Embah = nenek, dalam bahasa jawa.
Embah dah ada di rumah Ibu sejak Selasa minggu lepas. Bila musim cuti sekolah aje, bila anak-anak abang sulung semua balik ke rumah untuk berehat, embah jadi tak selesa di rumah abang sulung. Dia suka suasana tenang, nyaman sendirian, ada privacy. Boleh tengok tv sesuka hati bila-bila masa. Boleh tidur nyenyak tiada sesiapa buat bising. Pendek kata, bebas. Bila dah ramai-ramai budak, ok lah tak ramai mana, 3 orang aje pun anak abang sulung yang balik bercuti dari asrama dan rumah sewa, tapi masing-masing dengan perangai manja-ngada, suka buka tv kuat-kuat, buat bising, atau menyebabkan mama mereka menjerit-jerit membingitkan suasana, embah akan jadi stress. Itu pasal embah akan minta sesiapa di KL ambilnya dari rumah abang sulung di kampung =D
Oleh kerana di KL ni kata embah, hanya rumah Ibu saja yang dia boleh tinggal agak selesa sebab teres 1 tingkat, tak perlu naik lif ke tingkat atas macam rumah kakak no.2, atau naik tangga ke atas macam kuarters kakak no.4. Rumah Ibu juga sederhana besarnya, ada ruang menonton tv dengan sofa yang selesa, ruang dapur yang agak luas untuk makan, dan paling penting bilik tidur sendiri yang dilengkapi bilik air dan pendingin hawa. Tidak seperti rumah kakak no. 3 yang embah kata sempit dan panas =D tambahan markah pula sebab adanya Arissa si budak kecik yang keletah, embah memang sangat betah tinggal dengan Ibu. Sekarang ni pulak ada anak-anak kucing yang semakin membesar, lagilah embah bertambah aktiviti nak buat.
Kisahnya, sejak embah datang, Arissa dah tak nak tidur dengan ibu mahupun ayah. Manjaaaaaang nak dengan embah. Amboi dia!! =D
Cer tengok macam mana dia tidur dengan embah.
Gambar ini ibu snap pagi-pagi semasa Ibu dah nak bertolak ke office.
Bila air-cond dah tutup, dia jadi hangat sikit, mula lah cari 'port' nak peluk dengan kaki (-__-)
Close-up.
Selamba tak budak kecik nie?
Kenapa mereka tidur begini, sepatutnya kepala di sebelah sana?
Sebab dak kecik ni kalau tidur suka melurut ke bawah. Kalau tidur kedudukan biasa, takut pulak sedar-sedar dari tidur, tengok dia dah jatuh ke lantai (-__-)
Tapi malam tadi Arissa tidur dengan ibu. Sebab ayah tak ada, kerja outstation 5 hari. Jadi, kata Arissa "Ica temankan ibu tidur sebab ayah tak ada..." ececeh, macam lah ibu takut tidur seorang =D bila ayah tak ada, Arissa kenalah pergi Tadika pukul 6.50pagi sebab ibu dah tergesa-gesa nak pergi Jln Duta. Kalau lambat, jem gila....
Lagi 5 hari ayah baliklah :-( counting the days with patience


No comments:
Post a Comment