Mar 21, 2012

Perhimpunan bersama PM

Suka ke berhimpun ramai-ramai dengan PM? Suka?
Tak suka?
Erm kalau tak suka tu maknanya anda seorang yang agak kritis. Bagus, bagus... Negara memang memerlukan golongan kritis =D
Suka?
Erm kalau suka tu pun pelik juga. Adakah anda ni kroni? Err..penjawat awam?
Tak semestinya kalau kita penjawat awam kita kena sukaaaaa sangat dengan PM dan polisinya.
Jadi, walaupun aku penjawat awam, taklah aku suka pun kalau kena pergi perhimpunan begini.
Pertamanya, jauh dari tempat kerja.
Keduanya, bukan ke buang masa namanya? Kat ofis dah tak ada kerja eh? Kamu ni makan gaji buta ke apa?
Ketiganya, erm, nampak macam suatu bentuk pengampuan besar-besaran kot...?

Ok anyway disebabkan aku ni adalah "Saya yang menurut Perintah" dan aku terima notis supaya pergi mewakili bahagian, jadi, erm...aku ada tak pilihan lain? contohnya sesaja tak nak pergi atau mengada-adakan cerita supaya tak perlu pergi? Jawapannya, tak ada. So, kenalah pergi.

Tempatnya di PICC. Fuhh dahlah tak pernah ke situ. Ate ape idaknye, tiap kali disuruh ke situ teman ade je alasannyer...alasan escape =D

Teringat, kali pertama menyertai perhimpunan dengan PM ialah pada tahun 2001 dulu, masa study di UiTm Shah Alam. Perhimpunan dengan PM Tun Mahathir (then was Dato Seri Dr.), masa itu untuk mengumumkan penukaran status ITM menjadi "U". Penting betul yer...

Masa pergi ke Stadium Melawati, ok, jalan tak sesat. Lepas dah habis, terus tersesat tah ke mana-mana. Sampai menangis jugalah, akhirnya terkeluar kat bahagian yang jauh dari kenderaan awam. Langsung jalan kaki dari situ hingga Seksyen 9, dari lewat petang hingga sampai Maghrib, solat di mesjid Seksyen 9. Jauh tak jauh, sila rujuk google maps lah =D Maklumlah masa itu baru je masuk Shah Alam beberapa hari, sebab baru tahun pertama LLB di UitM. Memang tak tahu langsung susur galur kedudukan tempat tu.

Kali kedua perhimpunan ialah semasa di AGC. Perhimpunan wajib hari Isnin pertama setiap bulan tu, aku pernah lah terkena giliran. Dua kali kalau tak silap. Masa itu PM Pak Lah. Kali pertamanya, aku duduk di barisan belakang. Kali keduanya dapatlah sikit ke depan (walaupun cuma L41 kan, nak jugak...) dan dapatlah tengok dari jarak dekat PM sedang memberi amanatnya.

Jadi, di PICC ini kali ketigalah dalam hidupku. Kalau ianya berbentuk duit bernilai RM1000, mungkin banyak jugalah tabungan ASB aku hasil perhimpunan ni, yer? =D

 Pagi Khamis 8/3/2012 yang sejuk sebab hujan masih renyai... Cer bayangkan betapa jemnya jalan kalau hujan...
 Nampak tak ada macam kabus sikit?
Macam cantik tempat ni kan. Tinggi nun di atas sana...

 Yang hairannya, belah sana gerimis mengundang, belah sini ada asap kabus je, padahal tempat yang sama =D

 Ini suasana dalam dewan A dan B, PICC itu. Boleh close-up lah apa tema depan tu =D

 Seluruh isi dewan yang belum pada jam 8.15 pagi, sebab acara akan bermula jam 9.30 pagi, mengikut surat arahannya. Tapi biasalah, VVIP kan sibuk. Deme datang bile deme selesai kojer lain le gamaknya. Awok ni mana ada kerojer kan. Melepak ler kiter yer...

 Ai dengan adek PKP... cumil budak nie mata besau. Tapi mulut peramah maxima!

 Ai dengan member lama, TP juga. Alhamdulillah dah TP demer yer...

 Menunggu sambil negok rakaman lama video perhimpunan yang pernah dihadiri PM dengan rakyat jelata (hmmm yawn...)

 Itu pun rakaman lama tu... (hmmm...bosan...)

 Aik, gambar dah jadi teleng pulak??
Masa nie PM baru tiba... memasing kenela berdiri ye tak...
Ini udah jam 10.45am. Uhh kalau tak buat kerojer, memang masa berlalu sangat perlahan. Sabo je.

 Nyanyi dulu...Negara...kuu....

 Lagu Cuepacs. Jadi boss nye je ler yang semangat terlebih nyanyi sensorang (heheh)

 Ok dah habis nyanyi, siler lah duduk wahai PM dan Dato Cuepacs yer...

 Sekilas orang-orang dalam dewan yang besar itu...wahhhh ramainya orang tak gi kije arini.... =D

 Tak ingat pulak yang ini scene ape ke benda...

 Ini sesi pengenalan kot...tah tak ingat pulak...

 Ini Berita TV3 tengah rakam... amboi demer, glamer la tu semua orang dok tengok ke dier ajer...

 PM bagi ucapan untuk mengumumkan mengenai SBPA yang dimansuhkan dan SSM yang ditambah baik.
Yang penting pelarasan gaji (a.k.a naik gaji) 13% yer... alhamdulillah.... tepuk tangan gembira ria suka hati =D

 Dah sudah dengar pengumuman yang cuma tak sampai 20 menit dan dibacakan perlahan-lahan oleh PM )supaya cukup tempoh, ahaks!) maka kita pun dijamu dengan light refreshments berupa mi goreng mamak dan kuih-kuih moden seperti cheese tarts yang nyummy (sori no pic for food) maka melantak dengan hepi sambil kira 13% tu berapa ekk? Ini pemandangan dari atas tempat kami mentekedaghah tu... =D

 Amacam cun tak... Itu AGC- Jab Peguam Negara punya building. Cantik macam terapung atas pulau yang dikelilingi lautan. Padahal itu kan tasik... Sejukkkk je nampaknya =D

Sebab ini kan khamis, maka ramai juga yang tak ambil refreshments, mungkin puasa sunat kot. Jadi mereka pun segeralah berlalu ke tempat bas-bas mereka berhenti, atau kereta-kereta pejabat mereka di parkir. Antaranya yang kat bawah jalan tu, ada terowong tu...nampak tak? Tak kot =D

 We were here.... Ai dengan member tadi tu lah... alamak gelap pulak pic nie

 Ok , ini yang terang....heheh nampak gila beza saiz nyer ahkak dengan member nie =D

Ini lagi. Adoyai budak nie, akak buat peace, dia buat 1Malaysia sign pulak =D

Kesudahannya kami pun pulang dengan perut kenyang....burp! alhamdulillah. Ini barulah dikatakan kenyang perut suka hati. Datang dengar berita gembira, dapat makan pula tu. Balik office bukan kerja sebab ai kena habiskan kursus yang 2 hari bermula semalam dan hari ini kat library tu. Jadi memang relax sesajer yer...

p/s : kesian kat hubby. Dia hantar ai datang sini. Ai kan GPS pencen, mana tahu jalan kat PICC ni. Dia hantar dan terus balik. Jem gila sepanjang jalan (sebab hujan masih renyai) jadinya dia tiba KL jam 12. Ai pula, tumpang member ni, tiba KL jam 12.30pm! Kesian hubbyku cayang =D

No comments: