Jumaat malam 3/2/2012
Husband baik hati buatkan Beef Lasagne...
TADAAA.....
Nampak sedap kan? Memang sedap pun. Alhamdulillah percubaan pertama yang menjadi. Tapi menda2 melibatkan Cheese ni kalau tak tunggu teringin memang tak sedap. Yelah, kita tekak orang jawa, yang on sepanjang masa ialah ayam penyet sajer, hehe...
Sabtu 4/2/2012
Event utama ialah husband buat karipap! What? Karipap??? Ko biar betul peah, laki ko yang buat karipap?
Yeah... Betul. Tengoklah hasilnya....TADAAA....
Panas-panas, fresh baru lepas goreng...memang rangup tepungnya... inti pun sesedap rasa...Alhamdulillah. Percubaan pertama yang menjadi...Tak sia2 jadi anak tukang masak buat jual ;-)
Tu tengok ayah tengah menguli yang bersungguh2, siap buka baju. Arissa buat muka...
Banyak juga buat karipap ni sebab niatnya nak disejukbekukan (frozen) supaya bila2 nak makan, boleh terus goreng jer ;-)
Bekas plastik 4 segi ni boleh muat 10 biji. Bila dah siap semua habis 1kg tepung dan 1kg kentang, dapatlah dalam 6 bekas ni. 2 bekas dah habis goreng buat berkelah hari tu...Alhamdulillah...
Sebab dah ayah buat karipap jer, jadi makan pagi karipap, tengahari karipap, petang karipap, malam pun karipaplah! hehe
Malamnya, kami ke KLFC, nonton movie di MBO yang baru buka tu. Movie Journey 2 yang hari tu nak sangat tengok. Movie ni memang best. Jalan cerita simple, dan gambar cantik. Untuk orang yang buta ilmu perfileman, orang biasa katakan, kita akan tengok jalan cerita, pelakon dan gambar kan. Jadi untuk kualiti jln cerita dan gambar, 5/5. Utk pelakon, 4/5 je sebab tak ada yang aku suka :-D. Utk gambar yang cantik 5/5. Marvellous! Tapi malang sikit, panggung yang kami tengok tu terlalu kecil. Dah rasa mcam tengok tv kat rumah je. Tak feel. Anyway, takpelah dah sudah pun...
Ahad 5/2/2012
Pagi, misi melipat kain baju :-( nak tak nak memang inilah misi setiap ahad... seminggu punya kain basuhan, kena juga melipatnya...urgh! I wish I had the clothes-folding machine!
Tengahari, misi makan makanan jepun. Kak Intan ajak seisi keluarga makan makanan jepun di restoran jepun dalam Great Eastern Mall, Jln Ampang.
Kita biasalah bab makan memang akan selalu jadi orang pertama yang tiba :-) so jalan-jalan dulu discover Great Eastern Mall yang kebanyakannya kedai butik untuk orang kaya-kaya jer (..sobs..) Ini musim nak masuk Valentine's Day kan. Jadi center piece nya ialah hiasan taman yang ada kerusi putih di belakangnya macam pokok daun pagar yang ada hiasan lampu kecil2 dan belakangnya ada bunga ros merah. Cantik! Tengoklah Arissa tu, dah syok sendiri (-__-)
Cantik kan tempat nie... Arissa tak reti duduk diam. Macam kat padang, katanya.
Ini scenery belakangnya. Bunga ros bentuk hati tu cantik kan... I love it!
Oh ye, mata Arissa tu bukan kenapaa. Gedik sangat nak pakai eye-liner ibu....
Ecewah.....
Kedai-kedai yang ada kat sini...
Meriah juga tempat ni. Kan orang KL banyak yang kaya-kaya... akak je yg tak...(sobs!) Oh budak kecik yang tolak stroller tu ialah anak saya (-__-)
Menyimpan hasrat nak makan di sini suatu hari gaji nanti (-__-) ameen...
Ini sebenarnya kedai menjual peralatan untuk perayaan Cina. Arissa lari sana sini. Haish.
Lampu2nya cantik berwarna warni, terasalah sikit macam kat mini-i city kan (sobs) sebab belum ada peluang nak ke sana, ada terasa sikit2 pun ok lah (-__-)
Ada budak dah aim nak ke sini...tp mak bapaknya tak layan...
Akhirnya, selepas naik 3 tingkat, sampailah kat depan Restoran Jepun ni, namanya Kiku Zakura. Haish, macam nama water color je? Sib baik bukan kuku arissa...(-_-)
Ayah usyar seat dulu...
Anak dan ibu membontoti dibelakang...
Apa menda yang dia cakap? Koniciwa ke Arigato ke apa? Tak dengar sebab sebok pilih port duduk yang sesuai untuk geng gemok (ayah & ibu lah) hehe
Itu staff sini. Pakai baju kimono jepun. Yang pakai tudung tu Kak Intan yang akan belanja makan kami semua. Hehe...
Tengok2 dekorasi restoran ni. Ada la sikit perasaan macam kat jepun...
Whoah! gemuknya haku??? <--- eleh statement bajet macam baru gemuk time ni (-_-) Ok angle itu membuatkan ibu nampak extra gemuk yea... Arissa still sweet
Kat belakang kami tu ada cermin besar sedinding...
Camwhore 2 ekor... Tengok dak kecik tu, konon nak jadi model muka masam lah tu, chait!
Tengok menu yang pelik2... Ibu pernah makan Tempayaki Chicken je kat mana, tak ingat. Sengaja delete dari memory sebab tak sedap betul kat tekak ni. Walaupun ia adalah hidangan nasi, berlauk dan sayur. Serious beb! Rasanya tak sama macam masakan jawa...
Dari yang harga RM7 hinggalah yang berpuluh dan cecah ratus. Ada semua. Ikut kemampuan anda (sobs!) bukan utk orang yang tak kaya lah, pokoknya.
Tudung purple ni anak sedara husband, Nadia. She's 22 and will have 2nd child soon...
The brown T-shirt is Nadia's husband, Mr Fadhil the pilot. Diorang ni expert makanan jepang, so takde hal setakat nak order makan... Yang biru-biru sana tu, mak dan akak dan anak sedara Fadhil ni.
Arissa heran tengok orang ramai-ramai bergembira ria. Dia? Biasa jer, katanya.
Nadia tunjuk skill makan pakai chopstik. Tu nak makan sashimi si daging ikan mentah dengan benda putih macam mihun tu lah...erk, I can't! My husband kata, rasanya macam gigit cicak? Oh God, sungguh kamponglah you and I nie...
It's just, us... yang dalam pangkuan my husb's bro tu ialah baby Numa Elveena, anak Nadia. eh, apasal kepala baby tu macam besar semacam aje? Baby ni baru 7 bulan. Maknya dah pregnant lagi. What a bless... (dengan perasaan jealous, when would be mine?) hehe
Ayah try sashimi, with fork and spoon, makan atas pinggan kecil tu...
Ica dah tak senang duduk. Dia cuma makan ikan bilis tempura jer. Lepas tu minum air kosong. Watermelon juice pun tak habis.
This is mine. Seafood tempayaki. Ada nasi putih, sup rempah (tak boleh telan langsung okay), seafood, sayur taugeh dan kobis tumis kosong (rasa pahit sikit), ada sos, bebola daging, coleslaw, jeruk bawang dan halia (for what? pun tak tahu...) RM49.00. Ni dah tengah makan baru tingat nak snap gambar ;-)
My husband's salmond tempayaki. Bezanya ikan dan sayur kangkung. Harga sama like mine.
Mine. Sos yang kat ikan tu ada la rasa macam kicap manis. Itu yang sedap. Itu jer. Nasib baik lapar macam kebulur sebab pagi sarapan pukul 9, ni dah pukul 3 baru makan lunch. So, rasa lapar tu menolong penelanan makanan ini :-)
Habis event dalam pukul 4. Ibu pergi solat. Lepas tu Ica ajak shopping dalam Watson, kat sebelah pintu ke surau yang ibu solat tu.
Budak ni kalau shopping boleh tahan lecehnya... SIap cium bau. Ni dah pilih. Mandian yang dalam iklan tu. Budak kecik tak nak mandi kalau tak dengan Carrie Junior! Bezanya budak bukan iklan ni sebenarnya tak kisah pun mandi dengan sabun apa asalkan boleh main air. Cuma gedik terlebih, nak juga ikut yg dalam iklan (-__-)
Sambil beratur nak bayar shower cream tadi tu, budak bukan iklan ni terjumpa biskut kegemaran dia kat rak biskut. Elok je keluar dari Watson terus suruh buka plastik, dan naah..makan tak tengok kiri kanan. Kesian dia. Lepas keluar restoran masih lapar. Japanese is definitely not our taste, kan Ica. Because we are basically Javanese! ;-) even though we have Japanese look! <---perasan tak ingat...
Isnin 6/2/2012
The most beloved event, mandi sungai... di Ulu Yam.
2 orang budak gemuk dan separa gemuk yang hepi...
sambil makan sambil berendam dalam arus sungai yang kuat. best wooo...
Cuaca dahlah panas terik masa ni, dah tengahari betul. Kami sampai sejak pukul 11 pagi. Jalan agak jem sebab Thaipusam di sekitar Batu Caves. Tapi itu tidak mematahkan semangat sungai kami ;-)
Bekalan yang dibawa... Pelampung yang tak guna pun sebab Ica takut, arus kuat sangat...
Ini dah lepas mandi baru ingat nak snap gambar. Bekalannya ialah karipap frozen yang rangup enak (cewah macam iklan), naget aym pedas, ayam goreng segera. 2 bungkus nasi lemak dah habis licin. Tinggal ini jer... Alhamdulillah...
Port kami. Meja buruk yang nak runtuh. Tapi kami bukan makan kat sini pun. Mostly atas air jer. Oklah not bad berkelah kat sini. Alhamdulillah harap ada peluang lain lagi ;-)
Selasa 7/2/2012
Anak dan ibu mula rasa nak demam. Apa lagi, ke Klinik Dr. Salmi kat Cheras Perdana lah mengadu nasib. Balik dari sana, singgah KLFC sebab nak entertain budak yang tak dapat main air cetek kat kolam KLCC tu hari.
Rabu 8/2/2012
Ibu MC. Demam. Tak best wooo... itulah sakan sangat berendam sampai telinga masuk air...
Khamis 9/2/2012
Ibu kerja. Ya Allah sibuk betul. Nak kentut pun tak sempat?
Petang ada appoinment klinik gigi pula. Tu yang sibuk tak hingat.
Anyway, Alhamdulillah untuk kehidupan ini dan pengisiannya.



























































No comments:
Post a Comment