya. Asalkan pink tentulah dia minum. Kebelakangan ini Arissa sering mengelat minum susu. Jadi, inilah masanya nak kembalikan mood minum susu.
Sambil ibu bancuh 'air pink'nya, Arissa akan tunggu tengok. Bila nampak ibu masukkan susu dalam botol, dia menjerit2 marah. Nak air pink! Nak air pink! Ibu kata, ini nak buat air pink lah. Bukan, itu susu. Bukan air pink. Ibu pun masukkan setitik dua sirap ros dalam susu dan bancuhkan macam susu. Tapi agak hangat. Bila digoncang, jadilah air pink! Baru dia percaya. Tapi ini tak sejuk... katanya. Ibu kata, kalau nak sejuk kena simpan dalam peti ais. Lagi lambatlah dia boleh minum. Takpelah. Katanya sambil berlalu ke depan tv.
Malam tadi, susu Arissa tetap berwarna merah jambu seperti yang dimintanya. Eh, minum susu sambil tunjuk spenda?
Tiba2 Arissa kata dah tak nak pakai pampers lagi sebab gatal. Jadi, ibu suruh pakai spendanya. Spenda ni ibu dah beli sejak beberapa bulan lepas. Ingat nak 'toilet-train' Arissa. Tapi ibu tak ada masa nak tengokkan kalau2 Arissa terkencing kat mana2. Leceh nak mop lagi, tukar pakaian lagi. Jadi ibu biarkan dulu.
Di tadika, ada kawan2 Arissa yang dah tak pakai pampers. Jadi mereka pakai seluar dalam yang ada gambar 'kartun barbie, hello kitty, ben10' etc. Jadi bila ibu belikan spenda hello kitty ni, Arissa teruja nak pakai. Pakailah dia dengan pampersnya. Jadi spenda menekan pampers menjadi ketat. Selepas 2-3 kali pakai, Arissa kata tak sedaplah. Ketat sangat. Ibu baru nak sedekah saja spenda2 tu dekat anak-anak Cik A. Sebab ibu rasa kalau lambat lagi nak toilet-train, takut Arissa semakin besar/gemuk dan spenda dah tak muat.
Tiba2 Arissa dah sedia nak pakai spenda tanpa pampers. Mungkin dah sampai masanya dia jadi pampers-less :-D sama macam dah tiba masanya baby makan makanan pejal, suka mencuba pelbagai rasa, ect. Oh mungkin sama macam dapat jodoh, dapat anak, tambah rezeki, etc. Kesimpulannya, baby bersedia tak nak pakai pampers apabila masanya memang sudah tiba, maknanya---> terpulang kepada takdir. hehe
Tapi bila tak pakai pampers, macam inilah dia. Asyik nak garu bontot.
Percubaan pertama yang menjadi sebab Arissa bila nak pee je terus beritahu ibu atau ayah. Kerap juga dia pee. Setiap sejam, sekali. Banyak pula tu. Dari jam 8 hingga 10mlm tadi, 3 kali dia pee. Nasib baik bila nak tidur dia nak pakai pampers. Kalau tak, membazirlah stok pampers yang masih banyak tu. Lepas ni ibu kena perhatikan kalau2 dia nak poo-poo nanti, dia nak terus ke toilet atau kena pakaikan pampers dulu :-)
No comments:
Post a Comment