Dec 28, 2011

Zoo Negara 27/12/2011

Arissa dah lama teringin nak tengok zoo sebab dia kata nak naik gajah dengan zirafah. Padahal manalah boleh kalau di zoo Ulu Klang kan... Tapi untuk tidak menghampakan dia, ibu slot in perancangan nak tengok zoo dalam cuti sekolah ini supaya ada 'suasana' kat situ. Yelah selalunya musim cuti sekolah lah ibu bapa nak bawa anak-anak atau guru-guru nak bawa anak murid melawat ke zoo.

Ibu dah lebih 10 tahun tak ke zoo. Kali terakhir mungkin masa ibu masih di Uni dulu, pergi temankan sepupu Arissa, Suhaib tengok zoo. Masa itu harga tiket bagi dewasa baru RM9.00 dan kanak-kanak separuh harga.

Nak ke zoo ni pun dirancang pergi pada hari Sabtu 24/12/2011 tapi sebab bangun lambat, biasalah ibu di hujung minggu jadi beruang kutub, jadi hari Selasa yang menjadi kenyataan. Kami bertolak dari rumah seawal 9 pagi, singgah sarapan di gerai depan rumah dan kemudian teruskan ke zoo Ulu Klang yang tak sampai 20km tu pun. Tiba di sana tepat jam 10. Orang pun belum ramai lagi.

Ayah dan Ica di tempat parking yang lengang...

 Ica nak buat peace tapi terlupa (-__-) seperti biasalah...

 Ibu - muka puas hati dapat bawa anak dan suami menjejak ke zoo....hehe

 Ayah : here we come dear wild lives...

 Ok stop for a nice peace....

Arissa : I m in Zoo? just can't believe it!!! keh3... dia ni mamai sebab bangun pagi. Masih mengantuk dan moody...


Ibu pun terus ke kaunter tiket. Dewasa RM25 dan kanak-kanak 3 hingga 13 tahun separuh harga. Lepas beli tiket kita check-in di pintu masuk dan tiket tadi dalam bentuk gegelang kertas yang macam tiket beg dalam kapal terbang pun ada, di gelangkan kat tangan. Aiseh, macam gelang kertas untuk Arissa main dalam playground yang berbayar RM5 per entry kalau kat Wangsa Walk Mall tu (-_-)

 Arissa melihat-lihat kawasan sementara ayah ke toilet

Ecewah dah macam group rap 4u2c yang tak cukup korum ke apa. Belakang Ica tu ada picture taking station. Ada tulisan Zoo Negara dan kerusi cantik. Pembaharuan di Zoo kini ialah adanya picture taking station yang cantik dan di hos dan maintain oleh syarikat corporate macam bank, starikat pengeluar makanan, etc. Jadi diorang bolehlah kreatifkan station masing-masing supaya bila-bila diorang nak buat event, dah ada tempat. Ada yang buat booth diorang penuh dengan binatang yang ada dekat-dekat stesyen tu. Yelah nak ada peluang ambil gambar dengan binatang sebenar, memang tidaklah kan. Ada yang 'batu' punye version pun jadilah ya...

Baru nak mulakan pengembaraan 3 beranak, tiba-tiba ayah kata, eh kita naik tram je lah. Tengok-tengok dulu. Ok tak?

Ibu ok je. Ica, dah naik dulu. Ayah beli tiket di kaunter dekat dengan tempat 'parking sementara' tram-tram ni sebelum bawa penumpang mengelilingi zoo. RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Boleh naik mana-mana tram selagi ada pegang tiket ini. Diturunkan penumpang dan loading penumpang di stesyen yang ada tempat perhentiannya.

  Arissa tak sabar-sabar suruh tram cepat bergerak. Tram ni senyap je bunyinya sebab gunakan kuasa bateri
Ayah : Ica tengok tu rumah gajah.
Arissa : oooo...

Arissa : Ayah, gajah nak masuk longkang tu....
Ayah : taklah, mana boleh muat longkang  tu...

 Tasik burung bangau... Menjelang tengahari tempat ini dipenuhi pengunjung

Taman burung kasawari. Arissa : nak naik burung besar boleh tak ibu?
Ibu : errr...tak kot... takde org naik pon?


Muka sememeh dengan peluh dan tahan panas... Kami turun di stesyen berhampiran tempat tinggal harimau dan singa. Dari situ kami menjelajah lagi. Zoo ini selebar 150 ekar tapi hanya dihuni seluas 130 ekar. 10 tahun dulu, kita ke sini dan dilekakan dengan gelagat binatang yang banyak dan gemuk-gemuk.

Kini, pihak zoo tentu pening kepala nak fikirkan apakah hiburan sampingan yang boleh melekakan pengunjung sebab haiwan-haiwan dah berkurangan dan tak semeriah dulu. Harimau pun kurus-kurus je. Memanglah mahal kos penyelenggaraan zoo ni. Sebab itu tiketnya mahal.


Arissa tengok tempat singa dan harimau. Siang hari mereka ni nampak lembik tak bermaya je. Ada harimau pun tak banyak. 3 ekor saja. Singa jantan ada sekor je. tu pun tido manjang. Kan dia perlukan 22jam rehat dan tidur. Sebab singa betina yang cari makanan.

Singa pun dah tua. Kalau tak tua pun, memang kerjanya berehat, makan dan tidur saja... Hairan kan rambutnya yang panjang tu, sangat unik!
Arissa ambil gambar dengan patung gajah di belakang tu. Sebenarnya boleh masuk dalam dan duduk atas gajah tipu tu. Tapi Arissa nak yang hidup. Tak dapeklah...

Gambar upload terbalik, sepatutnya ayah keluar dulu, lepas tu baru anaknya mengikut di belakang. Anaknya memang la jakun dengan peti aiskrim, tak mahu keluar2. Dah kena tinggal barulah terhegeh-hegeh mengikut...

Singgah beli air minuman di kedai F&N. Ada banyak kedai minuman di sini. Kedai aiskrim pun ada. Tapi harga barangannya jauh lebih mahal. Contohnya air tin biasa di luar 1.30 ke 1.50, di sini RM2.50 ke RM3.00. Air mineral botol kecil RM2.00 ke RM3.00. Makanan ringan seperti keropok dan aiskrim juga mahal RM1.00 ke RM3.00 daripada di luar. Standardlah kan. Kalau nak murah kena bawa bekalan dari rumah :-)


 Hero yang ditunggu-tunggu... Kami sampai je, dia pun terus 'membuang'...duhh

Arissa terpegun tengok gajah buang air besar tepi longkang, siap kencing banyak dan sembur-sembur pasir kat najisnya...
Arissa : ibu, besarnya 'taik' dia...hiiii...

 Arissa : Kenapa Ica tak boleh naik gajah?
Ibu : err...sebab tak ada orang yang boleh naik pun...

 Ayah dengan bangau oh bangau kenapa engkau kurus...

 Ayah beriya nak snap pic gajah. Gajah pun lama posing kat situ bagi chance. Arissa beriya tengok gajah...





Arissa tengok gajah yang tengah makan kat sudut belah sini. Yang sana tu tengah beramah mesra dengan orang ramai. Ada 2 ekor je. Ambik shift memasing. Kalau yang seekor time-break, yang sekor lagi take the fame :-)

 Ayah dengan zirafah dari jarak jauh (tempat gajah tadi)

...yeah, bersedia untuk terbang....

Tengahari adalah waktu yang sesuai untuk berehat-rehat bagi si bangau. Tahukah anda bangau dari sini terbang mengelilingi Lembah Klang hingga ke Putrajaya setiap hari dan kembali ke zoo pada jam 11 malam untuk tidur? Now you know ;-)
 Arissa dah penat....
 Buat perangai guling-gulingnya... ajak balik
...merajuk... jalan sorang-sorang....



