Tajuk macam tak boleh blah kan. Macam setiap tahun ada konsert. Artis popular ke apa? (-__-)
Sebenarnya sebagaimana tadika2 lain seluruh dunia, akan ada annual concert and graduation day for the year. Tapi oleh kerana Arissa baru 3 tahun, jadi hanya annual concert saja yang 'applies' kat dia.
Konsert pada hari Ahad, jadi hari Sabtu, Arissa dah kena bangun pagi untuk menghadiri sesi rehearsal. Ayah pun mestilah luangkan masa untuk temankan ibu yang 'buta jalan' ni untuk ke Medical Academies di Jalan Tun Razak sana sebab konsert akan dibuat di tingkat 3 bangunan tersebut.
Sabtu 10/12/2011
Kanak2 semua dikumpulkan di suatu sudut dewan, dan dipanggil naik ke pentas mengikut kumpulan dan jenis persembahan. Cabaran bagi teachers ialah untuk mengumpulkan semua kanak2 ini terutamanya yang dari kumpulan 3 tahun, sebab mereka ni kategori 'tak makan saman' dan kadangkala tak faham arahan. Lari sana sini. Nanti elok dah terkumpul semua, ada sorang yang lari ke hujung dewan, berjangkitlah konsep 'pelarian diri' tu kepada yang lain. Kita yang tengok dah rasa letihnya nak kejar seorang2, mereka2 yang jadi teachers laaaaagi lah penat (-__-), well that's why I dont become a kindergarten teacher...
Arissa yang pakai suit merah biru tu tengah menangis... Menangis sebab belum biasa dengan keadaan dewan dan malu2 tahi kucing dengan parents yang dia tak biasa. Memang attention seeker. Mujur ada Teacher Ain cute yang memujuk. Memang penyabar betul. Kalau ibu, dah kena cubit2 dah dia....
Selepas sejam menangis tak terpujuk, dan muntah habis, dan recharge semula dengan minum susu, dan tak mengikuti tariannya yang bertajuk "Bunyi Gitar", akhirnya Arissa back to normal. Ini sempatlah ikut menari lagu kedua "Selangit". Amboi, berdangdut anakku!
Arissa yang baju merah biru itu.... ni sepatutnya adegan konon kesat peluh kat dahi sebelum mula bergelek...
Ha tengok, ini adegan apa tah tapi dia lah yang paling over!
Rehearsal tamat jam 11 pagi dan kami pun terus jalan2 di Tasik Titiwangsa yang ada pameran fotografi dan gadgetnya. Tak lama sebab panas banget.... Kami terus cabut balik rumah.
Ahad 11/12/2011
Inilah tempat bernyanyinya yang telah siap dihias. Cantik kan... yang penting budak2 sangat teruja melihat belon2 itu....!
Tiba2....pling!!! Ada budak tak tahu malu naik pentas? Ini lepas make-up pakai bedak, blusher, celak dan 'litip' (lipstik). Amboi sungguh confident nya dia!!! Inikah budak yang menangis malu semalam? Cet!
Amboi amboi amboi... beraksi sorang2 macam tempat tu khas untuk dia perform!
Tak cukup di atas, di bawah pun sambung....
Main turun naik pentas macam rumah sendiri... Ini ibu tak ambil gambar yang dia berlari pusing satu dewan. Tak tahu kenapa. Macam naik hantu pula dia....
Tengok tu, orang dah agak ramai dalam dewan, tapi dia buat tak kisah aja... isk isk isk, anak sapalah ni... (-__-)
Inilah persembahan sebenar....
Sumazau dance - 5 years old.
Joget Pahang - 6 years old.
Dikir barat - 4 years old.
Tengok budak yang tertunduk tu, dah mental block. Terus black tak ingat steps/malu....kesian dia.
Bunyi gitar - 3 years old. Arissa no. 2 from left. Itu teacher Ida yang susunkan arrangement.
The crowd....
Ni kawan-kawan 3 years old.
Tanya sama pokok - 6 years old.
Kalau berpacaran - 5 years old.
Selangit! - 3 years old. Arissa over excited.
Nobody but you! - 4 years old.
The crowd...
Arissa lega dah habis perform (cewah macam apa je) terus lapar, makan roti sambil tengok performance seterusnya.
Tengok make-up Arissa dah comot!
Lepas tu apa lagi camwhoring lah dengan ibu sebab excited nak rakamkan kenangan pakai make-up.
Budak comel kat belakang tu Afiq, anak jiran sebelah. Boy tapi cute macam girl...
Tamatlah sudah annual concert Arissa untuk tahun 2011 ini. Tahun depan Arissa masuk group yang 4 tahun pula...Insyaallah.
On the way nak ke kereta, ada seorang budak lelaki 6 tahun yang ditanya ibunya, siapa budak itu, apa namanya, berapa umurnya, merujuk pada Arissa yang berjalan dibelakang. Kami jalan dibelakang mereka. Ibu tu tak menoleh langsung pada kami.
Budak lelaki menjawab, namanya Arissa. Kawan abang (menggelar dirinya). Dia 3 tahun.
Ibu : wah! very impressive! Ibu tak kenal dia. Tak pernah nampak dia bermain dengan Arissa, tapi dia tahu Arissa. Maknanya, Arissa boleh buat kawan dan pandai berkawan lah :-) I m proud of her!

































No comments:
Post a Comment