Hari itu sudah cerita pasal koleksi tak seberapa Arissa. Hari ini mahu update saja. Kegilaan Arissa kepada apa-apa yang ada gambar 'princess'.
Ini hari itu.
Semalam merengek minta beg baru. Padahal beg lama masih elok dan kena saiz dengannya. Tak nak bagi Arissa nangis berguling2 depan kedai punya pasal, terpaksa beli juga... Pandai ayah pilih corak dan jenis kain. Tapi pandai lagi ibu yang membayarnya :-P
Beg princess yang 'bling-bling' especially bila kena lampu dari jauh.
Beg purse ini beli masa nak dekat raya hari itu kononnya utk bergaya bawa duit raya :-P seriously hanya untuk letak sebiji lipgloss ibu yang dia 'larikan' dari dalam drawer, lepas tu claim 'itu ica punya..' sambil tak kasi ibu sentuh pun lipgloss itu. Sekarang lip gloss dah hilang, pandai pula minta yang baru... yer anakku memang suka berbedak dan gincu. Tak kira masa. Terutamanya bila tengah tengok dvd barbie. Berulang alik ke cermin belek muka dan tenyeh bedak...
Pencil case untuk digandingkan dalam beg baru... Tak usah ditanya apa isinya. Sebab yang ada entahapa2...
Note books untuk conteng2 dan masukkan dalam beg baru....Jam Barbie dah nak lunyai di'pakai-buka' dan buku cerita Barbie pun dah terlipat2...
Dan inilah koleksi kesayangan Arissa buat masa ini...
...punyelah taksub dengan princess sampaikan kalau kita tanya nanti besar nak jadi apa, dia kata "Nak jadi princess.." kalaulah betul ada sekolah untuk jadikan anak kita bakal puteri raja macam cerita Barbie tu, bolehlah ibu try isi borang permohonannya. kan...






No comments:
Post a Comment