Mar 20, 2012

Rojak : Cerita pasal bestfriend dan kucing angkat (II)

My best friend is not necessarily the cat.
Kucing is not my bestfriend, off course.

Semua orang ada kawan baik. Termasuklah saya. Ehem, karangan darjah 5 nie =D

Ini saya dan kawan baik saya. Dulu dia berisi macam saya. Tapi semenjak ada boyfriend, dan kahwin, dia jaga badan. Sekarang dia kurus (almost keding) except part perut yang agak moncit tu. Alhamdulillah dia pregnant kali kedua. Gembira untuk dia....saya entah bila yea?

Okey kembali kepada mood dewasa.

Namanya Z. Aku pernah menulis mengenai hubungan kami yang renggang disebabkan keadaan. Pilihan yang kami ada tidak sama. Suasana sekeliling juga tak sama. Mungkin waktu itu hati ini terlalu cepat terasa dan terluka. Dia pula terlalu kurang sensitif dan tidak peduli. Haih. Manusia mesti ada kekurangan dan kelebihan. Apabila hati terluka, hanya masa yang mampu mengubatinya. Justeru, selepas bertahun-tahun, aku memilih untuk buang yang keruh dan ambil yang jernih. Sayang juga dengan persahabatan yang terbina sejak tahun 1998 ni. Takkanlah dikubur begitu saja kan.

Baru-baru ini, iaitu pada 5/3/2012 yang lalu emaknya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi ro ji'un... Akibat jangkitan kuman dalam paru-paru yang merebak ke organ penting lain. Aku kenal maknya.

Apa guna jadi kawan baik kalau tak kenal ahli keluarganya. Sebelum dengan suami, dia dan keluarganya adalah keluargaku juga. Jadi, aku kenal ayah, mak, mak tiri, kakak-kakak, abang-abang ipar, adik-adiknya dan suaminya.

Jadi bila diberitakan mengenai emaknya meninggal dunia, aku juga sedih dan terkasima. Kali terakhir jumpa makcik ialah pada hari raya tahun lepas. (-_-) dan masa itu makcik tak nampak tanda-tanda uzur. Dia memang tak sihat sangat sebab dah berumur dan ada diabetes pula tu. Kata Z, 2 hari makcik demam selepas jatuh tertiarap dalam bilik air. Tapi bukan tersembam. Tangannya menampung badan. Kemudian, badannya mengeletar dan terus demam. Adik Z yang masih dalam housemanshipnya di Hospital Teluk Intan cadangkan menukar air gantian dalam badannya sendiri, tanpa perlu merujuk hospital. Itulah mungkin silapnya.

Selepas air digantikan, makcik tidak bertambah baik. Dia semakin nazak. Selepas 2 hari, makcik kencing kotor dan bernanah, barulah anak-anak bawanya ke Hospital Teluk Intan. Orang tua, kita tak tahu imunitinya bagaimana. Sebab itu doktor dan petugas hospital agak kesal kerana tindakan yang lambat. Tapi benda dah jadi, nak buat macam mana.

Makcik masuk hospital hari Ahad. Dia dah tak boleh bercakap mahupun mengeluarkan suara. Sehingga malamnya, doktor kata makcik dibantu alat pernafasan. Doktor akan memulakan CPR sebagai langkah akhir. Jika berjaya, makcik akan baik. Jika gagal, makcik akan meninggal. Semua harus redha. Pagi Isnin, CPR gagal dan makcik meninggal dunia. Z dan adik beradiknya yang seramai 8 orang itu terkilan kerana tak dapat minta ampun dan maaf. (-_-)

Aku langsung teringat saat-saat arwah bapak menghembuskan nafas terakhir. Aku dan adik memang tak meninggalkan sisinya. Hinggalah hembusan nafas terakhirnya habis di dada yang berombak keras. Berakhir di situ, alat pengesan nadi dan jantung juga berbunyi panjang menandakan roh sudah meninggalkan jasad.

Sedih. Memang sedih. Tapi nak buat macam mana. Takdir Allah. Kullu nafsin zaiqotul maut... Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Kita hanya mampu doakan yang terbaik buat mereka di alam sana. Al-fatihah.

Z datang mengunjungi aku di pejabat pada Jumaat 16/3/2012 untuk berkongsi cerita dukanya. Aku tahu dia kuat dan sabar. Insyaallah...

Ok. Sekarang pindah cerita gembira pula.... Jangan bersedih sepanjang hari. Nanti muka tak lawa =D

Cerita kucing angkat hari tu tidak berakhir di situ saja. Yang bestnya pelihara kucing ni ialah bila yang kecik-kecik dah semakin membesar dah chomel. Geram macam nak pulas-pulas gitu. Arissa dah siap pulas ponn (-_-) nasib baik tak meninggal anak kucing itu dibuatnya.

 Ini gambar suatu pagi Sabtu yang nyaman.... Punyalah nyaman sampaikan kucing putih ni tak mahu bangun ketika dibukakan pintu pagar =D

 Tengok tu, tangan siap terkulai jatuh...

 Comel kan....

 Close-up lagi. Uhhh comelnya dak kecik nie...

Tidur yang kononnya nyenyak. Tapi bila letak semula dalam sangkarnya/rebannya/kandangnya...eish bangun semula. Manja la katakan...

No comments: