Semalam tidak berakhir dengan begitu saja. Surat dan dokumen yang dihantar ke Jabatan Kimia dikembalikan semula atas alasan Printah Mahkamah tidak lengkap. Bila ku rujukkan pada bos, komennya cuma : kenapa lah lawyer ni bodoh sangat buat Perintah macam tu? Kita ni cuma orang tengah saja. Hih menyusahkan orang. Ni panggil lawyer ni suruh datang explain macam mana nak buat.
Dia marah kat sapa sebenarnya? Marah dengan situasi? Tapi aku yang kena hambur? Aku rasa bukan tepat masanya nak marah2. Kena cari resolusi macam mana nak betulkan situasi. Sebab itu aku datang pada dia. Kalau aku boleh fikir sendiri, aku tak payah rujuk semua perkara pada dia. Aku pun tahu, dia kusut. Banyak yang perlu difikirkan walaupun hanya duduk dan angkat telefon yang tak henti berdering.
Untuk fail yang hilang volumnya, aku kata pada dia, aku terpaksa lapangkan tarikh bicara hari ini sebab aku tak mahu ambil risiko Judge melenting hantar fail saat akhir. Dengan harapan kerani2 yang bijaksana akan teruskan usaha mencari. Aku juga yang kena perli dengan lawyer sebab call untuk maklumkan kes dilapangkan. Tapi sekurang2nya mereka tak perlu datang dan kecewa bila tarikh bicara dah lapang esok hari.
Sudah pukul 4.30ptg. Barulah boss angkat bontot dari kerusi, semak fail itu betul2 dan baca semua minit. Dan tanya pada aku, dokumen apa yang tak ada dan dikatakan hilang? Minit aku kata dokumen terakhir yang difailkan ialah pada 2009. Bundle 2009 ada. Kalau ada pun affidavit yang terbaru difailkan dan hilang, boleh minta sesalinan lagi daripada peguam. Aku tetap kata yang ada satu bundle terakhir telah hilang dan kita tak tahu apa yang ada dalam bundle itu.
Panggil kerani digit. Dia pun kata, dah masukkan affidavit itu dalam bundle terakhir dan catatkan dalam minit. Cuma kini bundle terakhir itu dah hilang.
Pada bos, aku seolah2 mengada2kan bundle yang tak ada. Bundle yang hilang itu sebenarnya tak wujud! Dia suruh aku cek lagi minit dan affidavit2 dalam fail itu, di hadapan semua staff yang ada dalam bilik itu. Aku rasa seperti dimalukan. Aku dicabar utk tugasan yang aku telah 2 tahun membuatnya. Dia sendiri tak pernah berada dalam posisi aku sekarang. Dan dia memang nampak bengang sebab aku sepertinya sengaja membatalkan tarikh bicara sebab aku malas nak semak minit fail tu betul2. Aku cuai dan tak berusaha.
Kerani digit pun sudah dipanggil. Jawapannya tentulah selari dengan apa yang aku katakan. Aku tidak culas. Tapi memang ada bundle terakhir yang hilang. Hilang bersama2 dengan affidavit terakhir yang difailkan. Takkanlah 2 orang boleh silap pada 1 perkara yang sama, serentak? Boss bingung dan pening. Nak salahkan aku dah tak boleh agaknya.
Akhirnya, aku ambil semula fail itu. Aku minta jurubahasa kembalikan hujahan yang dulunya kuserahkan pada dia sebab kusangkakan fail ada dengannya. Hujahannya pun tidak menyatakan senarai affidavit yang dirujuk. Aku hubungi firma peguam semula. Akhirnya, baru dapat disahkan hanya 1 affidavit saja yang hilang. Dan affidavit yang hilang itu ada bersama2 dengan hujahan tadi. Ironinya, bagaimana boleh begitu sedangkan kerani digit kata dia memang dah masukkan affidavit dalam bundle terakhir. Bundle yang dah hilang tu...
Aku terganggu sebab boss melihat aku sebagai seorang yang ~ asyik nak report semua benda kat dia ke?
Dan dia tak tahu kalau pun aku selalu 'tenggelam' dalam fail dan cuba atasi semua masalah sendiri tanpa susahkan dia...
Can you spot me? ~
Tidak tunjuk rajin atau tunjuk pandai. Tapi, inilah kerjaku setiap hari. Tukang angkat fail tebal2....
At last, siapa yang peduli? ~ tiada siapa. Not even the boss. Even though she's the one who requested me on friend-to-friend basis to do this job for the division :-( dan aku tak pernah pun dapat anugerah cemerlang ke apa... well...itu soal rezeki Tuhan, Lin...
Pulang ke rumah dengan bebanan sarat di kepala, Arissa menunjukkan report card nya bagi peperiksaan penggal kedua yang lalu.
Syukur Alhamdulillah, Arissa dapat nombor 1 daripada 7 kanak2 seusianya. Ada kemajuan sikit. Paling lucu Sains dia dapat 100 markah. Haha. I wonder what sort of questions did they gv to her...
Oh ya, Arissa juga dah pandai gunakan laptop, walaupun sekadar tekan2 cari lagu :-)
Arissa multitasking. Sambil makan, tengok tv dan 'ushar2' laptop. Dah macam budak besar pulak. Hihi...
Sekurang2nya Arissa 'membebaskan' ibu dari belenggu tekanan kerja yang tak sudah... :-)





No comments:
Post a Comment