Arissa semakin matang dan perkembangan emosinya terserlah. Selain kuat merajuk, dia juga sangat penakut pada beberapa perkara seperti :
1) Gelap / suram / kurang cahaya
2) Ketinggian
3) Keadaan terlalu luas tiada sempadan macam laut
4) LIPAS
Yang nombor 3 Alhamdulillah berjaya di atasi semasa percutian kat PD tempohari. Bagaimana caranya? Hmm, ini bukan dapat dari mana-mana buku pun. Cuma cuba-cuba saja. Kadang-kadang budak-budak menjadi takut sebab tak biasa. Kita pun kadang tu jadi reluctant, terutama pada perkara baru. Jadi, kami berlama-lamaan di tepi pantai dengan harapan kejap lagi ok lah tu (-__-) tapi kalau dah beberapa kejap pun masih takut, kami bawa je dia ke dalam laut. Biar menangis sakan. Asalkan jangan sampai naik biru, sudah. Biar dia terendam dalam air. Sejuk air di kaki dan simbahan air kat muka dan badan tentu akan menyeronokkannya. Lagi dia takut, lagi kita buat. Alhamdulillah, Arissa hilang takut (selepas setengah jam main simbah-simbah) dan lepas tu okay.
Yang nombor 2 tu baru semalam dapat di atasi. Kami selalu pergi pasar malam kat Danau Kota setiap petang Selasa. Pasar malam ni nak kena menyeberang sungai. Cewah, macam sungai yang best je kan.
Pasar Malam Selasa di Danau Kota. Pasar malam ni best sebab ada jual DVD. hehehe pecah rahsia. Habislah kena raid nanti ;-)
Ni jambatan menyeberangi Sungai tu. Sungai apa? Entah.
Selalunya Arissa terpaksa didukung masa pergi dan balik melalui jambatan ni. Adalah dalam 10 ke 15 langkah tapi budak ni semangat... Sakit gaklah pinggang. Susah kalau time nak balik tu banyak barang yang kena bawa...Hush!
Semalam kami habis 'shopping' dulu daripada ayah. Jadi kami tunggu ayah dekat pangkal jambatan ni. Sambil ambil gambar banyak-banyak sebab tak nak bagi dia resah menunggu ayahnya beli apa tah.
Kami tunggu agak lama. Tiba-tiba dalam kebosanan tu Arissa jalan sikit-sikit kat atas jambatan. Sampai separuh jalan. Tapi bila tersedar (jalan dalam pengsan ke?) dia patah balik dan tersengih. Takut, katanya.
Selepas lama kemudiannya, dia cuba lagi. Kali ini ibu pimpin tangannya dan bagitahu supaya jangan tengok sangat atas jambatan tu. Tengok depan saja.
Dalam pada berbelah bahagi tu, akhirnya kami sampai juga ke hujung jambatan, dengan selamatnya dan tanpa ibu menduduk Arissa....Syukur Alhamdulillah!
Pokoknya kena berusaha dulu ye Arissa!
















No comments:
Post a Comment