eh eh, bukan surat apa sebenarnya.
Me & husband are okay. Doing good with life and all.
Tapi pagi tadi memang panas telinga, terbakar dada, rasa nak meletup kepala sebab suamiku yang sangat cuai.
Kisahnya. Semalam lepas solat maghrib, dalam jam 7.30, sewaktu menonton rancangan masakan kegemaran Chef at Home di ch. AFC, daku tertidur dengan dahsyatnya...
Maklumlah badan dan segar sejuk lepas mandi, berpeluh sikit2 lepas solat, kena pula pendingin udara dalam bilik tidur, baring pula atas tilam empuk diapit bantal peluk...memanglah siap sedia untuk melelapkan mata. Anakku entah ke mana, suamiku entah buat apa...zzzzz
Sebelum tidur, mesin basuh sedang mencuci. Suamiku pula baru pulang dari kedai dengan nasi goreng kampong yang sedap baunya dan mi goreng basah yang kelihatan enak. Tapi letih sangat, jadi minta excuse nak berehat barang sebentar cuma.
Semasa tidur yang dahsyat itu, tidaklah daku bermimpi yang entah entah. Biasa saja. Tapi sungguh lena dan mengujakan. Terjaga betul2 jam 5 pagi terus bangun kerana sedar belum menunaikan solat isyak. Sempat juga membancuhkan sebotol susu untuk Arissa yang lena tidur ditepuk ayahnya.
Selesai solat isyak, daku terus ke dapur. Bersepah macam biasa. Pintu belakang tak berkunci. Gril tak ditutup, daun pintu juga tak diketap tombolnya. Tak apalah. Kutip pakaian dari dalam mesin basuh ke dalam bakul. Terus ke depan.
Bilik komputer lampunya terpasang, kipas berdiri juga terpasang dan komputer juga tidak dimatikan. Hish!
Bila selak saja langsir pintu depan. Wah!!! Lampu luar tak dinyalakan. Gril tidak berkunci. Malah tidak dirapatkan pun. Mangga gril ada tersangkut dicelah gril. Pintu sliding juga tak rapat tutupnya. Haih! Orang rumah ni dah kenapa? nak sedekahkan segala isi rumah kepada pencuri yang lalu lalang mencari mangsa?
Apa lagi. Daku teruslah membebel dengan sang suami yang terpisat2 bangun dari tidur. Katanya tak sengaja tertidur. Kononnya nak tidurkan saja anak. Tapi dengan dia2 sekali tertidur dan terus tidur sampai pagi. Masalahnya ini bukan kali pertama dia lupa kunci pintu depan. Sudah 3 kali! Setiap kali itu jugalah daku membebel sampai diri sendiri sakit hati dengar isi bebelan.
Apalah salahnya sebelum masuk menidurkan anak, kamu siap2 pastikan pintu berkunci. Lampu luar dinyalakan. Pintu belakang berkunci. Kalau ada pakaian dalam mesin basuh, keluarkan masuk dalam bakul. Kalau tak mahu sidai tak apalah, esok pagi mesti ada yang menyidainya (aku le tu). Pastikan semua lampu ditutup kecuali lampu tidur. Pastikan komputer dan semua kipas telah dipadamkan. Barulah selesa nak tutup mata. Kita tak tahu sama ada kita boleh bangun semula selepas rehat yang kononnya sebentar tu. Selepas siangnya badan berhempas pulas mencari rezeki. Bila malam, badan pun dah tak kuasa nak fikir duaniwi. Begitulah persediaannya.
Macam susah saja kan? Tak susah bagi saya, tapi susah bagi suami saya. Sebab dia ni memang pelupa nombor 1. Kita sudah beribu kali menasihatinya. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Entah2 tak masuk langsung. Tapi kalau bab bergurau senda dalam FB, tengok emel berjam2, buka youtube segala macam video, gosip itu ini, ha bagilah kat dia...tak tidur pun tak apa. Saya sampai pernah kata kalau dia ni teruk sangat bercinta dengan FB, ada juga komputer yang tersadai kena campak kat depan rumah nanti.
Hish. Mood marah dengan suami bawa ke pejabat. Nasib baik boleh kawal lagi :-(
1 comment:
Fuhh...dasat juga. Kes saya lain pulak. Selalunya isteri saya yang cuai..
Post a Comment