Jan 13, 2012

Kemalangan lagi myvi nih... ;-(

Hari ini memanglah Friday the 13th! Kalau ikut kepercayaan sesetengah orang, hari yang malang, berhantu, tak bagus atau apa. Boleh baca kat sini kalau rajin ler...

Eh tak.
Aku bukan Friday 13th believer pun. Naudzubillah. Bukan... 

Ada juga yang kata, kereta, kalau dah pernah accident, lepas lepas tu mesti nak eksiden aje. Suwey!

Tak. Aku pun bukan percaya benda tu macam tu. Nasib malang ni kita tak dapat nak teka bila akan jadi. Sebab itu orang kata "malang tak berbau". Jadi, ia mungkin suatu kebetulan atau kaffarah Allah nak kenakan pada kita atas dosa-dosa kita, supaya meringankan bebanan kita menuju akhirat nanti. Wallahua'lam.

Jadi, apabila pagi ini kereta myvi kesayangan husbandku itu kemalangan lagi di tangan aku, tidaklah pula husband ku fikir yang kereta ni dah suwey. 

Tapi aku ada fikir sikitlah. Manakan tidak, sepanjang ada lesen sejak tahun 2004, bawa kereta proton wira yang manual tu, aku belum pernah kemalangan yang disebabkan kelalaian aku. Yang pernah jadi ialah orang reverse dan langgar depan aku. Ada lagi, aku parking memang fail, tersagat lah kat dinding sikit, divider jalan sikit. Tapi ia tak melibatkan orang lain. Tapi tup-tup bawa kereta husband baru beberapa bulan, dah kemalangan pula.

 Myvi tercalar di belah pintu belakang sepanjang bulatan roda :-(

Husbandku tenang aje, kata benda dah jadi, nak buat apa lagi. Sabar sajalah. Mungkin ini kaffarah Allah. Tiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. Nasib baik dia fikir macam itu. Kalau dia pun kata kereta ini dah suwey, memang petang ini juga aku ajak dia pergi booking Honda CRV! 

Booking dulu, boleh bayar atau tidak, tahun depan baru mengeluh :-D

Pagi tadi, tidak seperti pagi 4 hari lalu yang cemerlang bagi aku. Cemerlang dengan erti kata, keluar awal sblm jam 7, jem pun kurang, sampai awal, boleh relax. Pagi tadi, husband keluar rumah seawal jam 6 pagi! sebab nak hantar emaknya untuk jadual operation mata di HKL. Hairannya hospital suruh datang seawal jam 6.30? Tak apalah. Aku di rumah bangun seperti biasa. Tapi Tadika Arissa buka jam 7. Takkan nak tercegat depan pagar jam 6.45? Kena juga tunggu 7.05 baru keluar rumah. Itupun Arissa boleh sambung dengkur dalam kereta (-_-) Berdukung sampai masuk dalam Tadika. Jadi bila selesai urusan Tadika, sudah jam 7.10 - 7.15. Jalan Genting-Klang memanglah jem bangettt...

Jem di Jalan Genting-Klang tu lain macam sikit. Simpang depan Perodua yang ada 2 lane itu boleh menjadi 4 lane di waktu puncak. Pagi tadi, ia masih 3 lane. Aku dalam lane kedua. Sebiji Honda menghimpit aku di lane ketiga yang di ada-adakan tu. Di depannya ada Range Rover hitam besar gedabak yang juga menghimpit Viva di depanku. Ketika lampu hijau, kami memang KENA BEREBUT untuk ke kanan. Kalau tak berebut, memang takkan dapat jalanlah kamu sampai siang sebab kejadian potong memotong memang sangat happening! Jadi dalam keadaan tergesa-gesa nak jalan, Range Rover menghimpit ke kiri, aku juga terdorong ke kiri dan aku lupa dikiriku juga ada kenderaan. Apparently kenderaan itu ialah bas. Elok sangatlah tu. Aku ke kiri terlebih ambik selekoh, jadi bpintu belakang myvi yang comel ni teruslah tergesel dengan kepala bas yang tak bersalah itu. Nah!

Kalau salah orang lain memanglah aku akan berhenti dan tegakkan hak aku. Waima jem ketat. Ei teruknya! Tapi sebab dah silap dan cuai dan lalai dan selenga sendiri, takkan nak berhenti pegi marah kat bas? Bas tu dah tentu-tentu tak heran kalau calar ke apa sebab dia BESAR, dan drivernya tentulah bukan owner bas. Ade dia heran? Tentulah tidak.

Mood pagi pun dah rosak. Tadinya lapar, terus kenyang. Kenyang terkejut! Pukul 9.30 pulak ke Putrajaya untuk jumpa dengan top boss. (-_-) Tiba-tiba husband kata, mak tak jadi operate sebab namanya tercicir dari senarai operate hari ini, dan dokter yang selenga dan cuai itu tak dapat nak slot in namanya pagi tadi. (-_____-) tahu tak perasaannya macam mana? Grrrrr... MESTILAH BENGANG! Ei kalau bukan sebab husband aku keluar awal, tentu aku tak perlu keluar lambat sikit, dan dah tentu tak jadi kemalangan tadi!!! <---boleh ke kata macam ni? Ini statement orang tak beriman lah! PERCAYA QADA' DAN QADAR kan rukun iman? Masyaallah.... (insaf)

Aku rasa bersalah dengan husband sebab itu kereta dia. Kalau kereta sendiri, aku mungkin akan ahhh lantaklah...tak heran kot. Tapi sebab kereta ni best. Sangat praktikal. Minyak pun jimat. Parking pun mudah. Selesa dan kompak. Yang penting gear auto ;-) Kalaulah masa aku nak mula beli kereta dulu, Myvi dah keluar, memang aku dah beli Myvi, bukan Wira. Nak beli sekarang, husband aku kata, eh poyonye nak 2 Myvi dalam satu garaj? Itu yang aku berangan-angan nakkan juga CRV. Hehe sebab hujungnya ada gak bunyi Vi-vi tu...

Yelah...ini kan takdir Ilahi. Tak siapa boleh elak. Bukan disebabkan suwey atau hari Jumaat ketigabelas. Urutan kejadian yang menjurus ke arah kemalangan tu pun tak ada kena mengena. Semuanya suatu kebetulan. Allah dah tentukan Kun Faya Kun...

No comments: