Jan 12, 2012

The art of being the boss

Kadang-kala rasa sangat lucu lah kehidupan ni. Aku yang sebelum ini sibuk sangat dengan kerja hakiki sebagai seorang staff, rapat sangat dengan meja kerja, very individualistic, just dont bother of other's business, pendek kata sangatlah NERD nya, kini terpaksa memangku tugas seorang bos? WTH...

Selama ini aku tak suka pergi mesyuarat yang melibatkan top boses, datuk datin, chief itu ini. Meeting biasa-biasa yang melibatkan MARHAEN pun aku selalu tak pergi dengan alasan BANYAK KERJA, well memang pun... sebab aku sayang nak korbankan masa 9 jam dari 8 pagi hingga 5 ptg tu dengan benda-benda lain selain kerja atas meja tu, apatah lagi nak korbankan jam 5 hingga 7 ptg tu hanya utk siapkan kerja-kerja yang tak siap...ohh no...AKU TAKKAN...<---- see, such a selfish me ;-)

Tapi tengok sekarang apa jadi? I feel suck... (-_-)

Bila pergi meeting kelmarin dengan datuk datin, aku baru tahu, oh banyaknya benda yang aku tak tahu pasal admin...(nanges...) aku tak tahu berapa ramai staff yang ada, berapa ramai pegawai dan hakim sekarang ni, aku tak tahu pun apa-apa yang peribadi pasal top boss aku. Aku tak tahu dia seorang yang IT savvy, suka berenang, suka paintings, ada wife yang sangat take care, tak suka itu ini bla bla bla, mainly because before this I thought those were not important to my career. Yelah not important sebab kerja aku kan berkaitan fail. Jadi, aku memang TAK AMBIK PORT langsung pasal karakter top bos. Sekarang dah menyesal sebab tak tahu apa...

So (the gossip begins), ada sorang bos ini yang bukan bos aku tapi satu batch, dia ni pun very individualistik juga. Apparently we all dulu classmates tapi dia grad lambat sebab ada paper tak lepas, tapi itu cerita lama sebab yang penting sekarang dia BOS kat sebelah sana ok...nasib baik bukan bos aku. Kalau tak mesti menyesal hidup (keh3). 

Dia pun jenis tak ambil tahu. Ignorance. Kalau kau hari-hari parking tepi kereta dia pun dia takkan sedar itu kau yang parking kalau kau tak tegur dia. Apatah lagi kalau kau dah tukar kereta, ade ke dia heran? nando. Dia memang tak pernah ambil tahu perkembangan sesiapa pun. Aku gelarkan dia W lah. W ni hanya kawan dengan bos saja. Dia tak mingle dengan kami. Mungkin tak ada kepentingan kan.

Cakap pasal meeting dengan datuk datin, kelmarin tu meeting mengenai nak buat farewell party untuk top bos kami yang nak bersara. See, meeting yang macam inilah yang aku malas nak join sebab aku rasa tak ilmiah betul (-_-)

W was there. Yela, dia kan boss. Dah berapa tahun dia jadi bos? tak ingat, mungkin dalam setahun lebih kot. Yang penting dia tak pernah la buat kerja marhaen macam aku sebab hidupnya memang penuh kebertuahan dan kesenangan. 

Jadi, datuk datin ni, diorang bukan jenis macam kita yang marhaen ni. Diorang bukan tahu apa-apa mengenai kita yang dibawah sebab diorang tak ada masa nak gosip macam aku. Kalau diorang gosip pun hanya pasal diorang jelah. Bila gaji nak ditambah, bila nak dapat itu ini, sort of. Jadi diorang perlukan satu reliable source to provide info. Bila diorang tanya pasal admin dan pasal top boss, W terus mencelah dan bagi baaaaanyak sangat info yang membuatkan aku tercengang. Wah! Perihatinnya dia! Bila tahun pula dia tahu semua ni? Dia tak kawan ngan kami. Dia tak pernah join gosip. Dia dengan dunia dia saja. Jadi bilanya dia kumpul maklumat pasal top boss kami ni? Hairan.

She left the meeting wt pride, whereas me, with embarrassment? Sort of. Rasa nak ketuk kepala sendiri. Where were you all these while? (-_-) Aku rasa down dan mengadu dengan Cik A. She said perhaps I was so busy wt the file things tht I forgot to update myself on other things. Mesti ada shortcomings and advantages nya. "Memanglah akak tak tahu banyak pasal staff and what not, tapi akak ingat tak apa-apa pasal kerja akak, contohnya the Test for Striking out? Amendments? Security for Costs?" Eh memanglah. Semua tu aku boleh jawab on the spot. Ohh, takdelah blur sangat aku ni. "Cuba tanyakan semua ni kat W, boleh ke dia jawab?" and then we burst the laugh. Mestilah nando! Teruk kami ni kan. Keje gosip aje bila free.

Perhaps I m good at doing legal write up/research/opinion because I v been doing it for 2 years plus without fail. But when it comes to the top bosses, the legal thing is not a matter. They don't want to know how much legal knowledge you have. They just want you to please them wt the knowledge you have about them. It's the political environment that all employees have to face no matter in what field they are when they are at a certain stage of the career.

Aku teringat ada satu senior bercerita pada kami over the lunch pasal husband dia yang kerja kat satu architect firm ni. Firm ni buat anugerah tahunan untuk pekerja cemerlang dan pekerja bodoh (idiot staff). Apparently pekerja idiot tu jatuh pada seorang yang kerja sangat kuat, ambil OT, sanggup balik lewat malam, atau tidur di ofis utk kejar dateline, tolong orang lain dan buat kerja sehabis baik. Tapi dia tak punch in within times dan tak punch out on time. Siapa yang dapat pekerja terbaik? Seorang yang punch in and out right on time, tak pernah ambil OT, tak ambil banyak kerja, tak tolong buatkan kerja orang lain, tak sanggup stay back, tak sanggup itu ini. Yang penting punch in and out within time! Does it sound fair? Off course lah tak. Dunia tak pernah adil. Hanya Tuhan yang Maha Adil.

Kesimpulannya, segala penat lelah aku menimba ilmu memalui pengalaman kerja selama ini tak berguna sebab kalau nak buat kerja admin, aku kena belajar "the art of being the boss" perhaps not to become bossy, but to look good before the eyes of the top bosses. Haish banyak nak kena belajar ni. Mula-mula nak kena kenal semua staff dan semua pegawai. Lepas tu kena tahu apa yang mereka buat. Lepas tu kena hafal nama setiausaha datuk datin dan di mana mereka berada. Lepas tu nak kena hafal kedudukan mahkamah. Alamak banyaknya...ini belum termasuk simpan semua no hp staff...duh cukup ke memory hp aku yang kampong ni?

By the way ada meeting lagi tengahari ini. Besok pun ada. Mungkin kena adjust masa, balik agak lewat sebab kerja hakiki pun masih tertangguh. Mungkin kena let go blogging?

1 comment:

Unknown said...

itulah duniawi zaman sekarang...ianya diadili bukan kpd kepandaiaan seseorang melakukan kerja...tapi cara seseorang yg `pandai-pandai` bawa diri di mata orang atasan. walaupon sebenarnya dia tak pandai ape pon....oleh itu..kepandaiain dan `pandai-pandai` tu harus jalan seiring utntuk kita terus berada di di depan, seiring dengan begitu ramai zaman sekarang yg hanya tahu `tunuuk pandai` tapi sebenarnya hanya tau `buat2 pandai`...