Feb 1, 2012

KLCC masa cuti Wilayah

 Hari ni KL cuti hari Wilayah. Jadi, ibu plan jalan-jalan ke KLCC konon nak celebrate b'day belated ayah ;-) Ica dah siap sedia nak keluar. Ni tengah tgu ayah balik dr bengkel. Give me 5!

 Dah sampai...

Apa benda ni? Macam tv la...

 Peace.... tengok nie


Muka-muka happy...

Ok dah sampai pun kat concourse level ;-)
Jom Jalan-jalan tengok-tengok...

 Ayah kata, ibu macam bosan je jalan KLCC. Memang pun... Ini macam tempat orang kaya jer? Tengah2 tak ada duit sangat ni, macam tak best pulak jalan-jalan window shopping sini. Jomlah kita tengok movie apa yang best, nak? Nak jalan kat taman KLCC pun tengahari rembang, panas banget.
Ok... Ayah beratur. Ibu tengok kat poster mana yang paling best.

Ibu nak tengok ini. Ada tayangan pukul 1.10pm. Ha, sedang elok. Waktu skrang ialah 12.40pm. Sempatlah sangat. Movie ni best iklannya. Gambarnya cantik. Pelakonnya pun kita kenal (cewah, kenal la sangat). Yang perempuan tu yang berlakon dalam High School Musical yang nama Gabriel ke apa tah. Kan?


 Ica tengok kiri kanan. Ramai juga orang...

Tapi seat utk Journey 2 ni dah full yang bahagian belakang. Ada kat belah depan-depan aje. Mahu terteleng leher kalau macam nie. Tak jadilah. Tengok poster Chronicle macam ok jer? Seats pun masih banyak lagi.



 Dah beli tiket Chronicle pukul 1.50pm. Harap-harap ok lah movie yang tak ada iklan nie ;-)

 Kita jalan-jalan lagi jom? Ok

 Beli buku di Kinokuniya. Lama berjalan je. Ica yang nak buku itu ini, Eleh macam la nanti dia boleh baca. Buku sini banyak pilihan. Tapi agak mahal. DUlu masa kat law school, suka sangat datang sini sebab segala jenis Akta yang terbaru ada. Sekarang rasa biasa je. Sebab kat library dah banyak Akta, updated juga, takyah beli ;-)

 Ica buat muka geram.
Ini buku yang ibu beli. 2 utk Ica, 1 utk ayah. Ibu punyer? Takde. Takpe... 3 biji buku ni RM56.00.Tengoklah nilai duit sekarang kan...


 Masih ada masa. Ayah jalan ke pameran Street Smart anjuran Petronas kat Petrosains.

Entracne percuma saja ;-)
Yang ramai pun macam budak-budak kolej dan budak-budak sekolah. Bosan kot?

 Ibu rasa comel bila bergambar dengan semut yang bijak nie ;-)

 Eh, dah pukul 1.30pm. Jom blah dulu. Nanti terlepas movie. Tengok poster belakang ayah tu. Itulah antara yang ada dalam pameran ni.

Ok kami gi tengok Chronicle dulu.
Pukul 3.30 pm kami keluar panggung. Perasaan? Hah bosan rupanya cerita ni. Macam tak ada klimaks langsung. Kisah 3 orang budak sekolah tinggi yang jumpa kristal pelik bentuk kapal angkasa dalam tanah, bila naik ke atas semula tiba-tiba masing-masing ada power kinetik. Power ni semakin hebat dengan latihan. Mula-mula boleh gerakkan barang/benda/orang. Lama-lama boleh terbang. Scene yang atas awan tu oklah, macam real. Antara 3 budak ni, ada satu yang namanya Andrew yang nerd. Ayahnya pencen bomba. Maknya sakit astma kronik. Ayahnya tampung hidup dengan claim insurance untuk beli ubat maknya. Andrew ni sekolah kat Public School so tak perlu bayar. Ayahnya kerap mabuk mabuk sebab stress rasa hidupnya tak berguna sejak eksiden semasa dalam tugas. So, Andrew ni sebab tekanan keluarga, dia jadi seorang yang pendiam dan tak bercampur orang lain.

Dalam gambar bawah ni, yang kiri sekali Andrew, tengah Steve, kanan Mathew. Matt tu sepupu Andrew. Dia yang selalu bawa Andrew pergi sekolah. Steve tu budak popular kat sekolah sebab dia jadi calon Presiden Sekolah tu.

So, diorang ni jadi bestfriend since dapat power tu. Lepak sama-sama dan main atas awan. Sampailah satu insiden Andrew kena marah dengan ayahnya, masa ni power dia dah boleh crush orang, dan dia percaya dalam Apex binatang, dia adalah predator (pemangsa), jadi dia tak perlu terima arahan, sebaliknya boleh hancurkan orang lain. Dia stress lepas kena belasah dan membelasah ayahnya, dan maknya nazak, jadi dia pi lepak sorang kat awan. Masa tu petir guruh berdentum. Si Steve datang pujuk dia, sekali gaduh pulak, kena petir dan dia mati. Matt tak puas hati, pergi tanya banyak kali apa yang dia dah buat kat Steve. Andrew tak mengaku.

Pastu Andrew balik rumah, maknya nak ubat, ayahnya dah tak ada duit langsung nak beli ubat. Dia pun start mencuri daripada gengster yang melepak kat tamannya. Tak cukup, dia curi kat kedai runcit kat petrol pump. Sekali tuan kedai nak tembak dia, senapang tertarik (kan dia ada kuasa tu) ke tong minyak, meletup, dan dengan dia-dia sekali terbakar habis satu badan.

Dia pengsan dalam wad. Ayahnya datang melawat, bagitahu maknya dah pun mati. Ayahnya salahkan dia. Sekali ayahnya nak ketuk kat dia, dia tersedar, dia pegang tangan ayahnya dan meletup hospital tu dek kuatnya power yang dia ada. Sementara tu, Matt ni, bila Andrew guna kuasa dia, Matt pulak yang hidung berdarah.

Finalnya, ialah adegan Andrew mengamuk kat bandar ni, sementara si Matt nak tenangkan dia tapi tak berjaya. Akhirnya, Matt ambik tombak kat patung batu, terus tusuk kat belakang Andrew sampai ke depan. Mati sudah... Matt pun terbang cabut ke Tibet. Tempat yang di Andrew ni nak sangat pergi dengan diorang ni. Sepanjang movie ni, Andrew recordkan semuanya dengan kamera rekorder dia. Jadi, Matt letak kamera rekorder tu kat Banjaran Tibet sebagai tanda diorang dah pun sampai situ. End.



 Lepas tengok wayang yang tak berapa nak best tu, terasa lapar pulak. Ayah pergi solat dulu. Ibu dan Ica tunggu dekat-dekat dengan Chilli's...

 Mainan kegemaran Ica. Yang ni kereta Humpthy. Tah apalah yang digodeknya.

 Yang ini Koala Car. Ica sayang betul kat Koala. Siap diciumnya (-__-)..






 Ambik gambar dengan Koala yang comel. Ica senyum malu sebab ada orang tegur dia comel mcm Korean ;-)

















Ibu duduk sekejap sementara Ica tengok poster kat kedai dvd...

 Ok dah masuk dalam Chilli's. Tengok pemandangan di bawah tu, cantik...


 Ica tengah mewarna. Kaler crayon dan kertas tu Chilli's yang bagi...

 Ayah ushar air milo Ica yang tak manis tu...

Tengoklah sceneries belakang ibu nie...

 Ibu happy dapat belanja suami dan ank makan sini ;-) ALhamdulillah...



 Ica : Lepas makan kita jalan-jalan kat bawah yea? Ok



 Ica punya chicken burger. Chicken tu grilled. Sedap... Saiznya lbh besar drp burger tepi jalan mahupun yang Mc D's.



 Atas : ayah punya cheese & mushroom burger.
Bawah : Ibu punyer Fajitas (intinya), ayam dan cendawan. Sana tu cheese parut, mayonis, sos hijau dan tomato dadu...

 Makan macam ini - ayah tunjuk cara. Isinya masukkan dalam roti paratha ni.
Sepatutnya jadi macam ni... Tapi ibu tak kuasa nak buat cantik2, gulungkan ajer...




 Alhamdulillah dah kenyang. Modalnya RM97.00.

 Kita pun jalan kat taman seperti yang dijanjikan tadi... tengok Ica buat hal sendiri...

 Belakang ayah tu Suria KLCC. Kalau malam sure lebih cantik nie...

 Jalan punya jalan punya jalan, akhirnya sampai kat sini...

 Air terjun cetek tempat budak2 mandi manda...

 Panas terik. Arissa tengok sambil telan liur. Nak join lah tu...


Kesian tgk dia, ibu pun bagi dia main air. Buka seluar saja sebab tak bawa baju spare...

 Muna2 cuma main air kat kaki saja...

 Ica : ibu, ayah, boleh tak nak duduk?
Ibu : tak boleh
Ica : tapi Ica dah kencing nie....
Ibu : alamak... kenapa...emm, oklah

Cari port...

Akhirnya...!!!

Ewah....
sexy betul minah kecik nie...
Lama2 bukan sekadar duduk, siap berenang2 lagi...Airnya bau klorin yang kuat. Risau ibu. Dengan air yang cetek, dan budak yang ramai, entah apa saja lah bakteria yang dilepaskan ke situ ;-(

Pujuk punya pujuk, tak jalan, apa lagi, ibu pun mengamuklah. Paksa dia naik dan bersiap balik. Insyaallah ada kelapangan lain, kita datanglah lagi tempat nie...

No comments: