Ia bukanlah salah pada harinya. Bukan salah pada takdirnya. Cuma mungkin, sebagai manusia biasa, rasa bengang tu kebetulan terjadi pada hari ini. Jadinya, tak cool lah!
Semalam masa nak balik rumah, dapat surat panggilan ke Bengkel Pengkelasan Data minggu depan. Dahlah di Putrajaya. Aku dengan Putrajaya kan macam tak boleh langsung in line. Asyik sesat walaupun dulu pernah kerja sana (-__-)
Lepas tu peserta bengkel dari seluruh Mesia yang berpuluh-puluh org wakil tu, aku sorang saja pegawai....What??? Lain semua staff.
Apa hal ni encik yang panggil kursus? Ko nak pekenakan aku ker?
Dah tentu-tentu aku tulis surat tak mahu pergi. Bukan sebab aku ni jenis tak bercampur dengan bukan pegawai (puhleaselah perasan!) tapi aku kan tanggung kerja bos. Siapa pulak yang nak buat profile aku? Siapa nak buat CM aku? Siapa nak tengokkan surat-surat divisyen? Dahlah short notice.Ingat selama ini aku hanya kerja punch in and out lepas tu pegi minum pagi berjam2, makan tengahari sampai nak termuntah dan lepas tu balik umah? Ah sedih betul...
Kebetulan mimpi best malam tadi (-__-) langsung mempengaruhi bangun pagi yang terasa malas gila. 6.30 baru bangun ke bilik air. Pukul 7, masih mengantuk dan masih gelap, terus keluar rumah. Jalan jem di Genting-Klang macam biasa. Melewati hadapan PWTC ok saja, susur ke Jalan Kuching juga biasa. Tiba ke susur ke Jalan Duta sudah menjadi luar biasa. Haik??? Apa hal jem panjang nak naik ke susur kiri (ke Stadium Hoki) ni? Dah panjang yang tahap beratur minta nasi. Tapi tak bergerak. Aku mengekori beberapa kereta lain yang terus ke depan. Nak lihat apa yang berlaku.
Accident ker?
Ada orang mati kot?
Teruk ke?
Sampai saja ke Bulatan Duta, baru tahu ada 2 ekor polis dah tutup jalan masuk ke Jln Duta.
Eish, tak elok panggil orang 'ekor'...
Adalah sebabnya.
Sebenarnya susur nak naik ke Bulatan Duta pun memang ditutup dengan kun polis. Tapi ada satu yang terbuka, mungkin kena langgar dengan salah satu kereta yang nak tengok apa yang berlaku di depan. Aku pun tadinya melalui ruang terbuka tu.
Aku mula panik sikit. Kalau jalan yang hanya beberapa kilometer nak masuk ke Jalan Ibadah (Court Complex) ni ditutup, mana lagi laluan yang aku boleh ikut? Lalu terpandang flyover di atasku, susur dari Jalan Kuching belah dari Selayang. Isk, jauhnya nak u-turn? Bulatan Selayang?
Kereta kancil di depanku berhenti di hadapan seekor polis yang membetulkan kun yang senget. Aku dengar sikit suara perempuan di tingkap kereta. "Encik, berilah kami lalu, kami dekat saja nak ke situ". Sambil tangannya menuding pada persimpangan di depan Stadium Hoki. Mungkin nak ke stesyen bas, atau mungkin nak ke mahkamah macam aku. Niat hati, kalau dia lepas, bolehlah aku mengekor.
"Tak boleh...tak boleh....kena lalu sana ya.." Kata polis bang*ng itu sambil menunjuk ke Jalan Kuching di simpang belah sana.
"Tapi nanti saya lambat encik, bolehlah..." Rayu perempuan itu lagi.
"Oh, tu saya tak dapat tolong yea...." Selamba dia menjawab. Langsung membetulkan lagi kedudukan kun, dengan muka tanpa perikemanusiaan. Eh kenapa aku masih boleh ingat muka tu?
"Encik, bagilah saya sorang je lalu encik..." Rayunya lagi cuba nasib.
"Tak boleh... nanti ramai yang ikut kat belakang...." Katanya tegas. Tegas tu elok. Tapi tengok tempat lah. Ini kan waktu pagi yang semua orang berkejaran nak masuk punch in jam 8. Lainlah kau tu. Tak punch pun takper.
Bulatan Duta sudah sesak. Jalan bertentangan dengan susur yang kami tak boleh masuk ni pun dah sesak sangat. Susur keluar dari bulatan ke Segambut juga sesak. Pendek kata semuanya sesak. Jam 7.20am. Biasalah. Bukan ada LRT atau Putra kat sini. Bas dan teksi dah tentu kena berebut macam kereta juga.
Aku yang bengkek dan panik ni pun terpaksa ikut kata hati dan menyelinap ke dalam bulatan yang sesak itu, keluar ke simpang ke Selayang. Dalam otak tak ada lain melainkan U-Turn di Bulatan Selayang. Ya Allah jauhnya. Belum lalu dah tahu. Tapi sekurang-kurangnya aku masih boleh lalu ke Jalan Duta. Kalau kereta tadi yang nak ke Stadium Hoki, lalu mana? Ah bukan masalah aku...
Sebenarnya ada 2 persimpangan u-turn sebelum ke Bulatan Selayang. Ada susur ke Jalan Ipoh/Kepong, dan satu lagi susur apa pun tak ingat namanya. Tapi jem ketat dari jauh dah nampak. Lagi pun aku tak biasa dengan jalan-jalan ini. Nanti ke simpang lain pulak perginya.
Akhirnya sampai ke Bulatan Selayang sudah pukul 7.45am. Dari situ u-turn semula menghala ke Bulatan Duta untuk lalu di atas flyover ke Jalan Duta.
Dari Bulatan Selayang menghala Jalan Duta, di Jalan Kuching pukul 7.45 pagi :-(
Jalan Kuching dari Selayang memang jem yang nazak. Pergerakan terbatas. Jalan sikit, berhenti lama. Berulangkali. Nasib baik naik Myvi. Kalau Wira, memang cramp la kaki. Dahlah tadinya dah jem di Genting-Klang. Pasrah betul...dan teringat dengan 2 ekor polis beng*p di simpang masuk yang ditutup tadi. Grrrr....
Tak pasal-pasal pagi ini dengar berita di radio sampai 2 kali. Pukul 7.05 dan 8.05. Hati rasa panassssss je. Buang masa dan minyak kereta. Tadi punya lah nak cepat sampai pejabat hingga tak sempat nak isi petrol dulu. Nasib baik kereta tak meninggal tengah jem.
Penutupan jalan tu, jika mengikut papan yang dipasang di tepi susur ialah kerana kerja pembaikan paip pecah di kawasan sekitar Bulatan Duta. Aku tak nampak pun paip pecah tu. Tapi aku tahulah ada paip pecah sejak petang semalam. Haih, takkanlah semalaman tak siap-siap kerja lagi? Kerja sambil tidur ke apa? Bukan boleh tidur ke lepas kerja tu? Bukan kena punch in pagi-pagi pun...
Tapi bukan kerja-kerja tu yang buat aku bengang. Tapi polis bang*ng yang tak ada hati dan perasaan ni lah. Kau boleh je kan kalau nak call ITIS ke, DBKL ke, radio ke, pasang banner besar ke, pilih yang mana paling murah dan cepatlah. Setakat call radio, atau bgtahu ITIS tak sampai berapa sen pun duit kau bayar bil kan. Pulak tu macam tak boleh claim kan. Kalau bagi notis, kita pun takdelah bodoh sangat nak ikut jugak jalan ni kan. Hish!
Setengah jam terhenjut-henjut demi nak sampai kat flyover ke Jalan Duta. Bila sampai aje, tengok-tengok dah ada kereta yang lalu atas susur yang tadi ditutup. Jam dah pukul 8.10. No wonder. Kereta yang berderet nak masuk pukul 8 pun dah habis, baru kau bukak ye polis bang*ng?
Akhirnya, aku pun tiba ke Mahkamah dan punch in pukul 8.13 pagi dengan seketul batu gedabak atas kepala sebab rasa bengang yang amat. 1 jam 20 minit dalam kereta semata-mata nak datang kerja dan habiskan setengah tank minyak dalam jem yang tak berbaloi!
Mujurlah masih ada sisa semangat nak bekerja. Kalau tak, memanglah aku dah balik rumah, ambik MC, lepas tu pegi mandi sungai ke apa :-( grrrr...

1 comment:
Huh! Polis tu sepatutnya inform awal-awal kalau diorang nak block jalan macamgitu..
Post a Comment