Mar 19, 2012

Rojak : pertambahan koleksi tupperware & wedding husband's BFF

Ini taklah penting. Tapi bila fikir-fikir, eh, ini boleh jadi kenangan di hari tua nanti. Kita nak selak diari, tentu dah tak cara. Buku tentu dah lapuk. Bila ada catatan online, kita boleh imbas cerita silam. Sekarang ia bukan apa-apa. Lagi sepuluh atau dua puluh tahun, insyaallah jika panjang umur, tentu menjadi kisah yang berbaloi diingat. Mari layankan gambar-gambar tupperware dan wedding di taman.

Tupperware bertambah lagi...

Cerita tupperware bermula di entry yang ini. Sekarang, koleksi sudah ditambah lagi. Boleh dikatakan setiap bulan membeli koleksi. Haish. Macam membazir saja? Tapi, setiap koleksi ada kegunaan tersendiri dan ada kelasnya. Cewah! Org kata, kepuasan diri tak dapat diukur =D

Kali ini koleksi daripada musim panas, celebrating water. Tapi tak ada satu pun yang berupa bekas air =D

 Arissa gigih menyusun koleksi mengikut warna dari saiz besar hingga paling kecil comel =D

 Sudah susun macam mainan lego, angkat 'peace' ambil gambar pula...

"Ibu, ini boleh jadi gendang kan ibu?"
Ibu : ha? (blur)
Koleksi berbunga ala style Inggeris menjadi minatku =)

Arissa : Iyer, macam ni... (ketuk2 dua tangan)

Arissa : eh tapi yang ini lagi besar dan bunyinya lagi kuatlah ibu! =D
Tak tahulah dari mana dapat idea nak buat macam ni.


Majlis perkahwinan sahabat baik suami di Selayang.

Nama pengantin lelakinya Rosman. Nama manjanya Choman. Memang cute macam orangnya. Mata bulat bundar dan badan kurus sederhana. Memang budak ni comel. Umurnya 30 tahun dan isterinya Jasmine Pratap (saudara baru) baru 26 tahun. Alhamdulillah selamat di ijabkabulkan pada 2/3/2012. Persandingan ini pada malam 3/3/2012 ala taman di Selayang (tak ingat alamat penuh tempat ini).

Choman ni kawan baik husband masa zaman 'kaki rempit' kereta dulu. Member lepak dan race di Sepang circuit. Masa tu husband tengah banyak duit. Sekarang dah kurang duit =D. Namun, Choman masih dengan aktiviti yang sama. Husbandku? Kira dah pencen lah bab-bab sukaria macam ini.

Choman dan Jasmine berjumpa pun di circuit. Choman berkawan dengan adik Jasmine. Mak Jasmine ni pun ironinya minat sama dengan sukan mahal ini. Jadinya, macam bulan jatuh ke riba lah yea. Terus pasangan ini disatukan. Jasmine ni mukanya macam melayu sebab ayahnya India/Benggali, maknya keturunan Cina. Muka memang sebijik Choman. Kira sejuklah pasangan ni. Alhamdulillah.

Mungkin banyak lah kenangan husband dengan Choman yang menjadikan mereka ni bersahabat baik. Tapi yang paling aku ingat ialah kisah masa husband baru lepas kemalangan kereta/motosikal yang menyebabkan kakinya koyak teruk dan hampir gangrene. Choman lah antara kawan husband yang bersusah payah datang ambil husband untuk ke hospital untuk cuci (dressing) tempat luka. Choman naik rumah, papah dia turun bawah (rumah flet) dan bawa ke hospital. Tak ada kawan yang sanggup luangkan masa macam ini. Husband pulak jenis badan besar gemuk. Choman kecil kurus. Boleh bayangkanlah ya.

Ok ok... sekarang Choman meniti hari bahagianya. Husband pun tumpang gembira :-) Paling best, Jasmine ni giginya jarang (macam aku dulu, dan masih pakai braces) kira pengantin gigi besi lah nie =D

 Pelamin yang serba putih ala Inggeris. Sweet kan.

 Budak ni memang tak reti duduk diam. Ada je yang dia nak usik (-_-)

 Mom and kid.
Ok memang tudung Ibu tak match langsung dengan baju tu (-_-) sigh!


 Sudut tepi pelamin.

 Belakangnya ada kolam kecil. Siap ada patung dolphine yang dah berlumut =D

 Lampu yang cantik. Tengok penyambut tetamu yang manis. Tapi yang kat depan sana tu ada penyambut tetamu Chinese yang seksi....eeee.... Depan sana tadi ada meja ketibaan. Semua tetamu kena ambil doorgift dan tulis kata ucapan atas kad kecil. Kira macam Guest Book versi kad kecil lah tu. Door gift berupa coklat kecil-kecil dalam bekas kaca dan lilin wangi. Coklat kecil-kecil  ni habis di makan Arissa sebelum majlis bermula.

Dad and kid.
Tengah mamam.

 Aha. Baru sempat senyum yer?

Masa pengantin bersanding, ibu tengah makan. Jadi tak sempat snap picture. Ini masa diorang tengah nak makan malam. 

 Itulah choman yang cumil iteww...

 Itu pula pengantin gigi besi itewww... =D

Itu pula anak sapa ntah yang jakun betul tengok ada dinding putih berlampu terang, lantas terkinja-kinja tengok bayang sendiri (-__-) manalah mak pak dia. hnsh...
Layar putih itu untuk tayangan gambagambar kenangan waktu menikah dan detik manis perkenalan dan biodata masing-masing. Masa tayangannya, kami sedang sibuk makan kambing panggang dengan salad sayur dan buah yang marvelous!

 Pengantin sedang 'melantak' yang beriya. Maklumlah dah agak lewat diorang makan ni. Sure kebulur =D


Budak ni badannya berlengas. Itu pasal duduk depan kipas. Ini betul-betul depan meja pengantin makan. Kira ok lah menggantikan persembahan silat =D

Baru kira-kira jam 9.30 ke pukul 10 gitu, hujan turun renyai-renyai dan kemudiannya agak lebat. Kami terpaksa berlari keluar dari tapak Garden Wedding tu untuk menyelamatkan kepala budak daripada kena hujan dan demam. Jadi husband pun tak sempat nak ambil gambar dengan BFF dia. Just bye-bye dari jauh jer. Nak buat guane. Takkan nak serbu pengantin tengah makan tu kan... 

Oklah Choman and Jasmine, moga berkekalan bahagian selamanya. Ameen...

No comments: