Aduhai tajuk sangat panjang lebar. Ini memang khas untuk kenangan sebab I'll be part of the history!!! EEEyay! :-p heheh tak ada kena mengena pun yer. Syok suka hati tak kena tempat. Padahal awok bukan ade mase nak nengok what happen kat bawah tu. Keje awok lagi banyok nak buat....
Sejak Jumaat lepas lagi pihak KMKL sudah beri beberapa panduan untuk menghadapi Rally ini yang dijangka mengumpulkan 100k peserta. Pintu masuk utama akan ditutup. Semua kakitangan KMKL mesti naik kenderaan yang ada stiker dan pakai pass supaya boleh memasuki pintu B sebelah kanan sana. Diarahkan datang awal untuk mengelakkan punch luar masa. Aku pula extra-precaution, bawa biskut kering lebih sikit, takut makanan di kafe habis awal sangat, nanti nak keluar dah tak boleh kan. haish makanan mesti diutamakan ;-)
Bangun pagi seawal jam 6.10...fuh awalnya. Selalunya 6.30 kan. Bertolak dari rumah 6.40 pagi supaya tak tersekat dipintu masuk. Ya Allah memang mengantuk sangat sebab selalunya 7.10 baru keluar rumah... Tiba di bulatan Duta, eh...baru 7.20..awal lagi. Kalau nak sarapan di Selera Duta pun masih sempat.
Simpang nak ke kanan naik ke Masjid Jalan Duta. Ini dah pendek sikit barisannya. Tadi panjang....tak sempat snap. Poyo kan ;-)
Tengok orang ramai dah berduyyun-duyun berjalan melintasi kami nak naik ke atas sana.
Sekali bila naik simpang ke kanan nak ke Jalan Ibadah sana, hah...rasakan jem... Kereta gerak slow motion. Sampai di traffic light simpang 4 depan Selera Duta, jam packed. Dah tak nampak jalan terus yang nak ke KMKL yang biasa dilalui. Penuh dengan polis dan orang ramai. Belok ke kanan menuju ke pintu B pun lamanya...nasib baik kereta auto. Thanx to beloved myvi. Dalam 20 ke 30 minitlah nak lepas 2 tapisan polis, barulah selamat sampai....Alhamdulillah. Huish, tak tahu pulak begitu susah nak datang kerja. Kalau ikut kata hati, rasa macam nak cuti. Tapi dah kurang officer...tak boleh selfish. Sampai jam 7.45, dalam lobi pun bersepah polis dan orang ramai termasuk peguam. Kesian tak tahu peguam parking di mana.
Bagi kakitangan yang kerja dalam KMKL, rally ni mestilah menyusahkan. Tengok je aku. Setengah jam stranded ok... Ada yang datang seawal 5.30 pagi sebab tak nak jem. 5.30 pagi dan sampai sini yer, bukan baru bertolak. Gigih kan.
Dulu aku memang sangat anti dengan perhimpunan jalanan ni. Menyusahkan semua orang. Buat kerja bodoh. Apa yang kau orang dapat? Penat. Haus. Lapar. Silap haribulan kena sembur air entahapa apa kan. Paling teruk kena tangkap. Pastu kena pukul. Lepas tu kena gari. Di bawa dalam black maria yang takde edaran udara tu. Lepas tu kena jel. Lepas tu Majistret bagi reman pulak. Adoi...Memang cari pasal... Kalau rally masa weekend, jalan jem sana sini. Perjalanan yang sepatutnya beberapa minit bertukar jadi berjam-jam...Tensi tak pasal.
Tapi semenjak aku dah semakin dewasa, at least selepas aku ada anak yang membesar lah, aku dah tak anti dengan rally. Rally ni dah jadi macam trend pula. Sebab apa? Sebab rakyat perlu suarakan hak mereka. Kalau kerajaan tak mahu dengar pendapat melalui saluran yang BETUL, apa lagi cara yang mereka boleh lakukan?
Aku respect dengan para pe-Rally ni. Mereka sangat GIGIH memperjuangkan nasib diri dan orang lain. Berbanding aku dan lain-lain yang penge-CUt ni...kami jaga kepentingan diri dan keluarga aje (-__-') yelah itu pun sebab kami ni tak berdaya...insan yang lemah. Iman pun lemah....
Para penyokong Rally ni ketepikan rasa penat, sakit, malu, etc demi memperjuangkan apa yang mereka percaya boleh mengubah nasih diri dan rakyat, seterusnya NEGARA. Ye. Walaupun aku tak berani nak join, jauh di dalam hati, aku mendoakan agar perjuangan mereka di redhai Allah. Semoga Allah memakbulkan doa dan memberi ganjaran untuk usaha murni mereka. Ameen (Iman yang lemah memang akan sering berdoa dari jauh saja...)
Ini pemandangan dari atas tingkat 4 sayap kiri (aku lepas keluar toilet, hihi) sebelum jam 8 pagi. Di pintu masuk berderet polis. Orang ramai berkumpul di kawasan parking kereta peguam dengan sepanduk antaranya BEBASKAN ANWAR, dan RAKYAT HAKIM NEGARA. Ini je tulisan yang boleh nampak dari atas lah. Yang lain-lain tu tak nampak.
Tetiba ternampak kelibat my sister (Gerakan Mansuhkan ISA) pun ada jugak minah ni....siap tanya macam mana nak ke Mahkamah yang disebutkan tu. Eh eh, macam first time datang court pulak minah nie...Anyway my sis dulu antara yang tertangkap untuk satu rally, tak ingat apa dia. Nasib lah masa aku jadi Majistret dulu, aku tak terlibat mereman dier...(-__-') tapi pernah juga mereman kawan-kawan baiknya...(-_-')
Bila dah jam 8, aku pun masuklah office. Ape ke hey nyer nak bersidaian di balkoni kan. Awok bukan takder kijer...
Nah!!! Hambik fail case management hari ini. Sampai nak tengok satu-satu pun dah susah. Tebal satu hal. Banyak pula tu. Haish...
Habis case management pukul 12, keluar ke toilet lagi sekali, tengok-tengok dah lapang... Ada sikit-sikit lagi kat mesjid. Diorang sambung kat sana kot, manalah tahu Anwar buat solat sunat syukur sempena dia dilepaskan.... ;-)
Hakim buat keputusan berdasarkan bukti. Bukan bermakna Anwar tak bersalah (bersalah atau tidak hanya Allah yang Maha Mengetahuinya), tapi pihak pendakwaan yang gagal membuktikan kes beyond reasonable doubt. Syukran Lillah kerana Hakim tidak buat keputusan yang menampakkan dia di bawah pengaruh sesiapa.








No comments:
Post a Comment