Apr 23, 2012

Singapore Trip (Part 4) Pre-USS

Selepas mengisi tangki perut, kami pun jalan-jalan di sekitar Vivo City Mall yang besar ni. Apa ada atas dia? Ala, yg macam KLCC punya kolam tu lah. Tapi KLCC lagi happening kot sebab ramaaaaai gila orang. Sini tak ramai sangat. Tu tengoklah dak Arissa asyik tenung air tu dengan harapan ayah benarkan main kat dalamnya. But too bad, tak dapat. Kita cuma jalan saja, tengok-tengok...

Tengok pemandangan di belakang tu, sangat luas kan... Dah rasa macam duduk berehat tepi sawah pun ada nie =D
Pemandangan dari jauh Resort World tempat hotel kita duduk tu :-D

 Cantiknya pemandangan nie... Itu yang ada macam crown tu hotel Festive...

 Cer tengok tu, pengunjung bersantai...

 Arissa tak puas hati tak dapat main air...

 Kat bawah tu ada kawasan mainan yg macam kat Damansara the Curve, kuda yang ada roda...

 
Ok, sesampainya di hotel dah pukul 6. Arissa berlengas, apa lagi, mandi pool lah... Ni sementara tunggu ayah tukar pakaian, Arissa dah siap main dulu. Terkinja-kinja dengan legging ketat tu... Very sexy maaa...

 Arissa : Ala ayah ni cepatlah mandi jom...apa lagi tu..
Ayah : Kejaplah nak letak towel kat sini...

 Tengok tu...

 Anak beranak main tembak air

Main bawah pancuran air...
Kat pool belah sana tu, Arissa terjatuh ke depan (tertumus) dan tak dapat naik semula, dan ayah baru nak turun tangga pool, apa lagi, ala2 lemas la mek kecik nie. Bila naik aje terus muntah-muntah... Terus nangis ajak balik bilik. Masa tu dah pukul 7. Nasib baiklah jugak. Kalau tak, memang maghrib di pool lah kita =D

Dah naik bilik, sambung mandi jakuzi pulak 2 beranak ni. Memang kembar air...
Ini pemandangan malam di Resort World di malam hari...

 Kiri balkoni, Hotel Michael...

 Tengahnya, pemandangan dari jauh vivo city kot?

 Kanan, Hotel HardRock...

 Kanan terus, pelabuhan...

 Bawah, jalan nak ke USS...

 Syok sendiri ambik gambar sorang2...

 Kejap je nie lepas tengok tv... Lepas tu...

TV tengok pemandangan bilik yg bersepah. Anak beranak keletihan dah tidur dulu...

 Good morning Singapore! - muka org puas tidur malam tadi. Subuh pun terus dinasour! Ini dah pukul 8.30 pagi.
 Cecewah....Muka belum mandi lagi...

 Tengok line hp dah bertukar. Yang DiGi jadi STARHUB

 Yang Maxis jadi Singtel

 Lepas mandi gi breakfast dulu kat kafe hotel nie. Harap maklum, sini tiada HALAL certification yea. Moga yang dimakan adalah yg halal saja. Dua beranak yang hepi. Arissa dah start batuk-batuk kahak. Mesti sebab semalam minum air kolam. Lepas makan ubat batuk cegah lelah, dia ok sikit.

 Ecewah.... Yang colourful tergantung tu lanterns. Cantik kan. Macam kepompong tapi warna warni.

 Ayah kata tudung ibu sama warna dengan dinding sana tu :-D ade ke???
Apa je yang dihidangkan? Tak variety sangat. Food is not a big attraction here (hotel ni) sebab yg ada cuma salad, roti, telur, sosej & bacon. Ibu ambik mi rebus, ayah ambik nasi lemak dengan mihun goreng. Arissa tak nak makan pun.
 Main aje.

Ok. Lepas dah kenyang, kita pun berlalu nak ke USS. Hoyeah!

 Hah, ambil gambar lagi di the Lake of Dreams!

 Hah, di Merlion plastik nie, hehe...

Hah, dah sampai USS pun...

No comments: