Tadi usai solat maghrib saja terus masuk tidur. Tak tahu apa yang berlaku antara anak dan ayah berdua tu. Sehinggalah ayah marah2 mecari charger laptop tak jumpa. Ibu menyahut antara sedar dan lalok, charger ada di pejabat bersama laptopnya. Ayah melenting sambil tergesa2 keluar rumah. Rupanya esok ayah ada kelas di Consist. W/pun ayah diberikan laptop oleh bos nya, tp laptop ini tak ada charger. Selama ini pinjam charger laptop ibu. Masa ibu nak bawa laptop ibu ke pejabat, ibu memang dh beritahu ayah, tapi dia tak 'masuk otaknya'. Yang ayah pula tak pernh bagitahu ibu yang laptop bos dia ni tak ada charger. Ingatkan ayah dh simpan charger entah kat mana, lepas tu malas nak keluarkan, jadi guna saja charger ibu gilir2.
Communication broke down. Ayah yang melenting, terus keluar ke kedai IT cari charger baru. Ibu yang bengang dengan lentingan ayah terus segar dari tidur, tak puas hati kena marah 'free2' je. Bukan salah kita ok. Memang bukan. Esok nak buat kerja, malam inilah baru nak prepare barang. Itu dah nak berak baru korek lobang namanya.
Ini yang terus tak boleh lena walaupun dah siap solat isyak dan kemas beg Arissa untuk esok. Makan pun sudah. Lapar la katakan...
'Jalan2' di FB, terserempak kawan2 lama yang aduhai bestnya hidup mereka. Ada seorang kawn yang muda 2 tahun dari aku. Anaknya sudah 2. Sepasang pula tu. Kedua2nya sihat dn bijak. Kalau 5 tahun dah boleh baca surat khabar, tentulah jenis anak bijak. Di rumah ada orang gaji tolong jagakan rumah dan anak. Pejabat milik sendiri. Ada firm sendiri. Yes, peguam. Buka partnership suami dan isteri. Suami buat litigation (pergi court) isteri buat corporate conveyancing. Ayahnya ad perniagaan besar. Klien diperkenalkan oleh syarikat ayahnya, dan kebetulan dua2 mereka ini memang banyak kenalan sebab peramah dan ada business minded. Okey, itu kejayaan duniawi.
Dalam FB status terkini, kedua2nya kini sedang ada di Mekah mengerjakan haji. Aku : wahhhhh seronotnya....! Ini bukan pergi haji yang dengan pakej swasta yang mahal2 tu. Yer, w/pun mereka mampu. Ini pergi dengan lembaga Tabung Haji yang kalau kita daftar sekarang, kita dijangka pergi pada usia 60 tahun. Aku rasa kawan aku tu memang murah rezeki sangat2 sebab dipanggil awal. Sudahlah memang selalu buat umrah. Haji pun dapat awal. Memang rezeki terpijak. Jika benarlah ke Tanah Suci itu disebabkan panggilan Ilahi, maka beruntungnya mereka kerana sering dipanggil Ilahi... aku? Umrah belum pernah. Haji, baru mendaftar hari itu. Tahun 2060 baru dapat pergi. Itupun kalau ada umur panjang dan ada rezekinya. Adalah sebab Ilahi belum nak aku menjadi tetamuNya? *sedih*
Aku tak boleh berlama2 dalam FB ni sebab macam inilah. Merasa cemburu yang tak pasal. Itu kan rezeki dia. Rezeki aku tentu adalah di mana2. Mungkin aku yang tak sedar.
Seorang kawan lagi, kawan semasa sekolah menengah dulu. Dalam tingkatan 1-3. Masa itupun aku memang cemburukan dia. Orangnya taklah cantik kalau dibandingkan dengan yang biasa dikategorikan cantik. Dia tidak putih mulus, matanya tidaklah bulat melentik, giginya tidaklah tersusun cantik, tubuhnya tidaklah ramping menggoda. Dia biasa saja. Pandai sangat pun tidak, sebab ada lagi yang lebih pandai darinya. Tapi dia seorang yang manis. Semua yang dilakukannya 'menjadi'. Contohnya dia bukan dilahirkan dalam keluarga qari. Tapi apabila mencuba membaca quran dengan tarannumnya, ianya menjadi dengan sedap didengar. Dia tak pandai main bola jaring, sebab dia minat bola baling. Tapi bila cuba jadi GA, dia boleh menjaringkan gol dengan banyak dan lincah dalam permainannya. Dia bukan olahragawati, tapi dalam kejohanan rentas desa sekolah, dia mendapat tempat dalam 10 terbaik. Selepas PMR, dia hanya mendapat 7A tetapi dia bercita2 mahu ke KISAS Klang. Kelayakan yang diterima hanya 9A. Tapi dengan 2kali permohonan akhirnya dia berjaya memasuki KISAS. Pendeknya, dia memang murah rezeki dan selalu bernasib baik.
Masa itu aku cemburukannya sebab aku tak dapat jadi macam dia. Eh kalau dah cemburu tu memanglah macam tu kan. Aku lihat dia bukanlah ahli ibadah. Kami sama2 solat fardhu, solat sunat, baca quran, solat jemaah, tadarus etc sebab itu semua adalah sebahagian jadual di asrama. Aku tak lihat pun sesuatu yang istimewa tentang ibadatnya, kalau ibadatlah yang membuatkan dia lebih hampir kepada Tuhan maka lebih mendapat rahmat dan keberkatanNya. Dia biasa saja. Gelak, gosip, santai, sembang, kadang2 lepas laku. Tapi, dah mungkin itu rezekinya. Masa itu dia anak yatim. Ayahnya meninggal semasa dia masih kecil. Tapi pun dia anak kedua bongsu dalam keluarga. Kakak abangnya masing2 jenis yang berjaya. Ada doktor, pensyarah, guru berijazah, etc. Dia memang dari keluarga yang 'menjadi'.
Dari FB aku dapat tahu dia kawin awal, semasa masih menuntut di UM. Suaminya pelajar seangkatan, atau mungkin senior. Dia sudah ada 3 anak lelaki. Suaminya ada perniagaan sendiri. Dia pula menjadi pensyarah di Universiti yang baru ditubuhkan (tak ingat apa) dengan kelulusan Master. Aku rasa kehidupannya sangat 'mapan'. Kalau aku jadi dia, dah tak ada apa lagi yang aku nak buat/minta dari Tuhan. Cuma syukran lillah....
Baru2 ini aku dapat tahu, dia dapat tajaan sambung belajar di Kaherah. Buat PHD pula.
Aku : Wahhhhhh...bestnya....
Semua 3 anak dan suaminya ikut sekali. 3-4 tahun di sana. Bertuahnya.... Aku : Cemburu yang amat...
Baru kejap ini tadi, status FBnya, baru selamat melahirkan anak lelaki yang ke 4.
Aku : Masyaallah... Beruntungnya (double happiness) jadi dia.....(Mabruk alaiki wa alaihum)
Aku melihat diriku dan berbisik sendiri. Betapa aku tidak bertuah seperti dia... Walaupun aku tidak menjadi kufur nikmat. Tidak sesekali wana'udzubillahi min dzalik.
Jauhnya beza kehidupan kami. Aku yang masih terkial2 dengan kehidupan, dan dia yang telah bertapak kukuh dan semakin mengukuhkan kehidupan duniawi dan ukhrawinya.
Ya allah kau jadikanlah hatiku tidak terlalu memikirkan perkara2 yang diluar penjelasan akal fikiran manusia semata2. Aku percaya rezeki Tuhan itu adil untuk setiap manusia/hambaNya. Cuma, aku juga percaya, ada orang yang nasibnya kelihatan lebih baik dan sempurna berbanding yang lain. Tapi hanya Allah yang Maha Mengetahui apa disebalik perbezaan itu.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment