Mar 14, 2012

Teruja dengan tudung Radiusite =)

Teruja yg pelik juga sebab Radiusite hanyalah pengedar tudung yang menjadi kain penutup kepala sama macam kalau kita beli kat pasar malam. O yea tudung-tudung saya selama ini hanya made in pasar malam =) tak malu mengakui sebab alahai hanya tudung penutup kepala, sedangkan niatnya adalah sama, untuk tutup aurat.

Masa aku disekolah dulu pun tudung yang kupakai  semuanya potong & jahit sendiri. Sampai grad juga lah pakai tudung buatan tangan. Hinggalah tersuka pula dengan fesyen bawal. Bermula dengan yang RM10 hinggalah sampai yang RM50. Eh kenalah ikut trend kan. Juga ikut kemampuan poket.

Bila dah ada tudung ekspres, beli untuk yang harga bawah RM50. Apa bezanya pun kalau yang RM20 dengan yang RM45? Tentulah kualiti materialnya yang berbeza. Tapi bagi orang malas cuci pakaian dengan tangan, memang tak layak pakai tudung ekspres sebab asyik termasukkan tudung dalam mesin basuh, akhirnya awning jadi kelepet dan tak cantik untuk dipakai lagi. Dari situlah berkenalan dengan shawl a.k.a selendang. Mulanya beli shawl murah di pasar malam. Sekadar nak cuba. Kemudian tengok banyak pula fesyen muda mudi yang gunakan shawl.

Pertama kali lihat iklan shawl yang ada beads yg bersusun cantik ialah di Radiusite Hijab Online busines selling head scarft and clothing. 

Ini shasmeen sakura yang memikat hati. Tapi setakat hari ini belum berjaya memperolehinya :-( but not to feel sad... ada yang lain.

Oleh kerana minat yang mendalam, aku akan tunggu setiap kali Ika, Pemunya Radiusite Hijab Online nak update tudungnya. Selalunya pukul 11 pagi. Memanglah tak sempat. Masa itu tentunya tengan sedang laju bergelut dengan kerja. Ada sekali tu aku memang bersungguh betul nak beli tudung Naaila 1 layer. Minat dengan beadingnya =) Dia kata update jam 11 pagi. Aku pun terus gunakan pc paling laju kat office. Jam 11.15 pagi, semua dah out of stock. I was like, wth...

Ok aku pun dah 'like' fan page Radiusite dalam FB. Walaupun tak selalu dengan FB, disebabkan shasmeen shawl, aku jadi peminat setia update terbaru Radiusite (-_-) dan dealernya Hannah Hijabs di KT. Mak aih, dari shah alam tudung tu ke KT, lepas tu datang balik ke KL. Wakakak... Alkisahnya butik Radiusite tu di Seksyen 7 Shah Alam. Dulu masa aku study sana, pintu belakang UiTM tu, dihadapannya hanyalah tanah lapang bertanah merah. Selepas 12 thn, kedai-kedai makanan, butik dan macam2 lagi dah tumbuh macam cendawan lepas hujan (yg bukan banjir)! 

Husband yg baik telah pergi menyiasat kewujudan Radiusite di Shah Alam. Oh betul ada butik tu. Selang beberapa hari kami berdua pula yang pergi. Sambil itu aku alert juga dengan stok shasmeen yang baru. Minat punya pasal.

Dengar khabar dari chatting di FB Radiusite, shasmeen stock akan ada pertengahan Mac. Exactly pada 13hb. Oh my...aku mesti segera! KL-Shah Alam bukan jauh pun. Ramai kawan2 office di KL yang menetap di Shah Alam. Sejam perjalanan. Tapi tol yang mahal. Tak ingat berapa sebab banyaknya kali lalu kat tol.

Hari Selasa 13 Mac tiba. Aku lupa ambil cuti. dah suntuk tentu tak lulus. Jadi, EL sajalah =) dgn alasan anak demam asma. Kebetulan memang Arissa demam lelah sejak Jumaat. Mungkin bulu kucing yg jadi angkara? huh.

 Ini dah sampai depan kedai Radiusite tu. Anak dan bapa yg mengikut ibu walau ke mana pun...

 Budak ponteng sekolah siap dengan beg sekali bawa jalan :-)

 Nampak tak butiknya?

 Sini memang area butik saja. Nampak tak tu butik juga?

 Ok ini baru clear.... (eh promote macam beli dengan diskaun 50% sajer kaedahnya!)

Tiba di Shah Alam selepas 40 minit perjalanan tanpa jem. Maklumlah dah kali ke3, tak perlu ikut GPS lagi. 10.40 pagi tiba.

Eh tak awal sangat ke? Kedai pun baru buka. Orang pun tak ramai kot. Sunyi je?

Bila ternampak saja kelibat staff Radiusite yang memang kami dah kenal tu, namanya Syuhada kot (kalau dia tak tipu lah), terus kami minta stok shasmeen padanya. Tapi amat mengecewakan sebab katanya shasmeen hanya akan keluar hari Rabu.... aku nyaris terduduk. Kecewa.

Tapi takper, relax, bawa bertenang and jalan-jalan seeing around dulu tengok shawl adra yang sweet.

Tapi yang bagusnya punya suami bermulut celoteh. Macam dia pulak yang kena ambil EL dan drive jauh. Iyelah memang dia yang drive jauh. Tapi dia tak perlu EL. Husband kata, alamak takkan nak ambik cuti lagi kot esok... Agaknya Syuhada pun jadi terpujuk hati dengan keluhan husband, lantas dia beri opsyen padaku utk pilih warna yang aku nak supaya dia boleh curi-jualkan padaku. Stoknya memang dah ada, cuma belum ready nak gosok dulu, etc kan. Ok faham-faham.

Tapi kenapa staff dia kata keluar 13hb? Aiseh.

Sebenarnya aku pun tak tahu nak warna apa. Sebab rasanya semua cun. Tapi sebab opsyen yg singkat aku kena la 'grab that chance wisely' otherwise I'll end up going home with nothing :-)

Jadi, inilah yang menjadikan saya sangat teruja dan gembira.

 purple =) I loike...
 How do i look? no flash. Ops maafkan belakang tu dapur saye (-_-)

 This is my fav so far. How is it? Ops sekali lagi termasuk pulak enterframe husbandku khusyuk depan PC =)

 It is not necessarily short! even though it is a shawl. Tapi what I like about shasmeen is the beading =)
 This is adra cotton shawl with music design. It is long enough to cover the chest part. Love it!

This is damia veil. I bought it the first time i went to the boutique. It's nice and practical. No need ironing and it's comfy!

I have never been so thrilled by head scarft like this. Lepas ni nak kena selalu ke Shah Alam. Tak hairanlah nanti kalau Radiusite akan menjadi penawar gundah gulana kalau terpaksa transfer dari KL ke sana :-)

No comments: