Feb 28, 2012

Kuli memang tak goyang kaki

Ini pun suatu kenangan juga. Manalah tahu, sikit hari nanti, atau banyak hari nanti kena pula buat kerja lain, kerja yang ini akan sentiasa melekat di hati...

Hari jumaat lepas dapat longgokan fail tahun 2008 yang mesti diserahkan kpd bos tersayang. Jadi sejak semalam, memang sakit pinggang, tangan dan otak, dok mengerjakan fail-fail yang hanya 50 ini, tapi dah macam suku bilik setor kaedahnya....

 Hari ini sudah sampai stage ke 3 'amali' pengurusan fail. Sebahagian fail sudah angkat ke bilik bos untuk dia baca dan case manage. Padahal, sebelum fail itu cantik-cantik dihantar pdnya, ada beberapa proses yang perlu dibuat oleh kuli ini (aku la tu...)

1) Susun fail tepi dinding. Ambil senarai dari pusat pengagihan.

2) Lepas itu buka fail satu persatu untuk sediakan senarai secara am mengenai nombor kes, pihak-pihak, peguam-peguam, kausa tindakan, status kes dan tarikh terdekat.

3) Hantar kepada bos senarai ini untuk arahan lanjut. Ini dah settle Isnin. Fuh, sakit pinggang dek nak angkat fail satu-satu sampai 50....

4) Asingkan fail-fail kepada 2 kumpulan, iaitu status sedia ke bicara penuh dan yang masih perlukan case management.

5) Arahan bos ialah untuk tarik ke depan mana-mana fail yang sudah sedia bicara penuh ke tarikh minggu pertama Mac. Alahai dek, minggu pertama dah start esok khamis...

6) Jadi hari ini, pulunlah untuk tetapkan tarikh awal. Bermula dengan ambil fail. Semak tarikh akan datang. Call peguam. Tulis surat. Faks surat. Tetapkan dalam planner. Buat profile. Dalam profile kena nasihat/beri pandangan kepada bos tentang apa nak buat kat fail atau apa jenis arahan patut diberi dan kesannya nanti. Asingkan kertas cara bicara penuh dari fail utama, ikat kemas-kemas dan taddaaaa...siaplah kes untuk dihantar kepada bos...

7) Langkah 6 akan diulang sehingga selesai semua 50 fail....

 Tepi meja tu fail-fail yang masih perlukan pengurusan kes. Ini pun perlu ditetapkan depan bos, tapi step by step lah kata orang jawa kan...

Yang atas sofa tu fail dah sedia bicara penuh. Belum sempat siapkan sebab tadi ada meeting pulak dengan MJ. Lagipun bukan senang nak calling calling lawyer ni. Diorang kan sibuk kat court...

 Ini pula fail yang berbaki untuk pengurusan kes aku minggu ini. Tetap ada... ini belum tambah fail minggu depan....Fail profail A-Track pun belum sentuh lagi nih...aiseh

Ini yang bersepah atas meja sebab failnya tebal dan dokumennya banyak. Jadi kena asingkan yang mana satu siapa punya dan masih pakai lagi atau tidak. memang sakit jari lah dok angkat fail ni dari bawah ke atas, tarik kat tali yang semakin menipis tu.

Lain divisyen, lain jawatan, lain nasib, maka lainlah juga beban kerjanya. Kalau majistret tu beban kerjanya tentulah sebab tekanan nak cantikkan statistik. Nak hilangkan gugup dengan public. Nak tunjuk muka 'learned' semasa handle case. Yang PKP tu tentulah sibuk tolong bosnya, dengan kesnya, dengan statistiknya. Yang aku ni sebok yang macam inilah. Sebok kita lain-lain, tak sama. jadi tak adil kalau kata kerja aku seorang yang sebok, kerja orang lain tak sesebok aku. Tekanan kita tak sama. Expectation kita lain-lain. Tapi yang pasti, kita buat ni semua kerana amanah yang telah diberi.

Insyaallah boleh. pulun lagi, dan lagi, dan lagi....

No comments: