Dec 20, 2011

Makan di Malaya Steamboat

Semalam, sempena ibu dapat gaji dan bonus (alhamdulillahirobbil'aalameeen...) ibu ajak ayah dan Ica makan di Malaya Steamboat, Sri Gombak 2. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh browse di sini.

Memanglah cari pasal, waktu hujan masih agak lebat, waktu orang lain sibuk nak kejarkan balik ke rumah masing-masing dari pejabat, kami pula menempah 'tiket jem' di MRR2. Padan muka (lepuk pipi tembam beberapa kali). Janganlah ingat sebab cuti sekolah, maka jalan pun lengang. Sungguh superficial kalau betul. Jem panjang satu hal. Cari alamat Restoran dalam GPS tak jumpa-jumpa. Memang menambah pening kepala dan lapar perut. Ayah yang dilahirkan ada GPS dalam kepala dia pun boleh tak activate GPS itu di saat-saat perut kami sangat memerlukannya.

Kisahnya, Cik A kata, stimbot di restoran ni boleh tahan best dan harganya murah. Berpatutan lah RM23nett dengan hidangannya. Susah nak dapat yang murah macam ni. Yang di Flamingo, Setapak ni, harganya RM28++. Kalau yang di Seoul Garden lagi mahal. Boleh tengok harga situ. Di Restoran Kak Eita Sup Ekor & Steamboat lagilah mahal. Di Johnny's Steamboat pulak tak enjoy buffet... 

Jadi, untuk bukan peminat Steamboat tapi tiba-tiba rasa teringin mengadapnya setahun sekali dan membelanja orang yang suka Steamboat, harga RM23 nett di Malaya Steamboat tu adalah berbaloi... Cik A pula bagi hint kat orang yang sangat terror bab jalan di KL ni dengan petunjuk arahnya yang sempoi "ala, depan Giant Batu Caves tu masuk dalam sikit...". Memang sampai ke sudah lah tak jumpa, sebab betul-betul depan Giant tu namanya Sri Gombak Prima. Bila petang dah menjadi kelam, perut pun dah berdondang rock kapak, akhirnya GPS di kepala ayah pun self-activated. Maka jumpalah dengan restoran ini.


Kami pun tak banyak buang masa, terus pilih tempat duduk dan confirm makan di situ. Sepantasnya adik pelayan restoran sediakan kuah sup dan tomyam dalam periuk letrik yang diletakkan atas dapur di tengah-tengah meja kami. Ica pun terus minta aiskrim. Habis semangkuk. Makan nasi sikit, mihun sikit, mi sup sikit. Ayah meneruskan agendanya dengan seafood dan lain-lain. Ibu follow ayah.


Apa yang khusyuk sangat tu?
Oh, ini dah separuh masa kedua. Kami dah siap solat maghrib. Ica tengah berak. Ibu lupa bawa pampers. Jadi, biar je dia sambil popoo sambil makan lagi.



Arissa makan ABC nya sampai dah cair tak habis-habis...


'Hasil' sampah sarap lepas 'tuaian' tadi.... 2 mangkuk mi dan sepinggan kecil nasi goreng yang tak habis tu kerja budak kecik yang tamak tadi. Semua dia nak. Tapi semua tak terhabis. Cis....

Ayah's last round.... Tak larat dah dok memusing 'kepulauan' yang sama...
Sederet yang separuh bulan ni pulau makanan berat, ada nasi goreng, mi goreng, kuetiaw goreng, paru sambal dengan telur dadar... Lepas tu salad set dan berbagai jenis sos. Tempat ambil makanan mentah di sebelah sana budak yang tengah refill sos tu. Tak payahlah nak ambil gambar sebab makanan yang biasa-biasa je macam kedai lain. Cuma, ibu suka sebab ada ais krim yang berbagai pilihan. Tu petinya kat belakang ayah. Ala biasa-biasa saja, tak perlu beriya ambil gambar kan...


Ayah sedang cuba habiskan makanan dari 'last round' tadi. Ibu dah tersandar.... Ica, sebok belek hp...
Diikuti sesi Ica dan Ayah bergurau senda sebab perut dah kenyang... Alhamdulillah....
 Arissa : Ica nak buat satu experiment, ayah diam-diam saja tahu...
Ayah : apa dia? ok...

 Arissa : eh tengok ni apa ada dalam telinga ayah ni?
Ayah : errrr....

 Arissa : shhhh...diam-diam la ayah...

Ayah : Errr...ayah gelilah...
Arissa : ala ayah ni...

 Arissa : Aaaaaa......Chooooh!!!!

Arissa : Aaaaaa.....
Ayah : ey! ey! ey! apa nak bersin main-main kat telinga ayah pulak!!!

Ibu snap pic yang ni sebab nak tunjuk, couple yang sana tu sampai dulu dari kami. Makan dulu dari kami. Tapi kami yang balik dulu. Diorang siap buat kerja atas meja makan. Lepas tu ambik lagi makanan. Sikit...demi sikit... Amboi...RM23 jer sampai kena 'berkemah' depan kedai ke? Hehehehe....gurau je yeop! 

Mungkin memang macam tu cara yang sepatutnya makan stimbot? Lepas ni, kena bawa fail la pula datang sini sebab nak selang seli makan dengan buat kerja office. Hehehehe....


Lagu resmi Ibu : Dang dang dut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Lain kali boleh repeat lagi!!!
Tengoklah muka happy sebab perut kenyang. Alhamdulillah....

No comments: