Feb 16, 2012

sibuk situ sana sini

Tahu tak apa perasaannya bila terlalu sibuk sangat sangat sangat sampai sedar-sedar dah pukul 5.30 harus balik walau apa pun. Ye, walau apa pun kena balik pukul 5.30 sebab masa itu kat pejabat dah tak ada manusia sebab semua orang dah cabut awal tadi pukul 5. Tak ada orang yang tinggal lagi dah kecuali aku dan... dan... dan... hantu lah kot :-( terpaksa balik walaupun kerja masih melambak atas meja :-( bila sampai rumah masih teringat kan kerja yang tak siap itu. Pastu tak boleh tido...

Eh apsal tak bawak balik keje tu?
Tak boleh sebab failnya tebal sangat macam peti ais. Serius.

Apa yang membuatkan sibuk sangat? 
Dateline! Dateline! Bila bos nak fail selewat-lewatnya esok pagi siap dengan profile nya. Dan ia bukan 1 fail, tapi 4... dan bukan 4 ni saja yang mesti di hantar ke dia by esok pagi, tapi ada fail yang 21hb dan 22hb sebab aku dah terlepas targetnya. Ahhh...benci pulak rasanya. 

Ala kerja gomen jer, apalah sangat...
Entahlah orang kata keje gomen patutnya rileks, tapi apsal aku tertunggang tunggik tertunggang langgang buat kerja sampai tak ingat masa ek? Rasa macam harus berhenti keje gomen dan minta keje gimen pulak kot? Keje bancuh simen barangkali? haish.

Kenapa masa bekerja hanya ada dari jam 8 hingga 5? Pulak tu bila masa sangat diperlukan, masa itulah yang dia jadi singkat dan banyak nak diisi. Bila masa tak begitu diperlukan, banyak pula melimpah-limpah siap boleh dibazir-bazirkan lagi dgn bergosip. huh! 

Tadi sibuk sangat sampai kencing pun sekali je. Cakap dengan member sebelah pun masa lunch je. Itu pun lunch dipendekkan ke setengah jam je. Tu pun nasib baik keluar bilik pukul 1.30pm masih ada baki-baki nasi ayam kat kafe. Maka bolehlah makan tengahari. Perut berbunyi dah sama kuat dengan suara serak (-_-)

Well, pagi tadi buat kes pun sikit saja atas alasan nak siapkan urgent profiles. Elok pula bila kena buat 2 kerja sekaligus ini, pembantuku di transfer keluar. Digantikan dengan yang baru. Faham sajalah kalau baru. Minyak belum panas. Serba serbi agak perlahan. No offence. Jadi, terkangkang kangkang lah aku :-( 

Jumpa boss Judge menyampaikan amanah bos besar dan menerima amanahnya semula. Tak lama, tapi cukup membuatkan termengah. Duduk sekejap, layan staff nak sign itu ini. Borang entah apa-apa. Semua orang nak pergi kursus yang sama. Lantak la kamu, macam la dapat. Banyak sangat masa staff ni sampai minta nak gi kursus padahal aku ni tak terfikirkan pun pasal kursus. Tak sempat fikir pasal kursus!

Kalau bos seberang sana staf dia nak minta sain apa-apa kasi peram dulu sebab nak beri 2nd thought. Ada staff kata puan ni bagus (aku la tu) sebab puan ni buat keputusan on the spot, tak rigid, besar pertimbangan, yada yada... yelah sebab kau datang masa aku tengah bersilat dengan fail tebal, kadangkala aku baca 5 kali ulang pun tak masuk otak apa benda yang kau suruh sain tu, kadang tu tak cukup baca kau explain pun keluar masuk je kat sipi telinga, so selalunya aku tenyeh saja, dan aku iyekan saja apa yang kau kata, asalkan bila kau kata kau nak cuti/kursus/sakit ada pengganti dan tak menyusahkan orang lain. Aku ok. Harapnya bila aku fleksibel dengan orang, orang pun akan fleksibel dengan aku. Insyaallah.

Banyak sangat kacau ganggu sampai kerja buat profile tak terbuat. Sekejap sekejap ada orang masuk, orang call, orang minta itu ini, tanya soalan itu ini. Legal, non legal, etc. Semuanya nak 'share' dengan aku. Eih dah bunyi macam penghulu kampong ke apa ni? Mungkin inilah kerja sebenar bos. Tapi dibelakang tu aku ada kerja 'staff' yang nak dikerjakan. Iaitu membuat profile dan menyemak fail. Sebab itu lah tak sempat... tak sempat.... kalau hantu tak ada, mungkin aku boleh stay back sampai jam 8 dan siapkan semuanya dan balik kelegaan. Heh nak kena salahkan hantu juga? Kena... Have to find something to blame on...

Bila sibuk macam ini, aku teringat cita-cita aku dulu, nakjadi lecturer. Mungkin tak sesibuk ini? Yelah belum jadi boleh la kata camni. Sekali dah jadi, hah lagi sibuk sampai tak sempat bernafas...hah mati terus, padan muka.

Ya, aku memang nak jadi guru. Bukan cikgu sekolah. Guru untuk orang dewasa yang minat nak belajar. Budak2 sekolah ni banyaknya yang tak nak sangat belajar tp mak ayah suruh. Kalau universiti/pusat pengajian tinggi ni mostly orang yang nak belajar. Tak kisahlah sebab betul2 nak ilmu atau untuk jadi batu loncatan masa depan. Tak salah.

Minggu ni tadi ada 2 attachment students UiTM yang datang untuk tengok practical side of the court. Muka mentah sangat. Procedure pun tak belajar lagi. Zaman aku dulu takde attach2 ni. Zaman la ni macam2 ada... Mungkin nak suruh diorang ada pendedahan awal tentang dunia pekerjaan. Aku pulak yang syok terlebih nak bagi lecture pasal semua benda. Korang nak tahu apa? Company law? Evidence? Civil ke criminal procedure? Eceh ceh macam pandai sangat pulak...

Terus teringin nak jadi lecturer. Part time pun sure best. Tengok muka di cermin, lepas tu cebik. Oh ya, aku tak ada masters... kan aku verangan nak sambung masters dalam tajaan tapi ditolak...kesian aku ;-( punah harapan dan cita2...

Eh belum lagi.
Member sorang ni, duduk kat Sepang, keje KL, anak ada 2. Dah apply nam sambung masters kat UiTM tahun ni. Start bulan depan masuk kelas. 

"ee...ko larat ke nak g Shah Alam, jauh tu?" "Ko tak kesian ke kat anak2 ko jumpa diorang lewat malam, ujung minggu kena gi kelas, kena study, buat assignment, prepare exam..."  "ko tak penat ke nanti?" antara soalan2 aku kat dia. Kalau aku, serius, aku takkan larat. Flat! Mungkin sebab kerja aku berat, kerja dia ringan sikit? Entahlah. Perjalanan yang jauh tu dah pun menurunkan tahap motivasi aku. Belum belajarnya lagi...Aku memang alergi jalan jauh.

Tapi bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Dia nak buat dan dia sedang cuba nak buat. Aku? Hanya mampu berangan dan mengeluh? Lempang diri sendiri bagi sedar (-_-) yeah tak semua orang dilahirkan bertuah. Aku bukan golongan itu sebab setiap lekuk jalan yang kulalui onak durinya bukan sikit :-( tp dek pengalaman itulah aku jadi agak dewasa. 

Jauh di sudut hati aku memang nak tinggalkan tempat ini. Aku nak kejar cita-cita aku zaman kecik dulu. Nak jadi pensyarah. Ya Allah, Kau perkenankanlah. Ameen.

No comments: