Feb 13, 2012

Kisah menanggung kerja

Kalau dalam sektor kerajaan ni, ada member yang pangkatnya lebih tinggi dari kita, atau sama tinggi dengan kita sedang menghadapi ketidakupayaan melakukan tugasan hariannya disebabkan pelbagai alasan yang sah seperti sakit, cuti bersalin, berkursus dan sebagainya untuk jangka masa yang lama melebihi 30 hari, maka kita yang diamanahkan untuk menggantikannya ini diberi peluang untuk mohon elaun tanggung kerja. Boleh pohon saja. Dapat atau tidak belum tentu. Tapi kerjanya sudah tentu kena dibuatlah ya.

Banyak ke elaunnya?
Hmm tertakluk kepada jumlah gaji hakiki jawatan yang ditanggunglah. 1/3 daripadanya. Kalau gaji dia banyak, banyak sikitlah kita boleh pohon. Kalau gajinya sikit, maka sikit sajalah habuan kita ye.

Untuk kira-kira 2 bulan aku ditugaskan menanggung kerja bos ini, aku pun tak pasti sama ada aku akan berjaya dalam permohonan elaun ni. Lebih teruk lagi, aku pun tak pasti sama ada chief clerk yang bertanggungjawab menguruskan permohonan aku tu telah submit atau tidak permohonannya. Hehe. Bukan sebab tak hairan dengan jumlah yang bakal diterima insyaallah. Tapi tugasan yang aku kena tanggung sangat banyak....

Memang dah takdir aku.
Aku yang memohon untuk sambung belajar sebab tanggungan kerjaku yang dah tak tertanggung rasanya. Tapi, aku tak diperkenankan untuk dapat. Sebaliknya, bukan saja kerjaku yang semakin banyak, kena buat lagi kerja orang lain. Kerja bos pula tu.

Susah ke?
Susah nak kata susah atau senang. Sementara kerja hakikiku bermain dengan deadline dan sangat 'legal' sebab kena buat profile 48jam sehari (cewah poyo) dan kadangkala buat kerja2 research yang selalunya tak complete dan mengecewakan. Kerja bos yang ku tanggung pula melibatkan apa ya, kredibiliti dan kebolehan mengatur kerja untuk dibuat oleh orang lain. Ia melibatkan penguasaan kakitangan. Pendek kata, tahu gunakan kuasa.

Kuasa tahu tak. Kuasa.
Huh.
Malangnya, aku tak pandai guna kuasa. Aku tak pandai macam orang itu. Dia autokrasi. "Kamu buat ABC. Siap esok hantar pada saya jam 10. Boleh kan?" begitu. Dan lepas itu penguasa boleh layan benda-benda lain macam FB, kalau dia ada FB lah. tak pun fikir benda-benda glamor macam, eh kejutan apa nak buat untuk sambut bos besar nanti yeah? baju lip lap mungkin?

Aku yang lemah dari sudut penguasaan kuasa autokrasi hanya mengamalkan kuasa memujuk. "Minta tolong buatkan ini yea...saya perlu sangat. Esok sebelum jam 10 boleh tak? Pleaseeee....." Haish. Tak semua org boleh terbeli dengan cara ini. Ada yang "much obliged" dan mengikut arahan. ada yang menolak dalam kemanjaan "Ala puan...kenapa saya pula...saya ada baaaaanyaaaak nak siapkan sebelum jam 10 esok nie...lepas tu saya nak half day pula ada apoimen klinik, lepas tu saya...bla bla..." dan membuatkan aku terlopong. Ada pula yang mengajarku kembali "Puan, saya rasa bukan saya yang patut di suruh. Saya dengan Polan B tu takde kerja. Baik puan suruh saja dia buat. lagipun selama ini saya asyik cover untuk dia. jadi sekaranglah masanya untuk payback time..." dan buatkan aku ternganga... la pulak...

Ye, aku lemah dari sudut itu.
Well it's too bad that leadership is not just inherited. It's in the blood. If your blood is without it, than be it. You'll end up losing the fun of life ---> fun tho to use others for many purpose ;-)

Kerja bos ni lebih kepada memikirkan plan. Plan nak suruh siapa buat apa supaya apa yang dirancang tercapai. Haih kalau orang pun kau tak ingat namanya, apatah lagi kerjanya, jadi mana tidak mustahil dia akan tidak mengendahkan kau?

Macam semalam atau kelmarin, aku mengeluarkan memo kepada semua setiausaha mahkamah mengenai statistik-kadar-segera-macam-megi-untuk-orang-kelaparan, yang perlu dihantar ke pusat tanggungjawab pada isnin dan disuruh kita buat sejak jumaat. Huh. Waktu hendak memfotostat memo, si pekerja am rendah hilang entah ke mana rupanya EL, eh apasal aku tak tahu staff aku EL? Bila dah fotostat, tak ada orang nak tolong edarkan pula sebab staf lelaki hanya ada 2 orang, sorang dah EL sorang lagi MC, jadi finish! Mujur ada sorang yang bukan pembantu am rendah dengan baiknya mengikut permintaanku. Permintaan sebab aku minta tolong dengan dia, bukan mengarahkan dia. Kan aku tak pandai mengarah.

baru 10 minit dia berlalu, dia datang semula dengan termengah2, "puan...puan...diorang kata memo puan ni tak update, ada email terbaru. Ini tak boleh pakai.." aku macam terkasima. Eh siapakah yang sedang menjadi bos? aku ke setiausaha mahkamah? boleh main taichi gitu saja? Tak pernah kan dalam sejarah ada staf yang kembalikan memo bos? Sekarang dah ada. Sejarah aku yang pathetic (-__-)

Aku tak suka kerja ni. Aku lebih suka kerja aku yang legal. Intelectual. Sendiri. Tak perlu susahkan orang lain. Aku INTROVERT (-__-) wpun susah untuk mengaku ;-(

Ok ok ok...belum loser lagi...
Walaupun tadi dalam meeting yang bosnya bukanlah sesiapa malahan hanya budak ex-classmate yang lambat grad sebab paper tak lepas tu (ahaks) tapi dia bos okay...tiba2 dia suruh aku buat sesuatu yang berbunyi arahan "Ok kak lin make sure gini begitu dan begini, make sure tahu bla bla bla" dan diulangnya "make sure" tu entah berapa kali macam aku  ni loser sangat, tapi what to do...she's in charge. Orang macam dia, seolah2 dilahirkan untuk menjadi bos. Dia tak buat kerja2 rencam macam aku. Hanya kerja mengarah dan jumpa orang besar. Buat cadangan yang tak perlukan sokongan majoriti sebab dia ada kuasa autokrasi dan akhirnya menampakkan aku kelihatan ah sangat loser nya! (-__-)

Dia suggest nak hire professional IT Programmer untuk buat multimedia presentation sempena jamuan persaraan bos besar. Dia cadangkan, konon minta sokongan kita, sebab kita yang nak keluar duit RM20 seorang utk bayar profesional tu RM500 bagi satu presentation yang akan disimpan dalam bentuk cd kenangan. "Ok, semua setuju ye?" without anyone agreeing to a single thing. "Camna ni kak lin, ok tak?" sambil mengumpulkan bahan yang dia dah ada. Macam mana kita nak respon minta di re-think abt it first? Dia dah ada bahannya, dia dah appoint orangnya. Pendek kata dia dah buat, baru minta sokongan. Macam mana? Nak tak nak. have to agree juga kan. Orang lain senyap. Aku jer ternganga smbil angguk2. Aku kan typical melayu, kaki angguk.. Haish... I want that power. I want that power. Where do I buy it? - Dalam mimpi yer.

Tak sabar tunggu habis minggu ini sebab bos akan masuk kerja Isnin nanti. Maka berakhirlah kedukaanku buat sementara waktu sehingga apa saja takdir yang akan berlaku bulan 9 nanti bila dia betul2 pergi sambung belajar dan aku masih stuck di sini (nanges)

No comments: