Hari itu.
Ayah : Ica cucu orang jawa, cuba cakap jawa?
Arissa : Ja...wa...
Ayah : ???
Semalam.
Ayah : Ica, cuba Ica cakap one, two, three, sampai ten.
Arissa : (dalam nada menyanyi) one....two....three....sam...pai....ten........
Ayah : ???
Jalan2 pada minggu lepas, kami singgah di Parkson KLFC. Tak pernah jejak ke situ. Jadi cuba tengok2 apa yang ada. Rupa2nya ada kedai mainan import, kartun jenama Disney dan Karakter dalam rancangan di saluran Disney, semua ada di sini. Apa lagi, rambang mata lah minah kecik tu....
Ayah dan ibu bukan kedekut tak mahu belikan Arissa mainan2 ini. Satunya ayah & ibu tak mahu biasakan Arissa dengan mainan mahal. Keduanya, Arissa bukan main yang beriya pun. Selepas sehari-dua, mainan cuma jadi perhiasan. Sangat membazir. Ketiganya, patung2 berbentuk manusia macam Barbie doll mengerikan...kalau jadi perhiasan, dah macam apa pula rumah ibu nanti...
Jadi, kita tak jadi beli apa2. Cuma jamu mata saja ya.
Selepas itu jalan2 lagi, barulah terjumpa dengan encik Paratha & Co. Sini, barulah jamu mulut dan perut pula.
Eek! Ngeri macam lanun!
Bila dah kenyang, balik rumah, dan.....kabush!zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....
























No comments:
Post a Comment