Arissa jalan sendirian sepanjang tasik si bangau tadi. Masa ini kami sedang cari stesyen untuk naik tram. Tak larat dah jalan kaki. Kami dah pusing tempat lembu, kerbau, burung, hidupan 2 alam, ikan... buaya, penyu dan kura-kura pun sudah lalu... capek banget sih. Jam sudah jam 12 tengahari...


 Terjumpa booth bank Rakyat. Tapi kosong dan tak menarik pun. Cuma ada papan ini je. Tak boleh masuk gunakan photo taking station yang ini sebab dirantai.


Jakun la ni...

Arissa lalu sebelah tasik yang ada swan putih yang cantik... Ramai orang ambil gambar dekat-dekat dengan swan. Arissa buat tak tahu saja...

Arissa nak tengok apa tah tak ingat. Tapi binatangnya tengah menyorok. Lambai sajalah dari jauh...

Kami naik tram di steyen dekat kandang harimau tadi. Pusing terus sampai pintu depan. Rupanya pemandu tram kenal dengan ayah. Dulu pernah satu kampung. Dia suggest untuk tengok animal show. Arissa yang tak sabar nak balik. Ibu pun belikan ais krim dan jalan patah balik ke animal show amphitheater. Tak jauh daripada pintu depan. Sempat lalu kandang monyet, burung hornbills yang macam-macam jenis, akuarium ikan, dan akhirnya sampailah ke tempat dituju.

 Ibu terpaksa pegang tangan Ica supaya tak meronta-ronta masa nak snap picture. Budak dah bosan kan, macam-macam pe'elnya... Yang putih kat tangan ibu tu tag tiket yang ibu cerita kat atas tadi.


Masa ni dah pukul 2.30. Show mula pukul 3ptg. Badan dah rasa tak selesa, berlengas. Arissa pula asyik jatuh kat tangga ampiteater ni sebab tak biasa. Tapi tak mahu duduk diam (-__-)


Sengaja ambil pic anak pelancung Korea tu sebab ada iras Ica (cewah perasan!). Tapi kalau tengok betul-betul memang ada persamaan. Orang Korea ni mukanya tirus, mata sepet tapi ada kelopak, hidung kecil mancung dan mulut pun kecil dengan bibir yang nipis. Ada beberapa anak Korean yang agak serupa dengan feature Ica. Ok ok Ica hidungnya agak kembang. Tapi ada jugak iras-irasnya...(tetap nak jugakkk...)

Ok, jam 3.15 petang (selepas 45 minit menunggu dengan sabar yea...) show pun bermula. Pengacara dia sumpah macam DJ kat kenduri kawin.

Show burung helang putih, allah tak ingat namanya, Combi ke apa. Tapi baik burung ni, pandai kutip duit dari tangan pengunjung yang nak beri sumbangan pada dia ;-)

Sealion tu ada nama. Lupa lah apa namanya. Ada 2 ekor. Satu agak muda. Namanya Domba kot. Yang ini dah tua, namanya Bad. Dia pandai tepuk tangan... :-D

Ini burung helang tikus yang macam ganas. Dia makan cacing gemuk. Tu tengah ambik makanan atas tempat dia berdiri...
 Ha. Itu pengacara show. Sebijik macam DJ kenduri kawin...hehe

 Domba tengah ikut arahan bos dia. Baik budak sea lion ni, dengar kata... Mana taknya, asyik makan je kan. Sehari 30kg ikan untuk dia sekor.

 Dhomba tepuk tangan...

Ini pengacara jemput orang ramai beri sumbangan untuk maintenance burung... Sesiapa yang berani, boleh cuba pegang burung ni. Tapi kena ada duit kertas supaya dikepit ditangan dan boleh dicopetnya untuk masuk tabung.

Okey, chow habis pukul 3.45. Lepas tu shopping sovenir sikit untuk budak Arissa yang sibuk nak belon zirafah tu, dan ibu beli magnet untuk kenangan...

RM50 untuk beberapa jam di kelilingi bau busuk najis binatang dari jam 10 ke 4 ptg ~ kira okeylah kan. Yang penting kita bertiga happy.

No comments: