Dec 29, 2011

Arissa sunburnt!

Selepas 2 hari mandi pantai, berjemur di bawah terik mentari petang dan tengahari di PD pada 26 dan 27/12/2011, diikuti pula dengan berjemur di dalam zoo dengan haruman najis binatang selama 6 jam, akhirnya baru ibu sedar kulit Arissa dah jadi agak gelap sikit (-__-)

 Tengok ni, dari tepi, pipi Ica ada garisan antara kulit yang depan muka, dengan yang bahagian dekat ke telinga. Ada beza... Ini pun kira okey siap pakai uv protection lotion hari itu. Kalau tak, jadi apa... hangus terus kot :-)

 Mukanya, lengannya, kakinya, semua dah jadi sawo matang... Sembap pula tu sebab ini baru lepas mandi. Bangun awal nak ke Tadika... Khusyuk tengan menonton tv...

Yang ditangannya tu, belon zirafah. Asyik sangat memeluknya. Walaupun muka dah sun-burnt, tapi Ica hepi!

No comments: