Oct 10, 2011

Arissa exam

Hari ini hari pertama Arissa menghadapi peperiksaan hujung tahunnya. Kali pertama dulu pada bulan Mei yang lalu. Masa itu Arissa baru 2 tahun 8 bulan. Kiranya peperiksaan akademik pertama Arissa ialah pada usianya 2 tahun 8 bulan lah. Kini Arissa sudah 3 tahun 2 minggu. Mungkin dia akan lebih matang. Harapnya begitulah. Hari itu BM dia cuma dapat 60 markah. Matematik lagi teruk, 35 markah saja. Ada peluang ikut jejak ayah & ibu ni. Naudzubillah...

Pagi tadi ibu sudah masakkan nasi goreng telur kegemaran Arissa. Semenjak embah ada di rumah kita, ibu mesti masakkan sesuatu sebelum pergi kerja. Nasi goreng ke, mihun goreng ke, nuget ke. Apa2 saja yang boleh dimakan embah sepanjang siang nanti sebab embah tak boleh masak. Kalau ayah sempat, dia belikan kuih2 dan nasi lemak. Sarapan yang ibu masak, selalunya Arissa makan dulu sebelum dihantar ke Tadika Comelku.

Sepatutnya malam tadi Arissa buat latihan sikit sebelum peperiksaan pagi ini. Tapi malam tadi Arissa main saja. Tidur lambat pula tu. Ayah kata, pukul 12 lebih baru Arissa lena betul. Mana taknya. Semalam balik rumah sudah pukul 6 ptg. Arissa tertidur dalam kereta. Terus tidur sampai lepas maghrib. Pukul 8 baru terjaga. Itu yang susah nak tidur semula.

Hari Sabtu kita pergi mandi sungai di Sg. Congkak. Pergi pagi2 sebelum pukul 8.30. Tiba dalam pukul 9pagi. Berendam dan mandi sungai dekat 2 jam. Jari2 semua sudah kecut, barulah naik dari sungai. Itupun kerana ada gangguan beberapa budak kecik dan mak budak sibuk mengganggu 'port' kami. Huh, memang tak reti hormatkan privasi orang. Sudahlah masuk 'port' kita. Membising, jerit2, masin simbah2 sampai terkena2 kat kita pulak tu. Grrr...geram je dengan orang yang tak ada sivik ni. Nak ditegur, nanti katanya itu tempat public. Memang pun. Sudahnya, kita lah yang mengalah...

Hari Ahad pula sibuk menghadiri kenduri kahwin kawan ayah di dewan Selayang. Lepas kenduri, terus ke Carrefour Wangsa Maju nak beli barang dapur sikit. Terjumpa pula nenek kat situ. Terus pergi minum2. Arissa dapatlah mainan yang dia nak daripada ayah & ibu. Merengek2 macam apa. Patung gajah yang dalamnya ada gula2 = RM12.00, kipas mainan kecil = RM10.00, Majalah Disney Princess = RM10.00. Tengok, sudah RM32.00 untuk mainan kecik2 ni :-( this shows how costly to raise a kid nowadays :-(

Bila dah penat, balik rumah, pergi nak buka peti ais baru tertengok jadual peperiksaan Arissa. Aduhai... sepatutnya jangan keluar lama2. Arissa perlu ulangkaji. Betul tak.

Nasib baik pagi ini ayah tak ada kerja 'urgent'. Jadi tadi perlahan2 kejutkan Arissa bangun tidur. Mandikan dia. Ibu dah pesan, bagi Arissa sarapan siap2. Nanti sampai sekolah kalau dia nak terus main pun tak apa. Perut dah berisi.

Harap2 Arissa boleh jawab peperiksaan dengan baik. Tidak beri tekanan pun pada Arissa mahupun ibu dan ayah sendiri. Ini bukan musim peperiksaan UPSR, PMR atau SPM. Jika SPM sekalipun, ibu dan ayah akan cuba tidak terlalu beri tekanan. Cuma kami harap Arissa tahu tanggungjawabnya dan tahu fikirkan masa depannya sendiri.

p/s - ngilu bile memikirkan bila Arissa dah sekolah menengah nanti dia kena belajar matematik. Ibu dan ayahnya memanglah tak pandai matematik Theorem pithagoras, algebra, etc... alamat pengsanlah kami nanti kalau Arissa minta tunjukkan cara...

No comments: