Feb 22, 2012

Jamuan meraikan persaraan bekas bos besar

Persiapannya boleh dikatakan telah bermula sejak sebulan lalu. Mesyuaratnya dah beberapa kali. Dibuat di sekurang-kurangnya 3 bilik pegawai. Briefing saja sudah 3 kali. Semalam siap ada rehearsal lagi. Aku rasa dah macam nak buat majlis kahwin anak. Eh, aku kawin dulu pun tak ada rehearsal. Ok kawin koboi memang takkan ada la (-_-) Sungguh terperinci dan complicatednya....

Ia sepatutnya taklah terlalu formal. Come on. Cuma jamuan perpisahan Hakim saja. Bukan menteri pun. Pulak tu, dia cuma Hakim saja, bukannya Hakim Besar Malaya/ Sabah Sarawak, atau Ketua Hakim Negara.... Tapi apabila majlis tak formal disertai komiti Hakim-Hakim juga, jadinya PROTOCOL WISE is very important. Ah bosan. Betapa telitinya nak buat majlis resmi ni sampaikan siapa nak temankan VIP dari lobi ke lif, dari lif ke tempat ambil gambar, dari situ ke lif, dari lif ke tempat jamuan, tunjukkan meja makan, tunjukkan seat mengikut seniority, bla bla bla.... semua nak kena 'pakai' pegawai sebagai penunjuk jalan a.k.a pengiring. Macam raja/sultan/puteri aje kan. 

Sebab aku orang kampung. Aku simple. Dan aku fikir semua manusia adalah sama, yang membezakan hanyalah kecintaan kpd Allah saja (eceh statement poyo) jadi aku memang cukup sangat sangat sangat malas nak melibatkan diri. Tapi nak buat macam mana, kena juga.

Kalau kamu memang ditugaskan sebagai (nama jawatan kamu) pembuka pintu kereta di raja, dan tak terlibat dengan kerja lain selain buka pintu kereta saja, tak apalah. It's a different story altogether. Sebab kamu memang kerjanya memikirkan tentang pintu kereta. Kamu tak perlu dan tak dikehendaki pun fikir pasal selain pintu kereta waima badan atau tayar kereta. Tapi kalau kamu cuma ad-hoc, tentulah kamu akan rasa argh! apekah ini???

Ok, marilah kita melihat hasil daripada kerja keras terhadap majelis yang dirancang itu ye.

 All the Judges waiting for the HHR CJM... Mereka memang tak suka duduk kalau berkumpul begini. Katanya sebab dah lama sangat duduk, apa salahnya sesekali berdiri :-)

 Itu komiti yang menguruskan kerusi utk sesi fotoshoot kejap lagi...

 Ha...see... inilah mereka-mereka yang dinyatakan tadi.. VIP and VVIPs...

 Ini majelis baru bermula. Started quite late at 1 pm because HHR CJM came late...

 Dear MC Mr. Khairul. Dia dah sign kontrak utk jadi MC-cum-statistik maker for life!

 The VIPs...waiting patiently for the MC's narration... Yang rambut putih itulah yg diraikan... Eh, which rambut putih yer?

 Sana tu, meja separa VIP, the invited officers from Putrajaya....

 Komiti...Muncung sejengkal nampaknya...

 Managing TP sedang beri ucapan. Ini la bos saye yang saye tanggung kerja dia tu :-)

 Hakim peling senior bagi ucapan... Aku pernah kerja dengan dia dulu. Err...tak best!

 Makanan kami... Ada nasi beriyani, rendang kambing, ikan sweet sour, udang sambal, kuah dhal, ayam percik & acar. Airnya bali lemon. Remark : ok, sedap.

 Fuh, lega dah bagi ucapan - kata bos.

 Cik A muka puas hati :-D

 That's my ex-boss!! and I loved working wt him :-)

 Yang diraikan sedang beri ucapan....

 Persembahan multimedia (yang kosnya RM500) utk 5 min...huh memang mahal....

 Itu gambar2 kenangan semasa Tan Sri dalam perkhidmatan ni...

 Happy birthday kat dia...

 Potong kek pula...

 Ok dah siap potong kek...

 Kek harijadi tajaan Hakim paling senior tadi, specially made by the Chef @ Mandarin Oriental, berharga RM1000.00... betul tak tipu...


 Atas saja kek, bawah cuma hiasan sajer...

 Ceh, kononnya birthday dia lah tu...

 Meja kami....

 Eh, where's me?

 Ok, itulah saye di sebelah cik A...kena menyirik supaya tak nampak demok sangat...kekekeke

 Lagi sekali... Bawah ni gambar SAR...

 Suasana makan...

 Di meja staff...

 Kek harga RM1000 tadi di potong kecil supaya cukup semua orang merasa :-)

Sedap juga Tiramisu nie... cer try yang di secret recipe, tantulah tak sama you...ini kek Hotel okeyh...(ala2 mokcik2 gitu)

Overal, okelah jamuan dah berakhir....Maka kepala yang mengetuainya pun bolehlah balik rumah dan tidur dengan nyenyak...kalau tak...siap mimpi jamuan tak menjadi sepeti yang dirancang. Anyway picture looks simple, but the preparation took the whole of the energy and times. I just don't favor this job when it comes to events like this. But heck no other choice awaits. Till then :-)

No comments: