Alhamdulillah masih bernyawa sehingga hari ini. Esok pula harijadi yang ke 34 (9 Mei 2012) tak tahulah bakal sempat membuat entry atau tidak. Tapi tak penting pun. Saban hari bertungkus lumus bekerja dan bergelut dengan fail-fail lama (eh tipulah fail boleh bergelut kan). Mengejar date line dan cuba memenuhi timeline yang disediakan. Hari ini bukan FB je yang ada time line. Kerja pejabat juga ber time line. Bezanya, timeline FB mungkin boleh buat kita senyum. Tapi time-line Mahkamah, buat rasa nak terjun ke bawah =D walau apa pun hidup perlu diteruskan. Ini updates mengenai si kecik Arissa di mana-mana. Koleksi dalam hp ibu =D
Arissa di KLFC sambil menunggu ayah beli tiket movie The Avengers. Memang bertanduk menunggu sebab orang ramai tapi kaunter yang dibuka cuma 1. 2 jam beratur. Ayah memang gigih!
Harus bermuka budak baik kalau nak minta datang tengok wayang lagi
Eh in ibergaya ikut model negara mana pun tak tahulah.
Pada hari lainnya, kami ke KLFC lagi (maklumlah itu je mall besar yang dekat depan rumah) kali ini untuk tengok wayangnya pula. Walaupun hari Sabtu dan ramai orang nak tengok wayang, kaunter MBO tetap hanya 1 je yang dibuka. Alamat bertukar jadi mutant la orang-orang yang beratur tu nanti =D
Muka ibu sembab lepas 2 jam lebih bertahan tengok movie =D Itu shawl Fedora dari Radiusite tu...hihi
Lepas tengok wayang kan lapar, kena lah makan dulu di tempat kegemaran bersama, apa lagi kalau bukan ayam penyet AP.
Belon ini dapat daripada seorang clown (orangkah?) yang buat pertunjukan dalam KLFC tu. Kebetulan kita lalu, terus singgah dan minta satu. Jenuh menunggu sebab budak kecik ramai. Arissa pula dah bukan kategori budak kecik. Jadi lambatlah dapat layanan clown tu.
Ica shayang ayah...
Ohh terselit pula gambar puding roti ibu. Pertama kali membuatnya. Ini sebenarnya gambar waktu pagi sebelum bertolak ke KLFC tu...
Nampak sedap tak? Arissa kata : eeee...tak sedap langsung! Memang dia buat-buat nak termuntah bila mencubanya. Sebab ada rasa cinamon. Budak kecik tak suka rasa kayu manis kan. Tapi ayah kata, not bad for the first timer =D
Arissa di Molly Fantasi KLFC.
Pada hari lain (actually dah minggu lain ni) kami sekali lagi ke KLFC ~ sounds bosan gila ya, tak ke tempat lain ke apa?
Masa ni ayah kerja hari Sabtu the whole day. Jadi to kill the time, ibu angkut la Arissa main kat sini. Kalau duduk je kat rumah, tengok mukanya monyok aje masa tengok Baby TV.
She's expert already. Main jongkit-jongkit...
Tukar kuda...
Belon ada telinga. Terfikir tak macam mana nak main ni?
Macam nie - showing off...
Naik dan lompat.... kih3
Oh that's shawl adra. Ibu menunggu dia main sambil membosankan diri ambik gambar tudung nie...
Kereta pulak. Helo, helo...I cant hear you ayah!
Kacau chef kat cafe pulak...
Nampak tak budak perempuan yang macam anak cina tengah kutip barang tu?
This is mine! Katanya sambil pijak terus barang-barang dalam laci. Ganas betul. Lepas tu dia blah dari situ. Tak kuasa berebut.
Ini apa namanya? I called it rollercoaster cube. Heheh
Suka suki bagi nama mainan...
Jentolak pulak...
Ohh tak... tengok kereta pink purple tu? Itu favorite dia. Susun sebelah kuda pink. Jadi, gilir-gilir main takde sapa kacau. Bijak...bijak...
Fake ice-cream! Tengok tgn yang sebelah lagi genggam yang pink pulak. Punyelah kedekut tak nak share!
Bergaya as if ais krim betul...
Ok ini try mainan baru yang macam mencabar sikitlah. Itu pasal ibu kena masuk dengan dia sekali.
Tengok sajalah aksinya. Asyik jatuh dan ibu yang kena naikkannya semula.
Such a copy cat! - sebab ai pun tak suka benda-benda lasak panjat manjat nie...gayat.
Tular pulak. Nak baiki tah apa yang rosak tuh...
Ya Tuhan, dia mengemas pulakkkk...
Masukkan benda 4 segi macam bata tu dalam kotak lain, dan kosongkan satu kotak tu
...sebab dia nak lepak dalam tu ala2 macam mandi kolah, jakuzi ke apa...?
Finally, main kolam bola...
Tadi tak snap pic masa dia main gelung besar tu, yang kasi golek dia kat dalam tu. Huih, 15 minit dia main tu saja...
Kalau tak dijanjikan dengan roti boy memanglah takkan keluar dari Molly Fantasy nih...
Arissa di The Curve.
Actually kita pergi sini sebab nak tengok sale baju baby daripada Metrojaya macam yang dulu tu. Too bad, takde pon. Yang ada sale FOC yang tak begitu memberangsangkan sebab tak cun pun...
Aksi dalam kereta. Ibu pakai shawl adra music.
Kat level atas daripada kidzania kot. Lupa.
Apa yang ibu fancu di sini ialah pokok itu... heheh
Kan?
Singgah makan ais cream (real) di McDonald.
Lepas itu baliklah. Tak shopping apa pun. Sebab tak menarik.
Arissa di Cameron Highland.
Ia bukan percutian yang dirancang pun. Ayah kerja. Tapi ibu di rumah dan kepanasan. Cuasa memang panas masa tu. Hari Isnin 30/4/2012 sepatutnya ibu kerja tapi rasa nak demam. Tunggu ayah balik tengahari untuk bawa ibu ke klinik. Tapi bila ayah sampai rumah je ibu terus kata "Jom ke Genting, tidur sana malam nie. Panas sangatlah..." Ayah pun sepantasnya call hotel di Genting, tapi semua full house. Ayah pun kata "Daripada Genting, baik terus ke Cameron!" Ibu pun ok kan saja. Ayah call Hotel Rossa Pasadena, Brinchang. Ada tripple sharing RM250.00 yang masih kosong. Apa lagi. Jom!!! Setengah jam bersiap, lepas tu berdesup meninggalkan KL. Tata KL yang panas... (ceh, bajet nak duduk cameron sebulan apa?)
Aksi dalam kereta...
Ibu pakai shawl paddle pop =D
Most of the great pictures (alamak great la sgt kan...) ada dalam kamera. Entah kat mana kamera itu?
Jadi ini gambar dalam hp ibu saja.
Bertolak pukul 12.30 dari KL, tiba di Cameron pukul 4.30. Lepas check-in, mandikan Ica dan dia membuang, dan baring kejap tengok tv, solat, etc, keluar semula ke kedai bunga ini untuk cekidaut cactus dan pokok bungalah, apa lagi kan. Mostly kedai kat sana tutup pukul 6. Jadi kami sampai sini tak lama, lepas tu dia announce kedai nak tutup.
Kat mana-mana pun, inilah yang dia suka sangat...
Bunga tak berapa nak ada. Sini pun panas jugak. Cuma tak sebahang mcm KL.
Sayang gila kat angsa mainan nie...
Ini S' Corner baru buka. Kea Farm punya. Dulu dia ada ladang lebah dengan stroberi buruk je. Sekarang dah maju dan kaya.
Entah apa gaya ambik gambar macm tu?
Petang tu terus ke pasar malamnya. Orang ramai gila, maklumlah esoknya cuti hari pekerja kan.
Balik bilik baru mandi, dan solat. Ica dan ibu tak bawa telekung. Macam mana ibu solat? Adalah gambarnya nanti. Ica solat? Macam inilah.
Ade ke sampai tertukar arah solat? Ganas betul.
Lepas solat, tengok-tengok hasil belian dr pasar tadi. Apa lagi, try lah dia punya sepit rambut mickey dan stroberi...
Ironinya, sepit ni walaupun harganya RM10 = 4 barang, maknanya sepasang RM3, tapi tahan tak sampai semalaman. Apatah lagi budak ganas ni yang pakai-bukak. Memang esok paginya, dah patah dan tercabut mickeynya (-_-)' memang sia-sia...
Jadi beli apa untuk kenangan 2012?
Ibu beli 2 t-shirt Ica, 1 t-shirt ayah. Ayah beli 2 pokok cili. Ibu beli 2 cactus kecik sedang.
Untuk staf di opis, ibu beli 5 biji bantal cameron untuk kenangan diorang. Utk ibu? Beli bantal bunga yang cute nie...
Cantek kan? Bantal belakang tu bantal 4 segi biasa. Bantal bunga ni yang depannya. Tak bercantum pun bantal bunga dengan yang belakang tu. Sebiji RM35. Beli 2 dapat RM40. Kedai cina. Kalau kedai melayu beli 2 RM60. Isk isk isk...
eh, macam cantik sangatlah! jom pergi lagi cameron?

























































No comments:
Post a Comment