Hari ini 2/4/2012. Alhamdulillah kita pun dah berehat-rehat malam tadi, walaupun tidur kurang nyenyak sebab bertukar bantal (kan...) tapi pagi ini kita fresh nak ke luar negeri. Hek elleh, padahal Singapura saja pun kan. Tapi masih luar negeri... tak peduli, nak juga.
Lepas breakfast nasi goreng dan roti bakar di kafe Zin Zing, kita pun bergerak ke sempadan. Bismillah... (wahhh excitednya dalam hatiku ini....)
Ayah singgah sekejap di JB Central untuk tukar wang ke SD.
Situ ayah masuk. Sebenarnya kat tepi jer. Berapa tukarannya? Kami bawa RM600, dapat gantian SD200 lebih saja. Tapi alhamdulillah. Ada rezeki nak berjalan sejauh ini =D
Hujan masih renyai. Pagi Isnin pula tu. Mesti orang malas je nak pergi kerja kan. Kat sini, jem melekat. Banyak gila kereta beratur nak masuk S'pore. Kereta JB dan S'pore lah. Padahal masa ni dah pukul 10 lebih. Dah siang kata orang.
Terserempak dengan teksi S'pore. Tambangnya SD3.20 bila jadi jalan. Kalau kat KL RM3.
Motosikal pun berderet-deret nak masuk imigresen sana. Memang jauh dan panjang...
Alhamdulillah semakin hampir. Itu imigresen kita...
Sesungguhnya nak melepasi imigresen ni saja dah stuck lebih 3 jam. Capek betul...
Ini dalam imigresen kita, baru melepasi bangunan Sultan Iskandar (kalau tak silaplah)
Ni giliran kereta kita pula nak melepasi imigresen kita. Alamak, gambar di imigresen S'pore dah delete lah pulak. Ini mesti sebab tak cukup space masa gi USS. Apa taknya. Tahu nak jalan jauh, guna pula kamera free yang ada 1gig memori aje (-__-) jadi pasrahlah... Gambar kereta polis S'pore pun dah delete.
Jalan dalam S'pore. Ini nak cari hotel. Kena ke Resort World lah. Tengok tu, ingatkan kat tv je ada Chu Kang character. Kat sini, nama tempat rupanya. hihi...
Sini jalannya lapang, besar, cantik. Semua kereta bawa tidak terlalu laju. Kita ikut jugaklah kan. Dalam jalan lengang ini rata-rata bawa kurang 100kmpj. Bagus kan.
Tengok ni. Jalannya bersih dan nyaman dengan pokok segar di kiri kanan. Papan elektronik tu tunjukkan yang di bahu jalan ada kemalangan. Jadi kita kena ke tengah. Ala gambar motosikal polis S'pore pon dah delete...
Itu 'kuali' maxis. Tapi kat S'pore, dia jadi Singtel. Kelaka kan bunyinya... Kalau Digi, jadi apa? Nanti kita tau.
Tengok pokok dia cantik-cantik kan. Jalanraya bersih. Inilah yang membuatkan kita suka kat sini...
Kalau bas kena stay lorong kiri sekali. Beratur dengan lori. Walaupun lorong lain kosong, mereka tetap di situ. Tak berebut pun dengan kereta dan motosikal. Kalau di Highway kita, kereta berlumba-lumba nak paling depan. Sini, semua cool aje.
Motosikal kat sini pletnya guna huruf F. Kalau kereta guna S. Ada makna tertentu jika papan plet berwarna selain hitam/putih/merah.
Ok dah masuk zon tol. Sebelum ni dok ingatkan yang kena bayar tol tu macam kat KL. Rupanya dia macam ni aje. Ada kamera kat atas tu dan ditulisnya ERP - electronic road pricing.
Tadi masa masuk aje imigresen S'pore, ayah dah beli siap-siap auto pass untuk kegunaan tol dan parking. Jadi ERP ni akan di caj kat auto pas ni lah. Nilai tol ERP tak sama untuk setiap tempat. Ada yang SD2, ada yang SD1 terpulang kepada tahap pengangkutan awamnya. Kalau senang naik public transport, maka mahallah ERPnya...
Semua tempat akan gunakan auto pass ni. Memang mudah betul wang mengalir di situ =D
Eh, tengok bas nie, bentuk petak aje. Macam boleh tumbang kalau overloaded =D
Itu antara flet yang ada...
Itu lagi....
Dan lagi....
Dan lagi... Kalau yang nampak cantik lebih dari yang lain tu, agaknya macam kondo kat KL kot :-)
Dari jauh nampak dah pelabuhan S'pore. Antara yang terbaik di dunia.
Ini bila dah dekat. Ada tak macam kuda ke, labah-labah ke? Ada kan?
Hah dah tiba ke Vivo City. Dari jauh macam old castle orang Inggeris. Putih cun aje.
Tengok bila dah dekat. Ia shopping complex yang besar dan ada banyak tempat riadah.
Ini bangunan belum jadi. Kalau kat KL dinding sementara ni warna biru kan.
Ok perjalanan diteruskan lagi sebab nak cari Resprt World tadi kan. Dari jauh dah nampak...
Wah...itu USS area dari jauh. Istana lama ala yang namanya Far Away macam dalam Movie Enchanted tu =D hihi..over pulak aku ni excited terlebih
Ahaaaaa...dah jumpa...
Basement parkingnya yang unik, luas dan paling penting sangat bersih. Sini ni tempat laluan bas, teksi, kereta, lori, etc untuk yang nak masuk Resort World ni. Atasnya ada Hotel.
Eh, nak ke mana ni? mcm sesat aje?
Ok, stop tepi dan tanya orang dulu. Ehem, kenalah speaking sikit. Ramai rakyatnya Cina.
Ok, dah tunjuk jalan, kita drive out ke sini...
Sentosa Island.... uhuuuuu...
Ops, masuk kena bayar tol dan parking dulu. Yang tadi pun ditolak kat sini.
Itulah hotel kami nanti. Alamak jauhnya nak ke situ =D
Ok pusing lagi untuk ke Festive Hotel...
Ini Hard Rock Hotel....
Ini Michael Hotel...
Nasib baik signboard melambak-lambak...Siap ada jaga lagi...
Ahah! Dah jumpak!
Alhamdulillah syukur... Udah sampai sini =D
Ayah gi cekidaut dulu. Arissa masih tidur, tak boleh tinggal. Hotel ni rupanya 5star. Ingatkan biasa-biasa je. Kami beli pakej Hotel ini + tiket ke USS + MEMA masa Matta Fair 2012 hari tu sebab ingatkan ia biasa- biasa saja. Tapi tak sangka ianya hotel besar dan cantik dalam resort pula tu. Alhamdulillah... Ini namanya rezeki tak disangka.
Arissa dah bangun. Cari ayah...
Ayah panggil dari kaunter. Ibu tunggu kereta kat luar...
Ini maskot hotel.
Receptionist tengah explain kat ayah pasal hotel tak sediakan makanan yang ada status halal, sebab walaupun tak ada pork served, most of the food ada arak. Jadi tak ada certified halal. Tapi kita sendiri boleh order makanan yang tak mendatangkan syak wasangka macam seafood, telur, etc. Kalau nak makanan lain, dia tunjukkan la nak pergi macam mana.
Ica kononnya macam faham je. Receptionist juga bagitahu yang kita dapat upgraded room from deluxe family to suite, for free! Wah! Thank you (walaupun belum terbayangkan suite room tu best ke tak...hehe)
Arissa sangap...
Arissa : Eish, ayah ni apa lagi, jomlah naik bilik, Ica dah ngantuk nie...
Dekorasi hotel yang cun. Itu sebenarnya lampu-lampu.
Arissa : Ok kakak kaunter, kami pergi dulu. Hepp jangan ikut kami lah! Tak privacy you...
Hehe. Receptionist minat dengan Ica. Dia temankan sampai pintu. Kami nak pergi valet parking kat sebelah sana hotel.
Ayah tunjuk muka hepi sebab at last tiba ke S'pore untuk bercuti... Itu consolation gift yang hotel bagi...
Parking kereta kat depan hotel, tapi pintu satu lagi. Itu valet tengah tunggu nak ambik kunci. Parking sehari SD3, valet SD5. Tapi sebab under hotel, kita takyah bayarlah sampai check out esok.
Tahu kenapa gambar ini? Selain nak mengabadikan kenangan persekitaran hotel yang cun, juga nak tunjukkan gambar kereta kita yang kecil comel dan hanya kita yang pakai kereta kecik ni. Cer tengok kiri kanannya. Semua kereta mewah yang besar-besar kan? (-__-) Tahu miskin, tapi ada hati bercuti di tempat orang kaya??? =D
Masuk je dalam, Arissa menjerit Gajah!!! Eh pelik gajah ni kakinya zirafah?
Ibu pegang tudung taknak bagi kedut. Konon nak pakai malam ni bila jalan-jalan tengok singapura.
Hepp... jangan berani-berani melangkah ke sini ya...
Ok kami on the way nak ke lif naik bilik... kanan dan kiri adalah kedai-kedai/butik mewah yang jual macam-macam barangan macam perfume, aksesori, jewellery, salun etc untuk mereka-mereka yang kaya dan malas nak gerak ke tempat lain...
Kan macam-macam ada....
Ok dah masuk bilik suite yang dikatakan tu. Owh macam ni rupanya... Ada ruang tamu, kabinet kasut, balkoni belah tertutup langsir tu...tv...meja tulis...
chandelier...mini pantry dan meja makan....
Ayah tengok Ica tengah cekidaut sukahati dia...
Itu mini pantry yang ada bahan minuman panas macam teh dan milo segera...
Ini ruang tamu yang sofanya boleh tukar jadi katil kecik... Paling suka warna oked yang cun :-D
Kat siling pun ada oked. Actually dalam lif tadi pun ada oked. Pokok bunga semua oked segar, diletak di kiri kanan koridor. Memang menyegarkan la...
Arissa cekidaut katil pula. Sana yang tertutup langsir tu adalah balkoni lagi satu...
Jakuzi...
Shower...
Tempat melabur... Tapi takde paip. Kena guna tisu...errr...
Sinki... tengok bunga oked ni betul tau bukan tipu punya...
TV depan katil...
Katil ni sekejap je kemas...
Bila datang 2 makluk ni, memanglah jadi huru hara...
Test power... Katil king. Tilam ni ada nama kot?
Tuala... Wah ada seterika siap. Tapi tak sempat nak guna pun..
Ica cekidaut almari.
Ibu test kerusi ni...
Ahhh leganya....
Buka tv tengok ni, wah, siap ada nama husband dalam tu. Dia dah key-in for easy use. Amboi bodek ehhh
Luar balkoni....
Sana hotel Hard Rock. Atas ada kereta kabel yang tak henti berjalan. Sinun tu pusat bandar dia...
Suite kita ni yang paling atas, tingkat 8. Tapi ada 6 tingkat je sebenarnya. Cuma yang bawah basement tu dia kira sekali. Tu jambatan nak ke Esplanade.
Ni hotel Michael tadi tu...
Amboi... anak ngan ayah tengah enjoy tv. Padahal kartun je pun...
Ini yang receptionist tadi bagi. Berus gigi, belon, mainan tu dengan pengalas periuk panas. Bekasnya boleh recycle letak alat make up ibu =D
Ayah buka tv kartun kat luar. Tengok tu dia enjoy...
Amboi amboi dia...
Ok dah hilang penat, kita pun siap-siap nak ke MEMA. Tempat ni dalam kawasan USS juga.
Ini lobi suite kita. Very cosy. Tak bau rokok pun. Fresh je...
Ayah muka penat tapi hepi...
Dalam lif pun ada oked...
Kena jalan sikit nak ke Festive Walk...
Di lobi hotel. Ica kata nak naik ular ni (-__-)...
Ayah cek peta supaya tak ke laut nanti ;-D
Ica nak naik epal ni pulak (-__-)...
Ok, kena jalan sikit lagi...
Sepanjang jalan ni berhawa dingin (sebab kira dalam hotel juga), kedai-kedai di kiri kanan jalan yang cantik-cantik (dan boleh tahan mahalnya)...
Cantik kan tempat nie... Memang pemandangan yang mewah!
Ops... Seni katanya. Sepasang budak hitam yang berbogel di jadikan centre piece kat belah sini...
Ha.. itulah dia lorongnya...
Jalan je terus... Tak panas pun sebab berbumbung... Bagus kan?
No comments:
Post a Comment