Dulukala memanglah hairan dan pelik dengan orang yang sanggup belanjakan wang yang banyak semata-mata untuk barang plastik. Buat apa? Bukan ada nilai jual semula pun kan? Kakak-kakak ku semuanya gunakan tupperware dalam kehidupan. Cewah ayat...
Yelah, apa yang menariknya bekas plastik yang mahal ni kalau kat kedai dua ringgit boleh dapat yang lebih kurang serupa tapi dengan harga beli yang jauh lebih murah.
Sehinggalah aku berasa sangat bengang kerana biskut Tiger yang selalu bagi kat Arissa untuk mengunyah dalam kereta semasa perjalanan yang panjang, telah masuk angin padahal baru simpan beberapa hari. Bila cek yang dalam almari pun masuk angin. Yang tak masuk angin cuma yang dalam peti ais. Tapi bau peti ais melekat pula kat biskut. Beli dahla pek yang besar. Sudahnya, membuang saja. Arissa pun tak nak. Tak de siapa yang nak makan biskut lemau. Grrr...membazir betul...
Jadi, aku pun mula menyelak-nyelak katalog tupperware dan merungut-rungut tentang harganya yang mahal padahal hanya bekas plastik saja...
Aku cuba beli Modular Set dulu. Sebab nak isi biskut dan coco crunch. Selama ini simpan dalam bekas plastik taufufah je. Memangla masuk angin. Ala bekas plastik yang beli kat Mydin pun tak tahan lama. Mesti masuk angin juga.
Ini set pertama, Modular Mate Essential Set. Lebih kurang macam ini lah. Jadi, untuk eksperimen, ok lah laburkan duit untuk beli. Bila guna, storage jadi lebih tersusun dan kemas. Yang penting coco crunch tak masuk angin. Biskut pun tahan lama walaupun kerap kali buka-tutup.
Selepas itu, mulalah suka nak beli lagi koleksi yang lain.
Kemas sikit kan.... Yang atas tu keropoknya dah habis tapi sengaja tak keluarkan...
Yang atas tu, simpan tepung, teh, oat. Bawah tu milo, nestum dan susu Arissa.
Yang besar letak keropok. Yang kecik-kecik tu untuk biskut yang dah buka. Supaya tak lemau kan...
Yang atas sekali tu adalah koleksi yang belum guna (dalam plastik), yang purple mangkuk besar tu hari tu buat isi nasi daging ke apa masa bawak gi rumah SIL. Memang praktikal sebab walaupun isinya panas-panas, penutupnya boleh mengembang dan sangat elastik, jadi kita tak risau penutup akan meletup ke, tertumpah keluar ke apa, selagi kita pandai nak tutupkan elok-elok.
Baru beberapa hari lepas, aku beli set untuk stok peti ais.
Lebih kurang macam ni, tapi penutupnya warna pink-purple.
Untuk peti ais pun bagus juga sebab ia mengekalkan keadaan asal makanan mentah tu supaya tahan lebih lama berbanding kalau kita gunakan plastik pembalut asal atau bekas plastik biasa. Kalau udang misalnya, dengan tupperware ia akan kekal kemerahan dan segar. Kalau dengan plastik biasa, selalunya udang akan jadi kehitaman dan tak segar bila dah cair. Sama halnya dengan hati ayam, daging, fishball, etc masih rasa segar. Sama juga kalau simpan sayuran dan buahan. Ia kekal segar lebih lama.
Aku mula cuba gunakan freezer mate ni sebab dengan pembelian Modular Mate, ada 2 bekas kecil Freezer Mate percuma. Kebetulan baru beli choc moist kesukaan Arissa. Jadi aku pun masukkan dalam freezer mate sebelum masukkan dalam peti sejuk. Selalunya, kalau letak dalam bekas plastik biasa, atau biarkan kek dalam bekas asalnya, mesti keluar je dari fridge, dia keras, dan bila dah beberapa jam diluar peti sejuk pun ia tak akan jadi lembut semula macam masa mula beli. Moisture dah hilang dan kek jadi kering. Tak sedap. Bila simpan dalam Freezer Mate ni, bila nak makan, letak luar sekejap, selepas dah hilang beku, rasanya masih sama macam baru beli ;-)
Bekas airnya pula penutupnya tahan panas. Ia tak meletup kalau isi air panas dan terkocak. Kalau bekas air biasa dah meletup macam roket dah ;-)
Bekas airnya pula penutupnya tahan panas. Ia tak meletup kalau isi air panas dan terkocak. Kalau bekas air biasa dah meletup macam roket dah ;-)
Kelebihan lain aku tak sure. Tapi setakat apa yang aku guna, Tupperware ni memang berbaloi. Ia mengekalkan rasa makanan dan ada waranty seumur hidup. i.e, untuk kesan penuaan perkakas, gelembung semulajadi dan koyakan. Cuma dia tak cover kalau kesan terbakar, torehan, kena makan binatang dan kepudaran warna. Jadi, kalau kita cermat, Tupperware ni memang berbaloi for life!
Jadi, apa lagi? Gunalah Tupperware. Beli sekali je seumur hidup. Nak jadi ahli dengan saya? Ops, aku tak jadi ahli pun... heheh




No comments:
Post a Comment