May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU ~ Kenangan jadi cikgu

Ada banyak perkara yang perlu dikemaskini untuk tatapan anak cucu di masa depan. Tapi kekangan masa membuatkan diri sendiri tak terurus sangat, apatah lagi nak luangkan masa menaip di sini. Alhamdulillah masih bernyawa dan survived!

Hari ini 16 Mei 2012 adalah sambutan Hari Guru seluruh dunia. Woahhh... beruntung jadi cikgu, ada sambutan seluruh dunia. Pegawai Undang-Undang ado?

Ibu masih mencar-cari apakah hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada Teacher Ain kesayangan Arissa. Nantilah ibu fikirkan. Pening juga nie. Bukan pening apa, pening tak ada kelapangan nak mencari hadiah.

Antara kerjaya cikgu dan pegawai undang-undang, yang mana satu jadi pilihan?

Ibu pernah menjadi guru sementara buat 2 bulan ketika cuti semester pada tahun kedua pengajian Diploma Pentadbiran Awam (DPA, UiTM Melaka) dulu. Masa itu mungkin pada tahun 1999. Ibu pun dah ingat-ingat lupa.

Apa yang ibu tak lupa ialah ibu menjadi guru ganti kepada seorang cikgu matematik darjah 4 yang cuti bersalin. Darjah 4 Sekolah Rendah Islam Al-Amin KL ada beberapa kelas. Kelas terpandai hingga yang tercorot. Biasalah di mana-mana pasti ada pembahagian sebegini.

Kalau di kelas terpandai, cikgu belum ajar apa-apa lagi, anak murid sudah tahu membuatnya. Suruh buat latihan, dikatanya dah siap. Suruh jawab di papan hitam, sekelip mata semua berlari nak buat. Ada seorang yang melekat di hati, Solehin. Sebab apa? Sebab dia comel terlebih berbanding yang lain (hehe biasalah kan).

Solehin ni bukan saja comel terlebih, malah antara yang paling tajam dan bijak. Semua kerja rumah siap sebelum masanya. Kalau hari ini di suruh buat muka surat 1 saja, esok, dia datang dengan siap hingga muka surat 5. Begitu kaedahnya. Nakal, tetap nakal. Tetapi pemalu. Bila cikgu tanya, dia tunduk sambil menjawab. Bila cikgu dah berlalu, barulah keluar suara jantannya terjerit pekik suka hati.

Di kelas paling corot, cikgu ingat ada seorang yang bernama Shuib. Masyaallah sangat nakal dan tidak mengikut arahan. Kita suruh buat latihan, dia main di koridor. Kita suruh buat kerja rumah yang tak siap, dia usik kawan kanan dan kiri. Pendek kata, tak reti diam, tapi tak pandai pun. Masalahnya, dia berjaya mempengaruhi kawan-kawan lain membuat bising dan main di koridor. Aiseh, sampai menangis jugalah cikgu nak handle dia.

* eh, tetiba mengaku "cikgu"? Heheh.

Masa itu ibu baru berumur dalam lingkungan 19 atau 20 tahun saja. Jarak dalam 10 atau 9 tahun saja dari mereka. Mungkin masing-masing dah besar panjang sekarang ni. Dan semestinya dah tak ingat kat ibu lagi. Tapi tak apalah. Ibu pun bukan ingat kat mereka. Cuma yang paling best, bila dah nak habis tempoh mengajar tu, mereka bagi ibu hadiah. Jadi, banyaklah hadiah yang ibu dapat. Ada frame gambar, album gambar, buku nota (paling banyak), pen mahal dan murah, sekotak pensil 2B, cenderahati, etc. Ada satu hadiah yang comel, pen kilometriko biru dan pensel HB sebatang-sebatang yang dibalut elok-elok dengan kertas pembalut. Orang lain beri hadiah, dia pun tak ketinggalan, walaupun hanya sebatang pen dan pensil. =D

Yang bestnya, dalam buku nota yang banyak-banyak tu, ada satu yang ditandatangani semua murid, dan kebanyakan mereka kata "cikgu lin yang cantik"...whoa... kembang semangkuklah ibu.... sebab tahu diri ni taklah cantik pun kan....hehehehe.

Menjadi guru tidak semudah yang disangka. Ibu pernah memandang ringan tugas ini. Gaji sikit, kerja tak glamer. Tapi bila melaluinya, ibu boleh hargainya sekarang. Kerjanya rencah. Banyak dan kecik-kecik. Tak habis di sekolah bawa balik rumah. Memang rumit. Gajinya tak seberapa. Apa yang orang nampak, cikgu pergi kerja pagi-pagi, lepas tu boleh balik tengahari. Ibu pun pergi kerja pagi-pagi, tapi kerja terus sampai petang. Apa yang orang tak nampak ialah cabaran cikgu di sekolah. Bukan semua orang suka berdepan dengan kenakalan anak murid. Yang sekolah rendahnya tentu lain rencam dengan yang sekolah menengahnya. Sekarang pula generasi X dan Y yang ibu bapanya sangat protektif pada anak mereka. Bukan cabaran perangai anak juga yang terpaksa di hadapi, tapi cabaran perangai ibu bapa juga.

Bagi ibu, kerja ibu ni teruk. Berhempas pulas dengan fail tebal-tebal. Sampai sakit pinggang dan belakang. Belum lagi cemuhan dari bos dan komplen dari orang ramai/peguam. Gaji tidaklah sampai 5 angka untuk mengubati hati yang luka. Tapi, ibu rasa, kesusahan ini masih boleh diterima/dihadapi berbanding karenah anak murid. Arissa sorang pun dah buat ibu macam nak naik darah tinggi, apatah lagi kalau anak orang lain. Ramai-ramai. Berjam-jam perlu dihadap pula tu. I can go nuts!

Walau apa pun, kerjaya cikgu perlukan kesabaran dan istiqamah. Ia sebenarnya bermula dari dalam diri. Kalau dah itu talentnya, maka ok lah dia. Kita perlukan talent utk pilih kerjaya. Setiap kerjaya pasti ada cabaran dan pasang surutnya.

Untuk cikgu-cikgu/ guru-guru sedunia, semoga terus tabah menjadi guru. Walaupun orang kata ini adalah kerjaya terakhir yang akan dipilih kebanyakan orang, ia tetap yang paling ramai pemilihnya. Paling ramai kekal di dalamnya. Dan paling ramai menjadi matang kerananya.

No comments: