Oct 6, 2011

Senario senioriti

Orang kata penantian itu suatu penyeksaan. Betul kan.

Aku menunggu kalau2 ada khabar gembira pada bajet tahunan negara kali ini. Terutama untuk kakitangan kera-jaan yang dikatakan mempunyai pendapatan terendah di antara negara2 maju lain... Aku tidaklah rasa pendapatanku rendah. Alhamdulillah seadanya. Cuma kalau ada rezeki lebih, tentulah tak menolaknya. Mudah2an ada...amiin...

Dalam pada menunggu, banyak perkara yang masih belum selesai. Selagi masih bernyawa, begitulah. Aku ambil upah membuat kertas kerja kakakku yang sedang ambil degree di OUM. Pening2 juga buat esei dalam BI. Tulis blog berjela2 pasal entahapa2 dalam BI memanglah boleh. 3 hari 3 malam melepek depan komputer pun tak kisah. haha. Ini, kalau nak buat karangan sepanjang ribuan perkataan, dengan perlu ada isi dan mengikut format tertentu, memanglah payah. Nak cari masa lapang lagi. Sebab idea datang bila masa agak senggang. Tulis blog ni bila2 masa pun boleh. Lapang tak lapang takda hal! Tapi niat untuk membantu dengan sedikit bayaran itu memang ada. Ikhlas :-) jadi, mesti diteruskan.

Oh profile juga belum siap. Hei tak sudah2 dengan profile. Nak taip perkataan "profile" pun naik muak. Ate memang ini kejenya, mike nak ngate ape lagi.

Sebenarnya daku mahu menulis mengenai peguam yang 2 orang tadi. Eh tidak. Ada 3 orang. Yang pelik dan yang jelik. 

Ada 1 orang peguam kera-jaan yang pangkatnya sama denganku. Tapi dari sudut pengalaman, mungkin dia lebih lagi. Kenapa? Sebab dia turun padang. Bukan ahli politik saja yang boleh turun padang ya. Dia membuat kerja 'kasar'. Sedang aku hanya 'goyang tangan dan jari' di atas meja, depan komputer, dalam bilik berhawa dingin. 

Kerjanya meluas. Jangkauan langkahnya entah ke mana2. Orang kenalannya juga mungkin merata tempat. Sesuai dengan tugas resminya membawa kes atau mempertahankan kes terhadap kera-jaan. Dia nampak hebat. Belum bercakap sudah terpamir karismanya. Itu memang ciri-ciri peguam kera-jaan. Pandai atau tidak, itu perkara dalam otak yang boleh diasah. Tapi gaya mesti ada.  It's preliminary :-P

Tak sia2 kera-jaan melantiknya dan menaikkan pangkatnya. Sebab dia memang layak. Tapi sayang, dia kurang sikap menghormati orang lain. 

Dia dan aku, pangkat yang sama saja. Gaji tentulah sama. Bezanya mungkin elaun perjalanannya yang lebih sebab dia kan "kerja kasar" bermula kertas kosong. Kemahiran bahasa Inggerisnya, lebih kurang daku juga. Mungkin daku lebih baik lantaran setiap hari membaca hujahan bahasa inggeris sedangkan dia membuat teks hujahan dalam melayu dan diterjemah semula ke bahasa inggeris. Selalunya tiada teks terjemahan pun. Tapi jika diarahkan, terpaksa juga. Tapi itu bukan soalnya. Sikap menghormati tidak akan ambil kira siapa dia, atau sehebat mana dia di atas dunia. Apalah sangat ilmu dunia yang ada jika dibandingkan dengan ilmu ALlah?

Tapi dia melihat aku dengan hujung mata saja. Betapa kecilnya daku di matanya. Walaupun suaraku tidak meninggi, dia tetap kelihatan "garang dan tajam". Walaupun aku hanya menjadi penyampai mesej keamanan daripada empunya kuasa, sindiran jawapannya begitu tajam menikam hati kecilku. Tidak langsung dia kisah walaupun apa yang dia katakan tidaklah semuanya benar. Lawan disebelahnya umpama biskut kering. Habis semua yang dikatakan disangkal. Aku cuma melihat saja perilaku seorang senior dari pejabat kera-jaan. Dalam hati berkata, mengapa dia begini. Apa hebat sangatkah dia sepertimana dia berasa dirinya hebat?

Agendanya mudah. Dia memohon untuk membatalkan tindakan plaintif terhadap kera-jaan. Pada masa yang sama, plaintif sedang dalam proses semakan dokumen dan memohon untuk menyemak dokumen dalam milikan kera-jaan. Tarikh bicara dihadapan SAR pada 19hb. Dia minta tarikh yang sama dihadapan Hakim. Pada mulanya memang daku menetapkan tarikh bicaranya pada hari ini. Tapi melalui surat plaintif kepada Hakim, arahan Hakim ialah supaya pliding tutup dulu sebelum sesiapa nak batalkan apa2. Permohonan plaintif utk discovery mesti dilupuskan dulu, lepas itu kalau defendan nak batalkan kes, terpulanglah. Oleh itu tarikh bicara hari ini untuk defendan membatalkan tuntutan plaintif mestilah ditetapkan pada suatu tarikh selepas discovery.

Arahan Hakim sangat jelas. Tujuannya tak lain hanyalah memberi keadilan kepada semua pihak. "semua" termasuk plaintif, defendan dan mahkamah lah. Plaintif, supaya cepat lengkapkan tuntutan. Defendan supaya memberikan kerjasama terhadap plaintif dan kemudian menjalankan langkah seterusnya, dan mahkamah supaya kes di dengar melalui meritsnya, bukan sekadar "atas angin" prosidur semata. Alah, kalau kamu peguam, kamu fahamlah. Mahkamah kalau boleh tak mahulah hari ini membenarkan permohonan defendan membatalkan tindakan plaintif atas alasan prosidur, esok lusa plaintif merayu dan dibenarkan mahkamah rayuan, kes datang lagi ke mahkamah tinggi untuk pendengaran merits. 2-3 kali kerja. Masa itu failnya tentu akan jadi tebal2. 

Tapi yelah...simptom k.p.i aku suka hati aku ni sudah menular...peduli apa merit tak merit. Yang penting kes aku selesai di sini. Rayuan ke apa, itu belakang cerita :-( itu yang tak best... orang menjadi kurang berkompromi. Setiap orang menjadi lebih tertekan mencapai "angka" masing2.

Sikap ini sangat berbeza dengan 1 peguam swasta dari firma besar bertaraf antarabangsa yang lebih senior dari kami ini. Sikapnya sangat merendah diri. Walaupun dia hanya datang "menyebut bagi pihak" semua orang, dia tetap nampak bersedia. Tahu hujung pangkal luar dalam kes itu. Tiada soalan yang tidak berjawab. Jawapannya lembut. Terus mengalir ke lubuk hati menjadikannya tenang dan senang... Tiada jelingan tajam. Tiada jawapan sarkastik yang merobek hati. Tiada apa2 yang tidak menyenangkan. Sungguh berbeza daripada yang tadi. Malah menjadi penawar sakit hati lagi. Yang tadi orang melayu Islam yang boleh beristighfar. Tapi lagaknya bak pahlawan mencari mata pedang. Ini pula lelaki bangsa cina penganut kristian yang biasa biasa saja. Boleh menjadikan hati setenang pelangi. Berbeza kan...

Kemudian datang pula peguam kera-jaan yang sepatutnya datang bersama2 peguam yang baik tadi tapi dia terlewat. Dia masuk dengan wajah ragu. Tiada ucapan salam. Tapi gaya mesti ada. peguam kera-jaan kan. Tudungnya cantik dililit kemas di dada. Ala2 gaya Hana Tajima (hehe) dengan beg besar yang ditarik, fail coklat yang dikelek dan beg tangan putih jenama terkenal dikepit kemas. Tapi, satu apa pun tidak tahu. Tidak faham bila kukatakan kes sudah selesai, satu pihak yang datang telah "undertake to inform" kamu, kerana dia juga "mention on behalf of the plaintif" jadi saya beri kamu satu tarikh lain. Dia dengan kening berkerut bertanya, tadi sudah habis bicara ke??? Apa, kamu datang  ni utk bicara ke? Pun tidak tahu. Kemudian berlalu tanpa kata apa. Tidak mencatatkan pun nama siapa yang datang tadi. Apa arahan yang diberi. Malah tarikh akan datang juga. Cuma bangun dan berlalu macam pesalah dijatuhi hukuman. Tapi gaya menarik beg mesti ada. Mesti. Itu kan ciri-ciri penting. hehe.

Peguam muda yang baru memang selalunya begitu. Nampak tenang tapi isi dalam sangat kosong. Etika peguam? Sudah lupa barangkali. Hai. Entahlah. Nak kata banyak pun macam tak guna.

Begitulah senarionya pada hari ini. Yang membuatku terfikir, kalau tiba2 daku dipaksa berpindah menjadi peguam kera-jaan, yang mana satukah yang aku akan menjadi nanti? <---ya allah! direct translation tak hingat! keh keh

No comments: