Jan 2, 2012

Makan ayam penyet AP

Selamat tahun baru 2012. Wah. How time flies.
Apa yang menarik di malam tahun baru? Bunga api bisa nonton di TV. Arissa tidur awal jam 9 macam biasa. Ayahnya sampai lewat malam dari Batam, Indonesia. Jadi, tiada apa-apa yang menarik.
Syukur Alhamdulillah panjang umur untuk menikmati hidup di 2012. Semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan, rezeki yang murah dan kebahagiaan di dunia ini tanpe melupakan bekalan akhirat...ameen.

1 hb Januari 2012. Juga tiada apa yang menarik untuk dikongsi. Pagi hingga ke tengahari hanya berehat di rumah. Ibu masakkan mihun goreng basah dan gorengkan naget untuk sarapan. Tengahari juga makan makanan yang sama. Ayah berehat dan tidur. Arissa luangkan masa dengan ibu.

Petang, tidur semula. Bangun bila dah nak masuk maghrib. Bersiap-siap dan pergi makan malam di luar.

Hai. Takkanlah ayam penyet lagi? Jumaat sudah baru pekena kan? Tapi ini ayam penyet AP. Baru sekarang tahu kenapa dia tulis Ayam Penyet (AP). Sebab wujudnya pesaing ayam penyet seperti Waroeng dan kedai makan biasa.

Arissa tengah cek kamera kesayangannya (kamera mainan). Dah 2 hari tak keluar rumah, bila keluar, kononnya nak ambil gambar semua benda ;-)

Selalunya kami pekena AP di Wangsa Walk Mall. Kali  ni pergi kat tempat yang lebih dekat. AP @ KLFC. Kami ke sini selepas solat maghrib. Orang dah ramai...



Tengoklah budak yang selepas 2 hari baru dapat 'tengok langit' tu. Tak reti duduk diam. Asyik berlari ke sana ke mari macam kambing baru terlepas kandang...


Bila masuk ke dalam, 3/4 seats dah penuh. Tapi AP ni besar sikit dari yang di WWM. Sini ada 2 pilihan tempat, yang kat luar atau di dalam. Mulanya kami pilih yang kat luar sebab open air. Tapi panas la pulak. So, masuk dalam, sejuk sikit ada aircond ;-)

 Arissa's making herself comfortable...

Ayah, dalam pada tak sihat pun muka sweet aje...

 Sekejap aje budak ni duduk diam. seminit tak sampai. Lepas tu terlompat-lompat tah apa yang suka sangat...

Itu pintu nak ke section luar. Tempat ni lebih cozy berbanding AP di WWM. Kat luar tu dah macam ala-ala Bali style ke apa. Kalau siang nampaklah semua dekorasi yang klasik kontemprari tu. Cewah, ayat macam lah ID...

 Dinner tonite is hosted by me...hehe

 See the selection of menu. Macam-macam ada... bila lapar ni, semua nampak macam sedap je.

Yang hujung sekali tu signature dish dia lah off course. Ayam Penyet one... Yang buat lebih comfy tempat ini ialah sebab servers semua melayu, bukan Indon macam di Waroeng. Jadi, macam makan di tempat sendiri, bukan di Indon sana. Support warung orang melayu yer (chaiyyok-chaiyyokk..)

 Sini pun ada borang juga. Tapi borang ni kita tak perlu ambil di kaunter maca di Waroeng. Rasanya Waroeng tu tiru style di Indon. Teringat pula masa makan di Food Court Tanah Abang tahun lepas.

Di sini, pelayannya bagi satu borang dan pensel yang hujungnya ada pemadam siap, dengan 2 buku menu. Sebab AP ni baru je bukak selepas perasmian KLFC bulan 10 haritu, jadi semuanya nampak baru. Buku baru, menu baru. Ayah sedang gigih mengisi borang sambil flip buku menu.

 lagi selak, lagi banyak yang nak diorder. Eh sabar...sabar.... harga pun berpatutan, especially untuk orang tak kaya macam kami nie ;-)

 DI Waroeng sana, ayam saja RM7.50. Sini mahal seringgitlah...

Ini setnya pada hari biasa. Ayam+nasi+air teh o panas/sejuk = RM10.90. Mahal seringgit juga dari Waroeng. Tapi teh lepas makan nasi masih munasabah. Waroeng kasi minuman ringan lepas makan nasi. Ish ish ish...tak sesuai sangat.

Lepas isi borang, siul kat pelayan, diorang datang collect buku menu dan borang tadi. Sementara menunggu bolehlah layankan budak kecik ni ambil gambar dengan kameranya.



Macam ye-ye je ambik gambar...
Bila dah bosan ambil gambar tipu-tipu, dia ambil guna kamera hp ibu pulak (-__-)

 Ica ambil gambar ayah... ayah dah kurus sikit lah!

 Gambar dengan ibu....

 Gambar tangannya.... tak tahu apa yang best ambik gambar tangan nie...

Siap babai tu.... (-__-')

Sebab kat sini diorang tak de tagline pasal hantar makanan cepat ke lambat pendek kata ikut suka hati diorang, jadi taklah cepat makanan sampai. Tunggu agak lama macam 20 min ke 30 min gitulah...

Ok kali ni makan dalam sedar. Tak pengsan macam hari tu. Jadi sempat snap gambar makanan yang comel ni. Mula sekali itu ABC ayah. Eh patutnya itu yang last sekali kan...

Ini makanan kami. Ayam penyet dengan nasi = RM8.90 + RM2.50.

Mi soto ayah = RM6.80
 
Kopi ais Ibu = RM3.80 - biasa je tak kick macam Waroeng punya
ABC ayah = RM5.50 - oklah

Kiddo Set A ada kentang goreng bentul ABC + naget ayam jenama FirstPride (heh siap tahu! sebab memang makanan kami di rumah) + 3 scoop aiskrim coklat&vanilla = RM6.80

 Ayam penyet ibu memang sedap... sambalnya pedas yang kick! Betul ni tak tipu punyer....hehe
Mi soto tu ibu suka. Tapi ayah kata tak masuk selera dia sebab ada rasa santan sikit. DIa kuah sup tapi ada lemak-lemak santan sikit. So ayah makan isinya, ibu ambik kuah sup makan dengan nasi. Pun sedappp... ;-)

 'kerak' ayam goreng yang ditabur atas ayam tu dah jadi feberet Arissa... Asyik dok dikuisnya sampai ke sudah...

 Arissa's enjoying her ice cream...

Ayah dengan ABC ice cream yang ada buble hitam-hitam tu. Sedaapp...

Sudahnya ibu juga lah yang kena habiskan semua makanan sebab ayah dah kenyang, Arissa tu main je lebih.

Semua sekali bilnya RM37.50. Oklah tu, makan 3 orang sampai kenyang masya allah.... Burp! Alhamdulillah. Syukran Lillah.

Untuk 'lenggang perut', kenalah jalan-jalan dulu sebelum balik. Arissa dah sebijik macam kambing terlepas kandang. Tah kemana-mana dia jalan. Sorang-sorang pula tu...

Sini ni macam ruang pameran stage untuk apa-apa perayaan. Sebab dah nak masuk perayaan Tahun Baru China pula, jadi itu lah temanya. Tanglun dengan bumbung temple. Ada guard kat sebelah tu. Siap ada crossing line lagi tapi apa dikesahkannya. Masuk juga...

 Siap suruh snap gambar dia...

 Dua kali... (-__-')

Lepas tu lari ke belah depannya. Macam latar belakang China Town pun ada...
Dah nak sampai ke Econsave saja untuk tengok barang dapur, baru tersedar, kamera Arissa tertinggal di AP tadi. Ayo! Cepat patah balik! Dah jauh ni...ahhh semput mak! Nasib baik kamera masih disimpan di cashier. Fuh. Lepas itu ibu sakit perut nak terpo-po. So, tak jadilah shopping barang dapur. Balik saja.

Alhamdulillah, kenyang perut suka hati ;-)

No comments: