Sejak dah semakin tua ni, ibu rasa dah semakin suka menjadi pengumpul koleksi. Koleksi tupperware lah, koleksi cincin lah, koleksi gelang lah, koleksi blouse kain cotton stretch lah. Tapi terbaru, koleksi tudung dari butik Radiusite yang glamour itu, memang sangat ibu treasure =D
Ibu pernah buat entry pasal selendang dari Radiusite ni dulu di sini pertama kali dan di sini kali kedua :-D. Sekarang, ibu nak buat entry kali ke3 pula. Bukan nak promore Radiusite ke apa. Tak perlu kot sebab dah memang femes kat tv3, tv9, akhbar, majalah, online, semua dah keluar masuk. Cuma kenangan koleksi saja.
Shasmeen oren. (abaikan budak yang suka buat gimik bila ambik gambar tu)
Shawl Adra abstrak.
Shawl paddle pop oren/merah/hitam
Tudung Damia soft peach dengan inner hitam.
Shasmeen purple.
Shasmeen hitam manik pink.
Shawl Adra kucing.
Shawl Adra paisley pink.
Shawl Fedora purple.
Tudung Damia soft peach dengan inner pink. Orang kata cute sangat combination nie =D
Shawl Fedora pink.
Shawl Adra music peach.
Shawl paddle pop pink/biru/hijau.
Shasmeen oren dari tepi, cantik kan? Beadingnya timbul.
Setakat ini ibu dah ada koleksi tudung Radiusite dalam 10 helai shasmeen macam-macam warna, 1 chiffon express pink, 1 chiffon double layer, 3 Adra, 2 Fedora, 2 Paddle pop dan baru order jap tadi 2 lagi fedora. hehe.
Kenapa tudung Radiusite?
Koleksinya eksklusif, terkini dan cantik. Kainnya memang berkualiti dan elok terletak. Tak perlu kata banyak lagi, kalau nak cuba, elok beli terus di blognya atau datang terus ke butiknya di Shah Alam (Sek.7) atau Rawang.














No comments:
Post a Comment