Pagi tadi baru sempat nak cek beg sekolah Arissa, dan tersedar ada satu surat Tadika yang macam invois minta bayaran tahunan untuk persekolahan tahun depan. Baca dari atas dengan bertenang sampai bawah....
Jumlah semuanya, tak banyak. RM1300 saja.... (-__-)'
Cik A yang nak masukkan anaknya ke tadika Pasti tahun depan, baru berkira2 nak save kan duitnya untuk yuran tahunannya RM400 lebih, pun dah rasa berat. Bulanannya hanya RM80.
Aku pula kena asingkan duit bonus gaji bulan depan untuk fees yang agak mahal ini, dan bulanannya RM350. Saja.
Alah...apalah sangat kan kalau dibandingkan dengan tahap pembelajaran dan perkembangan anak kita (gulp...)
Sebenarnya aku berkira juga. Sebab gaji aku bukan belas puluh ribu. Tapi, inikan tadika swasta... Inikan zaman milenium....
Waktu aku dulu, RM200 mungkin dapat bayar yuran SPM (1995), kini, yuran buku Arissa saja sudah RM250, yuran alatulis RM150, yuran konsert dan sukan tahunan RM150....
Aku tiba2 teringat, masa nak minta duit yuran SPM tahun 1995 tu, yang RM200 itu, biasiswa kebetulan dah habis buat beli buku rujukan, alah berapa sangatlah biasiswa kecil persekutuan tu kalau nak bandingkan dengan harga buku2 yang tebal dan mahal (dan kadang2 hanya beli tapi tak baca? heppp!!!).
Bapaku cuma pencen askar pangkat lans koperal. Pencennya tak sampai RM200. Tapi dia ada simpanan yang dijimatkan hasil tuaian padi tahun dulu2. Memang untuk keperluan anak2. Bapa minta temph sehari dua dulu sementara nak ke pekan, pergi bank.
Elok saja bapa pulang dari pekan, dia memanggil aku. Aku datang dengan sepantasnya dan duduk diam (dan takut) di tepi pangkin dapur. Dia terketar2 lutut menyeluk saku seluar kerjanya dan mengeluarkan beberapa note RM. Dengan terketar2 juga dia mengheret kakinya yang uzur ke pangkin tempat aku menunggu. Bapaku memang sudah terlalu tua untuk ada anak yang masih sekolah. Semasa kahwin dengan emak, mungkin bapa dalam umurnya 40an. Jadi, ketika aku dilahirkan, dia sudah 60an. Apabila aku meningkat belasan, tentulah dia sudah 70an. Dan kakinya pendek sebelah terkena tembakan semasa latihan askar dulu. Sudah tua, kakinya cacat pula (-__-)
Dia menghulurkan nota2 RM tadi ke tanganku dan aku menyambutnya. Tangan ayah yang tua bergetaran ditanganku. "Ini duit yang kau minta tu. Belajarlah rajin2...." Katanya. Aku jadi sayu. Bapa jarang2 memberi nasihat padaku. Sebab dia garang. Dia cuma cakap beberapa patah kata saja. Selebihnya, tangan yang 'berbunyi'... Pada kita, RM200 adalah banyak. Banyak pada masa itu di mana kalau ke pasar dengan RM50 kita boleh beli barang dapur untuk seminggu, pakaian anak2, siap jajan lagi. Tinggi juga nilainya sebab bapa tak kerja macam orang lain, tiap bulan gaji ribu riban. Mak juga tak bekerja dan hanya mengharapkan hasil tuaian padi setahun 2 kali.
Ok, mungkin disebabkan rasa sedih melihat nasib mak dan bapa menyebabkan aku belajar rajin2. Yeah, kadang2 malas2...ikut mood lah. Iman pun ada pasang surutnya, inikan pula semangat belajar. Dan aku tidak dilahirkan oleh orang2 yang rajin belajar juga. Mak buta huruf. Ayah pun hanya laju baca jawi. Jadi, aku bersyukur dengan kurniaan yang diberi Tuhan. Alhamdulillah....
Aku tak pernah membandingkan kisah hidup silam dengan apa yang boleh diberikan pada Arissa hari ini sebab ceritanya sudah lain2. Selagi mampu, insyaallah, Arissa akan ku sekolahkan seperti seadanya. Apalah sangat nilai yuran yang mahal, harga lampin pakai buang dan susu yang mahal, dan perbelanjaan membesarkannya, jika nak dibandingkan dengan tahap kesihatannya yang memuaskan dan perkembangan pembelajaran dan kepintarannya yang selari.
Bak kata kira2 iklan tv,
School fees....RM350
Annual fees...RM1300
Diapers fees per month....RM200
Formula fees per month...RM300
Entertainment and leisure fees....RM200
-
-
Arissa's ability to read and write ABC, 123, recite du'a, understands questions, giving reasons, etc....PRICELESS!
:-)
No comments:
Post a Comment