Jan 29, 2012

Arissa dan taman permainan Wai Wai KLFC

Walaupun ayah tak ada kat rumah, tapi ibu kesian tengok Arissa tak keluar tengok langit sebab biasanya kalau hari Sabtu mesti kita keluar jalan-jalan kan. Jadi ibu gagahkan juga ke KLFC.

 Pakai baju baru. Nampak besar sikit...Biar tahan lebih lama...

Tengok tu tak sabar nak keluar rumah. Kucing pun enterframe yer?

Macam tak percaya dapat pijak lantai selain rumah dan tadika....

Ibu ajak Arissa ke sini untuk main. Tempat ni kat level atas sekali, dekat-dekat dengan Parkson kot...Macam mana nak masuk? Just isi borang, masukkan kasut dalam bakul kecil dan mainlah sampai bila pun. Caj dikenakan ikut selama mana kita di dalam. Bermula 20 minit cajnya RM3. Kalau setengah jam = RM5.

 For first few minutes, dia habiskan masa tengok orang lain dan ternganga (-__-)


Tempat ni besar dan banyak section untuk di discover. Yelah berbanding yang ada kat Wangsa Walk Mall...

 Suka naik jentolak dan traktor? Sini lah cuba..

 Arissa yang pemalu tak ingat. Tak nak bergerak kalau bukan ibu yang gerakkan. Dah macam mainan pakai bateri la pulak kan. Ibu bawak dia ke kolam bola kecil ni...

And she had fun with someone else's mom (-__-) sebab Ibu tak nak join masuk. Sempit ler kalau ibu join...
 Ibu tengok dari luar saja... rasanya she's doing well :-)

Nak try naik buldozer ni tapi sempit katanya...
So Arissa cari jalan naik nak ke gelongsor, mainan paling dia suka :-)

 weeeheeee.....

 Best lah ibu!

 Tempat ni ada buaian gayut sambil berdiri. Tengok budak2 ni main macam best jer..

 Tempat ni selalunya full, tapi ni takda org. Sebab banyak tempat boleh main...

Balik ke sini lagi...
Puas dari atas turun, skrg dari bawah ke atas pula. Lepas tu gelongsor ke bawah semula. Short cut ;-)

 Ada section untuk main lego...tapi tak laku..

 Arissa naik kereta ni depan cyber cafe...

 Arissa cuba gegelung plastik besar ni...

 At last lama sekali main kereta purple ni... walaupun kayuh dengan kaki, tapi dia suka sangat.. sebab pintunya mcam kereta betul kot...

 Dan sebab apa dia pilih kereta ni dari mula sampai ke sudah, ialah sebab kereta ni ada tulis princess kat belakang dan depannya (-__-)

 Ok pin!pin! ada mamat kecik usyar dia...hehe sib baik comel budak ni...

 Ewah muka gatal!

 Tengok dia tak nak balik pula...

 Mainan2 lain yang bersepah takde org nak usik pun... sebab byk pilihan...

Setengah jam main kat dalam ni, ibu yg penat menunggu. Arissa tak nak balik. Allah susah betul nak pujuk. Tapi taklah sampai menangis macam sesetengah budak tu :-)

No comments: