Apr 9, 2012

Singapore Trip (Part 3) MEMA & Vivo City

Tajuk dah dipendekkan. Sebab panjang-panjang rasa semak pula (tiba-tiba). Ok sebab banyak lagi yang belum buat. Tapi sangat tak ada mood. Monday is a blues day :-(

Ok ini sambungan perjalanan ke MEMA. Apa tu MEMA? Nanti kita tahu.

Ini dah sampai ke tugu orang termenung. Tu yang kat belakang kitorang tu. Ditulisnya kat situ "thinker". Yelah, thinker lah sangat. Dahlah tak pakai baju :-D

 Closed-up sikit kat dak thinker nie...

 Ayah asyik pose tengah baca peta (-__-)

 Owh, ini nak tunjukkan betapa besarnya sinage toilet tu. Kat sini depa namakan restroom yer, bukan toilet... haha

 Tengok sana tu lah Lake of Dreams yang orang dok buang coins sambil wishing tu. Hepp, bukan utk muslim la off course =D Bila dengar deruan air pancut tipu ni, memang rasa tenang...sejuk aje... sebab sekelilingnya terik.

 Takleh turun dengan tangga, kita guna eskalator lah...

 Arissa jakun sebab tempat ni sangat luas dan ada bumbung...

 Cer tengok dia nak kemana tu? Tak memperdulikan mak ayahnya dok terjerit-jerit Ica! Ica! yelah, anak ada sorang aje kan. Manalah tahu ada orang jahat pi kutip pulak dia...ngeeee...

 Tengok nie...waaaaahhhhh very tempting...

 Tu yang dia selalu makan. Nah, tengok tu semua sebesar dia...

 Siap bawak bersembang lagi tu...

 Ambil gambar yang betul-betul tak mahu...isk isk isk...
Ayah suruh pose makan coklat nie... Dalam hati takut juga kalau Ica betul-betul gigitnya...


 Tak tahu apa binatang ni. Ibu nampak macam tompokan najis yang tercicir jer? (Cisss! ade ke?) Tapi Ica minat betul dengan benda ni.

 Ahaaa dah sampai pun. Dari tadi dah sampai, tapi memory kamera full pulak... Terpaksa padam mana-mana yang dah lama, dan kecikkan saiz pixel... ;-(

 Ohh MEMA ni rupanya Marine Experiential Museum and Aquarium... Muzium pelayaran atas air lah secara kasarnya...
Di sini diceritakan tentang pelayaran saudagar membawa sutera dan barangan lainnya dan melalui pelabuhan Singapore nie... Antara yang di dagangkan ialah ini...

 Wayang cina.
Arissa : Ibu! Cina ni canteklah! - Terus ambik gambar dengan cina. Tak perasan ke muka awak tu dah macam cina?
 Ayah : ek elleh. Sawah ni, beriya bawak ke sini. Padahal belakang jamban umah kita aje... (merujuk pada sawah padi di kampung ibu, memanglah belakang toilet je pun....hehe)

 Arissa : Apa kelas wayang tipu... Ingatkan ada doll kat situ...

 Cer tengok gelagat dua beranak ni. Si ayah sibuk nak sambung aksi patung-patung ni menari.

 Si anak dah tak keruan, tangannya macam di tarik ke depam tapi dia masih nak stay... =D

 Ha... kita merentasi lautan hingga ke Melaka?

 Belakang tu sejarah orang kulit hitam. Ica takut. Tapi nak bergambar. Ginilah jadinya.

 Ini di India. Pertunjukan paling popular ialah ular tedung menari.

 Ayah konon nak bayar. Ica kata : jangan! jangan!

 Ini memang tak lojik... Ibu yang tarik? Patutnya anak yang di atas unta...

 Ini lojik separuh. Dah alang-alang ayah yang tarik, anak patut di naikkan ke atas...

 Ica dengan gendang-gendang yang dijaga oleh pengawal kat tepi tu supaya tak diketuk. Takut berselerak.

 Ica di padang gembala... Macam real sikit tak?

 Ok, habis level 1 kita turun ke groundfloor...

 Inilah gambaran isi dalam kapal layar yang membawa barang dagangan. Ini dek yang ada binatang, zirafah dan badak. Ada juga fabrik dan barangan jualan yang lain.

Besar kan kapal ni. Tinggi dan memanjang. Terfikir tak macam mana binatang-binatang ni dimasukkan ke dalamnya?
 Ini bahagian sovenir. Ibu kata kalau cawan sebesar ni memang tak perlukan kole lagi...

 Ica tengah membuang.. She's a libra. Baru perasan =D

 Ayah is aquarius.
 Belakang tu semua sovenir. Tapi kami tak beli pun...

 Ibu is taurus =D
 Ica basuk berak dulu kat toilet lelaki... Ini dalam bilik urusan bayi. Paip tu auto keluar air.
Sini susah ke air? Yer. Ayah kata kat toilet lelaki akan ada 1 yang guna air. Tapi toilet perempuan semua takde air. So Ibu dah memang standby wet tissue ;-D

 Ini contoh kapal pelayarannya... Besar dan panjang kan....

 Ok dah habis jalan di MEMA. Jom balik!

Wahhhh pemandangan laut singapura yang nyaman....memang segar...

 Keluar dari MEMA, naik jambatan kecil keseberang sana, dah nampak dari jauh, US yang ramai pengunjung tu... Tapi tiken kami hari esok. Jadi kita ambik gambar kat luar sajalah dulu... Oh ya, air pancut bulatan kecil ni sebijik macam yang ada di The Curve Damansara. Tapi yang sini bulatannya lagi besar dan orang tak kerumun pun... sebab ada 2-3... Org tak heran dah...hehe

Ececeh...

 Inilah Lake of Dreams tadi...

 Dalam sepanduk ni ada iklan Ampang Yong Tau Foo? Dahlah tengah lapar... harus di cari ni...

 Ica dan Ibu setia tunggu ayah tanya kat orang camner nak g makan kat tempat halal.

 Lif kat MRT tu macam Lif kat KLCC Suria...wawa...

 Beratur nak naik MRT...

 Ica terpegun tengok MRT warna pink... :-)

 Dalam MRT. Kosong jer, tapi seat tak banyak...

 Melalui pemandangan yang cun...

 Dah sampai...
 Terus jenguk ke sini. Tapi tak ada yang halal pon...

 Ini kat Vivo City... Banyak tempat duduk macam ni.

 Selepas tanya orang, baru tahu kat B1 ada food court yang sediakan halal food.

 Air...air.... Segelas SD2 hingga SD4. Nasi ayam yang banyak gila SD4.50.

Dah makan, singgah Giant beli air. Ica main benda ni.e Haih. Kat KL main, sini pun nak jugak. SD1 sekali jalan.

No comments: