Cerita pasal minat dengan tudung Radiusite sudah ada dalam entry ini. Entry kali ini hanyalah gambar-gambar kenangan yang tak dimasukkan dalam entry yang itu sebab hari tu nak cepat, sibuk sangat kan =D.
Sudah 2 kali ke Radiusite, Shah Alam. Sudah cuba hampir kesemua jenis produk kecuali pakaiannya. Hehe sebab jubah tak ada saiz. Paling besar pun akan jadi sarung nagka di badan ibu (-__-) tapi tak mengapa. Jubah bukanlah taste ibu (cover sedih). Jadi, naklah abadikan kenangan dalam blog ini =D
Sudah 2 kali ke Radiusite, Shah Alam. Sudah cuba hampir kesemua jenis produk kecuali pakaiannya. Hehe sebab jubah tak ada saiz. Paling besar pun akan jadi sarung nagka di badan ibu (-__-) tapi tak mengapa. Jubah bukanlah taste ibu (cover sedih). Jadi, naklah abadikan kenangan dalam blog ini =D
Sebelum ke Shah Alam, sempat beri Arissa sedutan Ventolin sebab masa ini Arissa lelah yang teruk. Agak terus juga semalamnya, kerana nafasnya pendek-pendek dan laju. Kami segera ke Klinik Dr Salmi untuk dapatkan bantuan nasihat dan perubatan. Eh, update dulu gambar-gambar di klinik.
Ini merengek nak ayah. Bila badan tak sihat, Arissa lebih suka kalau ayah yang manjakan dia.
"Tolong jangan ambil gambar saya sedang lelah ya!" - Arissa
Arissa : Ibu, Ica tak laratlah... - kesian anak ibu. Tak cukup oksigen. Ini gambar sebelum jumpa Dr. Salmi.
Bila jumpa Dr. Salmi, dia cadangkan kami naikkan dose Atroven dan Ventolin. Daripada 1:1:10 kepada 1:1.5:15 macam dose yang ibu ambil. Ini perlu di ambil setiap 4 jam, diikuti dengan ubat makan, i.e. antibiotik, ubat batuk, lelah, cegah lelah dan selsema. Isk isk isk, banyak betul ubat untuk anak lelah ni. Lepas beri nasihat ala kadar, Dr Salmi suruh Arissa ambik gas. Lepas ambil gas barulah dia bernafas agak selesa. Fuhhh.
Dr Salmi beri jadual gas seterusnya untuk 2 hari. Jadi bermula Jumaat malam, jam 9.30, lepas tu jam 2pg, jam 6 pagi , 10 pagi. Selepas itu kembali kepada dose asal dan 3 kali sehari. Hari Isnin kembali normal, 2 kali sehari saja. Alhamdulillah berkesan. Disebabkan Arissa makan antibiotik, kami beri dia susu kultur vitagen/solivite untuk gantikan bakteria baik yang dah mati kena antibiotik. Perut kita juga perlukan bakteria baik untuk pencernaan =D
Sebelum keluar, kenalah ambil gas dulu.
Sempat buat 'peace' masa kita nak snap gambar.
Tak lekang dengan mainan bas 'angrybird' nya. Ambik gas ni kat atas table top kat dapur. Tempat ibu buat kerja rumah, gosok baju, lipat baju, etc.
Ini dah selesai. Lega...
Ok, pilih gambar mana nak buat wallpaper hp ibu.
Kemudian kami pun berdesup lah ke Radiusite!
Ini gambar-gambar semasa kali pertama kunjungan.
Perempuan baju merah pink : alamak semua cun-cunlah tak tahu yang mana satu nak try nie...
Perempuan jubah biru yang lalu : hai, ada saiz ke cik kiah oi... beriye tengok...
Perempuan tudung biru yang duduk : mak aih, semua nak di try nya? Jakun sungguh!
Perempuan baju merah pink : ahhh try je semua.
Perempuan jubah biru : Ya Tuhan, semua dia ambik...
Isteri : Yang, cer tengok ni, mana yang paling cantik?
Suami : Takper, kasi try dulu tengok...
Sambil dah try plated syria, gi tengok-tengok lagi...
Sambil try express layers, tengok tengok lagi...
Sambil dah try zaira syria, g tengok-tengok lagi....
Zaira syria buat muka ku nampak sangat peliks! Tapi peliks yang happy lar :-D
Lepas dah beli express chiffon, kita pun puas hati dan off cari tempat makan...
Eh, apsal muka husbandku macam ni? Macam kentut tak lepas pun ada.
OOh lupa. Ini muka bengang sebab tunggu wife window shopping lama bangettt, dia dah lapar... dahlah tadinya urusan di MOF tak selesai...rileks yanggg, rileks....
Dah order makanan di Pappa Rich, baru sengeh sikit =D
Muka dua parent budak yang happy selepas kenyang... Masa ini Arissa tak ikut sebab hari sekolah.
Kali kedua ke Radiusite.
Ini selepas Arissa ambik gas tu hari.
Try tudung cotton ini. Namanya Mila kot?
Try cotton Mila lagi. Sayangnya tudung ni pendek sangat... Tak lepas dada ahkak yang besau ini =D
Try syria 2 layer yang ada beading. ALa2 shasmeen sakura juga kot...
Muka nampak peliks lah! Mungkin sebab try tudung yang sengat dan awning yang tak jadi.
Eh garangnyer? Cer tengok beads kat atas kepala ni nampak tak? Kalau tak, it serves no purposelah! Memang tak nampak! Jadi, cancel la yang nie =D
Sementara ibu memilih, Arissa tak henti berlari ke sana sini. Comfy yer?
Apa yang terdiam lama kat situ tu?
Ibu : Hmmm...tak sesuai kot dengan aku...nampak kecik aje?
Arissa : Eh, bestlah lari kat sini. Ibu tak marah pun. Apa tu? Kasi tengok dulu lah.
Syria double layer dengan shasmeen beading pearl. Nice... Tapi mukaku yang dah lebar bertambah boolat!
Erm. Takpelah, lain kali aje. =D Kena kecikkan dulu muka nie...
Try cotton adra design music. Panjang belakangnya...
Panjang juga depannya...ada curve lagi. Memang sesuai dengan I...hehe
Suka...suka...suka.... Tapi, tudung biru dah ada...
Try yang peace pula... suka suka suka...
Belakang pun ada lebihan banyak...suka suka suka... =D
Sukalah yang ni. Jadi boleh ambil yer.... bukan ambil, beli.
Ibu masih nak tengok sana sini lagi sebenarnya, tapi anak dah terberak pulak... Sini takde toilet (minus point)
Ini bukan 1Malaysia yer ibu... Ini maknanya Allah yang Esa...
Cer tengok ni, Allah yang Esa, di atas kita...
Selepas membelanjakan lebih RM355.00 duit dalam wallet, kami pun cari public toilet untuk tukar pampers dan basuh berak Arissa. Kita ke surau kat tempat parking bertingkat depan Radiusite tu je. Lepas itu kita pulang ke KL. Singgah lunch di Ayam Golek 5 Star di Bangsar.
Itulah dia cerita 2 kali menghabiskan wang gaji di Radiusite =D











































1 comment:
salam lin,
rajin u snap pics... comei arissa ;)
sy xpernah pegi radiusite..cozy jer kedai nye ye... kenal pun dlm lmn web je...
emel lin tu nnti sy cuba reply ye.. ;)
salam kenalan :)
Post a Comment